Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 19 Ogos 2012

H 24 EMPAT Perkara penyuntik semangat untuk beribadat kepada Allah SWT

Imam al-Haddad pernah ditanya mengenai ubat bagi orang yang merasa berat untuk melakukan kebajikan dan cenderung mengikut hawa nafsu. Beliau menjawab:-

Ketahuilah bahawa malas beribadah dan cenderung mengikut hawa nafsu ini disebabkan oleh 4 perkara.

(1) kejahilan, cara mengatasinya ialah dengan menuntut ilmu yang bermanfaat;

(2) lemah iman, cara mengatasinya ialah dengan bertafakur mengenai kekuasaan Allah swt di langit dan bumi serta tekun beramal soleh;

(3) panjang angan-angan, cara mengatasinya ialah dengan ingatkan mati dan menyedari bahawa kematian dapat datang setiap saat; dan

(4) makan sesuatu yang syubahat, cara mengatasinya ialah dengan bersikap warak dan sedikit makan.
Rujukan :
http://bahrusshofa.blogspot.com/


Tiada ulasan:

Catat Ulasan