Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 19 Ogos 2012

H 25 Jangan berbangga dengan dosa yang kamu lakukan

Manusia tidak pernah sunyi dari melakukan dosa dan maksiat. Hanya para anbiya` yang maksum sahaja terpelihara dari semua itu. Maka adalah penting, bagi kita sebagai manusia pembuat dosa agar jangan sekali-kali berputus asa dari rahmat dan kasih sayang Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Setiap kali berbuat dosa, harus segera kembali kepadaNya dengan taubat dan sesalan yang sebenar serta mohon bantuanNya agar boleh menghindari segala dosa dan maksiat tersebut. Selagi jantung kita masih berdenyut dan nafas masih turun naik menghirup kehidupan duniawi, maka selagi itulah kita masih punya waktu untuk kembali kepadaNya, tapi janganlah kita berbangga-bangga dengan dosa, atau berbuat dosa tapi tak merasa berdosa. Ini amat berbahaya dan boleh menjuruskan kepada suul khatimah `indal mamat. Setiap kali ingatkan dosa dan maksiat, hendaklah pecah hati kita kerana telah mendurhakai Allah SWT. Jika ini berlaku maka di situlah rahmat dan kasih sayang Allah SWT sebagaimana diisyaratkan dalam hadits qudsi yang masyhur, berbunyi:-

“Aku sentiasa bersama orang yang pecah hatinya kerana Aku”

Rujukan :
http://bahrusshofa.blogspot.com/



Tiada ulasan:

Catat Ulasan