Abu Bakar Al-Wasiti pernah berkata :
1- Di Jalan ALLAH SWT tidak ada dunia,
di jalan dunia ada ALLAH SWT. (amalan dunia yang diniatkan Ikhlas kerana ALLAH SWT).
2- Makin tinggi pengalaman kerohanian,
makin tidak berfaedah akal fikiran.
3- Ibadat yang paling berfaedah itu
adalah ibadat yang menggunakan
masa sepenuhnya untuk di Jalan ALLAH SWT.
4- Orang yang beramal ibadat dengan tujuan mendapat nikmat Syurga
adalah orang yang beribadat dengan tujuan memuaskan hawa nafsu bukan beribadat
untuk ALLAH SWT.
5- Tidak ada orang yang dapat melawan ALLAH SWT.
6- Buatkan
matlamat dunia kerana dunia tiada nilai di sisi ALLAH SWTT.
7- Orang
yang mengenal ALLAH SWT tidak ingin berdampingan dan bercakap dengan sesiapa
kecuali dengan ALLAH SWT.
8- Tidak ada racun yang lebih berbisa daripada berbangga dengan
ibadat sendiri.
9- Amal
Ibadat yang dilakukan dengan hati yang Ikhlas lebih berharga daripada amal
ibadat yang dilakukan dengan anggota badan.
10- Orang yang bercinta dengan ALLAH SWT badannya sentiasa sihat dan
kurus.
11- Makanan terbaik di dalam dunia adalah sentiasa
Mengingati ALLAH SWT dalam semua keadaan.
Rujukan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan