Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 24 Ogos 2012

H 33 TUJUH Tips penting menghadapi ujian Allah SWT

http://ramstarab.com/ramca/showthread.php?t=17704

Apa–apapun perkara yang menimpa diri kita, In Sya ALLAH akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif. Ketika ini, terasa betapa kehidupan adalah sangat berat. Kenaikan harga barang, bencana tanah runtuh, persengkataan politik, dan memuncaknya jenayah telah menjadi warna dominan di dalam media cetak mahupun elektronik. Jika ditakdirkan musibah atau ujian itu menimpa diri kita, apa yang harus kita lakukan untuk  menghadapinya? Bersediakah kita?
Saya ingin berkongsi dengan sahabat – sahabat semua tips untuk menghadapi ujian. Sebenarnya, paling tidak, ada tujuh tips untuk  menghadapi pelbagai ujian kehidupan, iaitu :

·  Pertama, yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta ALLAH SWT pada hambaNya. ALLAH SWT memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa NABI MUHAMMAD SAW bersabda, 

“Barangsiapa yang dikehendaki ALLAH menjadi orang yang baik maka dia akan diberiNya cubaan.”
(H.R.Bukhari)

·         Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang ALLAH SWT turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang ALLAH SWT yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik. Anas r.a. berkata: NABI MUHAMMAD SAW bersabda,

“Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila ALLAH TAALA itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barangsiapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan ALLAH, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan ALLAH.”
(H.R.Tirmidzi)

·         Ketiga, yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan. Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD SAW bersabda: 

“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.”
(H.R. Bukhari dan Muslim)

·         Keempat, selalulah untuk berfikir positif bahawa apa–apapun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan. Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa NABI MUHAMMAD SAW bersabda: 

“Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”
(H.R.Muslim)

·         Kelima, yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan. Fakta menunjukkan bahawa  idea–idea yang hebat sering muncul ketika kita berada di puncak kesulitan. Contohnya, banyak mahasiswa dapat mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan peperiksaan yang sukar. ( Saya sering mengalaminya ketika peperiksaan akhir semester). 

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
(Surah  94, Alam Nasyrah : ayat 5- 6)

·         Keenam, selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang ALLAH SWT berikan, kerana ALLAH SWT tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hambaNya. Optimis dapat  melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan. Allah swt tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan  hambanya itu. 

“Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.”
(Surah 2, Al Baqarah  : ayat 286)

·         Ketujuh, menghadapi ujian dengan usaha dan doa. Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan follow-up usaha itu dengan doa. 

Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.”
(Surah 94,  Alam Nasyarh  : ayat 7 – 8)

Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku kabulkan doamu.”
(Surah 40, Al Mukmin :  ayat 60)

Itulah tujuh tips untuk menghadapi pelbagai ujian. Apa–apapun perkara yang menimpa diri kita, Insyaallah ia akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif, optimistik, ikhtiar yang maksimum dan diikuti dengan doa. Sesungguhnya pertolongan ALLAH SWT akan turun kalau kita berada dipuncak ujian. Untuk itu, jadikanlah ujian sebagai tangga untuk meraih pertolongan ALLAH SWT.

Sumber: Tips Menghadapi Ujian Hidup | Aku ISLAMhttp://akuislam.com/blog/renungan/tips-menghadapi-ujian-hidup/#ixzz1SpfSKikv



Tiada ulasan:

Catat Ulasan