Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 2 September 2012

H 86 Allah menaungi 7 Golongan

Daripada Abu Hurairah ra, daripada NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM sabdanya: “ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan memberikan naungan kepada Tujuh jenis orang pada hari Kiamat, di mana tidak ada naungan ketika itu kecuali naungan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

1. Imam yang adil.

2. Pemuda yang terdidik/terlatih sejak kecil dalam menyembah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

3. Seseorang yang hatinya tergantung di Masjid.

4. Dua orang yang saling mengasihi kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA ; mereka berkumpul kerana ALLAH swt dan berpisah kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

5. Seorang Lelaki yang dirayu untuk berzina oleh wanita bangsawan yang cantik, lantas ia menolak dengan berkata halus “Aku takut kepada ALLAH.”

6. Seorang yang bersedekah dengan sembunyi sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan tangan kanannya.

7. Seorang yang mengingat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA waktu bersunyi sunyi, lantas meleleh air matanya.”


Riwayat Bukhari.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan