Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 2 September 2012

H 89 BERKAT SEBIJI DELIMA

Seperti diketahui, puteri Rasulullah saw. yang bernama Fatimah az Zahra berkahwin dengan Ali bin Abi Thalib karramallahu wajhah. Mereka bukanlah termasuk keluarga yang kaya. Fatimah sendiri adalah satu-satunya puteri Nabi yang mendampingi baginda dalam seluruh perjuangan beliau di dalam menyebarkan agama Islam.


Fatimah menyaksikan dengan kedua matanya ketika ayahnya dimusuhi dan dizalimi kaum kafir Quraisy. Dialah yang membersihkan kotoran unta yang sengaja diletakan oleh kaum kafir itu di punggung Rasulullah ketika beliau sedang solat. Ia pula yang menyambut ayahandanya yang tercinta ketika beliau kembali dari berdakwah di kota Tha’if dalam keadaan kepalanya berdarah akibat terkena lemparan batu penduduk Tha’if yang tidak mahu beriman. Setiap kali Rasulullah saw hendak berangkat berperang, Fatimah sentiasa menyiapkan segala bekalan yang diperlukan ayahnya.

Suatu kali, Rasulullah saw dan kaum Muslimin tengah menggali parit perlindungan sebelum berhadapan dengan kaum Quraisy dalam suatu peperangan yang kemudian dikenal sebagai perang Khandak (Perang Parit). Parit-parit itu sengaja dibuat, kerana kekuatan tentera musuh jauh lebih besar daripada kekuatan tentera kaum Muslimin. Dengan parit itu, dapat menghalang  tentera musuh berhadapan dengan tentera Muslimin secara langsung, kerana mereka terpaksa melalui terlebih dahulu parit yang luas itu sebelum menyerang. Taktik itu adalah hasil usulan dari sahabat Nabi yang bernama Salman al-Farisi.

Dalam menyelesaikan penggalian parit tersebut, tidak   seorangpun yang duduk termenung. Kaum Muslimin, termasuk Rasulullah saw sendiri, bantu-membantu mengerjakannya.
Di saat seperti itu, Fatimah datang menghampiri ayahnya, kemudian menyerahkan sekeping roti kepada baginda. Melihat roti yang diulurkan puteri kesayangannya, Rasulullah berkata:

“Wahai Fatimah, inilah makanan pertama yang masuk ke perut ayahmu sejak tiga hari yang lalu.

Kecintaan Fatimah kepada ayahnya tidak perlu diragukan lagi. Rasulullahpun sangat mencintai puterinya itu, sehingga seringkali beliau memuji Fatimah dengan berkata: Fatimah adalah dari aku, dan aku adalah sebahagian dari Fatimah. Siapa yang membuat dia bahagia bererti membuat aku bahagia; dan siapa yang membuat dia marah, bererti membuat aku marah.”
Rasulullah saw, juga pernah berkata kepada puterinya itu:

“Sesungguhnya Allah murka kerana kemarahanmu  dan reda kerana kesukaanmu.”

Imam Ali bin Abi Thalib, sebagai suaminya, amat mengetahui tentang hal tersebut. Ia juga  sangat menyayangi isterinya, sentiasa memperhatikannya, dan memperlakukannya dengan baik. Ia merasa diberi amanat oleh Rasulullah saw, dengan menikahi Fatimah. Fatimahpun berbuat begitu terhadap suaminya. Maka tidak hairanlah jika keluarga mereka sangat bahagia.

Tentang kecintaan dan perhatian Imam Ali terhadap isterinya itu, dapat dilihat dengan mudah dari suatu peristiwa yang pernah terjadi pada masa itu.
Suatu hari, Fatimah r.a. jatuh sakit. Imam Ali menjadi sedih, turut merasakan sakit yang diderita isterinya. Tidak henti-hentinya ia menjaga Fatimah, bahkan berhari-hari tak berganjak dari sisin isteriya. Ia menyiapkan semua keperluan yang diperlukan Fatimah dan mengambil alih semua tugasnya selama ia sakit.

“Beristirehatlah, wahai Fatimah, supaya sakitmu segera sembuh,” kata Imam Ali kepada isterinya.
“Aku telah cukup beristirehat, sehingga daku malu apabila melihatmu mengerjakan tugas-tugas sebagai seorang  ibu,” jawab Fatimah dengan suara sayu.
“Jangan fikirkan itu semua. Bagiku semua ini tidak menjadi masalah. Lagi pun, setelah engkau sembuh nanti, semua tugas, engkaulah yang akan menanggungnya.”
“Tetapi sudah terlalu lama rasanya engkau membantu tugasku…”
“Jangan fikirkan itu semua , kataku. Aku melakukan segalanya dengan senang hati. Percayalah…”
Engkau sungguh suami yang mulia…”
Fatimah berkata sambil matanya bersinar-sinar.
“Wahai isteriku …adakah engkau menginginkan sesuatu? ”tanya Imam Ali dengan tiba-tiba.
Fatimah terdiam sebentar, kemudian berkata:
“Sesungguhnya sudah beberapa hari ini aku menginginkan buah delima.”
“Baiklah, aku akan membawakannya untukmu dengan rezeki yang diberikan Allah kepadaku,” kata Imam Ali, sambil bersiap keluar rumah. Tanpa membuang  masa, Imam Ali terus berangkat menuju pasar, meskipun dengan wang tidak seberapa. Dan sesampainya di pasar, iapun terus memberi sebiji delima, kerana wangnya memang hanya cukup untuk sebiji delima sahaja, tidak ada lagi yang  lebih!

Di dalam perjalanan pulang, Imam Ali melihat seorang miskin duduk meringkuk di tepi jalan. Orang itu  menggigil dan tubuhnya lemah, menunjukkan bahawa ia sedang sakit. Imam Ali tidak sampai hati melihatnya. Ia berhenti, memberi salam dengan penuh  hormat, kemudian beliau bertanya kepada orang tersebut:
“Wahai sahabatku, bagaimanakah keadaan  engkau?” Mendengar suara beliau, orang itu mengangkat kepalanya perlahan-lahan  dan matanya memandang Imam Ali dengan lemah. Dia pun menjawab salam Imam Ali, kemudian berkata:
”Sesungguhnya tubuhku terasa sejuk  dan badanku tidak bertenaga.”
“Sakitkah engkau?” tanya Imam Ali lagi.
“Begitulah agaknya. Sudah  dua hari  perutku tidak dapat mersai  makanan apapun,”jawab orang  tersebut dengan suara yang kasar.
Astaghfirullah…,”Imam Ali tercengang. Ia terdiam seketika, lalu membahagikan buah delima yang dibawanya, kemudian berkata:
“Tabahkanlah hatimu. Percayalah bahawa Allah tidak akan melupakan hambaNya yang baik. Bertasbihlah kepada Allah dan ambillah buah ini, semoga dapat meringankan penderitaanmu.”
Orang tersebut pun mengambil sebahagian buah delima tersebut dari tangan Imam Ali, kemudian bertasbih, bertakbir dan bersyukur kepada Allah.
“Subhanallah..Alhamdulillah Allahu Akbar…Maha besar Engkau ya Allah…” Dan iapun makan buah delima itu dengan senyum dan penuh syukur.

Apabila sampai di rumah, delima yang tinggal sebahagian  itu diserahkan kepada isterinya. Fatimah merasa hairan melihat buah delima yang hanya sebahagian itu. Ia bertanya kepada suaminya: “Adakah penjualan buah ini menjualnya sebahagian atau separuh untukmu?”

“Tidak,”kata Imam Ali.
”Sesungguhnya aku membelinya sebiji. Di dalam perjalanan balik, aku berjumpa seorang miskin yang telah dua hari tidak makan apa-apa. Aku memberikan sebahagian delima ini kepadanya. Alhamdulillah, nampaknya  dia mulai sihat kembali sesudah setelah makan buah delima tersebut ” sambung Imam Ali menjelaskanya.
Setelah semuanya jelas, Fatimahpun mulai menikmati buah delima yang baru dibeli dari pasar itu. Dan…sebagaimana si miskin, keadaan Fatimah mulai bertambah baik  setelah makan buah delima tadi. mereka suami Isteri  sangat gembira.

Masih dalam  suasana gembira kerana keadaan Fatimah yang semakin baik, tiba-tiba mereka mendengar suara pintu rumah mereka diketuk seseorang.  Imam Ali segera membukakan pintu dan didapatinya orang  yang datang adalah Salman al-Farisi. Salman datang sambil di tangannya membawa sesuatu yang ditutup dengan kain.
“Assalamualaikum.”
“waalaikumus  salam,” jawab Imam Ali.
“Apakah yang engkau bawa itu wahai Salman?” tanya Imam Ali selanjutnya.
“Delima,”jawab Salman.
“Dari manakah engkau dapatkan?”
“Dari Allah, untuk hambaNya dan seterusnya untuk Anda,” jawab Salman lagi sambil membuka penutup delima itu oleh Imam Ali. Tetapi Imam Ali segera bertanya:”Berapakah jumlahnya?”
“Sembilan buah,”jawab Salman.
Mendengar jawaban Salman, Imam Ali kemudian berkata:”Tidak! Tidak mungkin buah itu dari Allah. Kalau benar dari Allah, maka jumlahnya adalah sepuluh. Sebab Allah telah berfirman:

“Barangsiapa berbuat baik, maka Allah akan membalasnya sepuluh kali ganda.”
(Q.S. 6:160)

Mendengar kata-kata Imam Ali tersebut, sambil tersipu Salman mengeluarkan satu biji delima lagi dari balik lengan bajunya sambil berkata:”Anda benar. Sesungguhnya yang aku bawa adalah sepuluh.”
Imam Ali tersenyum. Ia kemudian berkata sambil masih menahan senyumnya: “Wahai Salman, sesungguhnya engkau adalah sahabat dekatku. Aku mengerti, demi Allah, bahawa engkau tak bermaksud mengambil buah itu untuk kepentinganmu. Engkau bermaksud menguji diriku, bukan?”
Dengan tersipu Salman pun menjawab:
”Demi Allah, tidak terlintas dalam fikiranku untuk mengambil buah itu bagi diriku. Sebenarnyalah, aku bermaksud mengujimu, kerana aku sentiasa  mendengar Rasulullah memuji keluasan ilmu dan kecerdasan akal mu.”
“Ketahuilah wahai Salman, bahawa Allah akan membimbing sesiapa sahaja yang dekat dan berbakti kepadaNya dengan sungguh-sungguh dan ikhlas,”kata Imam Ali sambil menyerahkan sebiji delima kepada Salman, dan ia membawa masuk ke dalam rumah selebihnya yang sembilan biji, setelah Salman meminta izin untuk  pulang.
Setelah sampai di dalam, Imam Ali meletakkan buah-buah delima itu di hadapan isterinya. Fatimah terkejut  dan sambil berkata:
“Masya Allah…dari manakah engkau dapatkan delima sebanyak ini?”
Imam Ali pun menjawab dengan tersenyum: “Allah mengurniakan rezeki ini kepada kita kerana kebaikan yang kita lakukan kepada  orang miskin tadi. Salmanlah yang mengantarkannya ke sini.”
“Allahu Akbar!” seru Fatimah sambil wajahnya menonggak  ke atas.


Kisah yang saya petik dari blog ikhwan kita.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan