Enam
Panduan telah digariskan oleh Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat
sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka:
1- Jika
berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada
kita. Kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa.
2-
Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita
kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah SWT berbanding dengan kita.
3- Jika
bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia
lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak mengetahui berbanding dengan
kita.
4-
Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita
kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan. Sedangkan kita melakukan dosa
dalam keadaan mengetahui.
5- Jika
melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana
mungkin di suatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas
kesalahan yang telah mereka lakukan.
6-
Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu
hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam,
maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah SWT.
Kitab Rayuan dan Janji Iblis Laknatullah. M/S :
127.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan