Banyak
orang terpukau oleh demokrasi yang bersifat munafik. Kemampuan kritis dan akal
sihatnya surut, kerana mengikut selera orang ramai.
Padahal
jikalau kita mengikuti pandangan orang ramai, nescaya kita disesatkannya dari
jalan Allah swt.
Mereka
mengatakan demokrasi menggunakan kebebasan memilih. Padahal yang berlaku
sebenarnya proses merebut kuasa. Jadi demokrasi sesungguhnya bukan memberi
peluang untuk memilih, tapi peluang untuk merebut. Inilah cacat demokrasi yang
fatal dari sudut budaya. Sedangkan cacatnya dari sudut pandang Islam, demokrasi
boleh tergolong kepada sistem kufur.
Kalau
demokrasi memang proses memilih, maka semua pihak yang dipilih semestinya
mendapat gambaran yang objektif terhadap pihak pengundi. Jadi, harus ada data
yang relatif lengkap tentang kebaikan dan kekurangan pihak yang dipilih,
seperti calon legislatif mahupun pejabat.
Hanya
dengan keadaan serupa itu dapat berlangsung proses pemilihan. Sebab dalam
memilih sebenarnya orang menilai, mana yang baik dan mana yang buruk.
Pihak pengundi
semestinya tidak dipengaruhi apalagi ditipu oleh pihak yang dipilih, agar
terjadi suatu pemilihan yang wajar. Jadi dalam proses pemilihan, yang dipilih
harus bersifat pasif, menyerah kepada pihak yang memilih.
Kerana
itu hasil pemilihan akan mendapat sebutan yang terbaik, bukan yang menang.
Kenyataannya
tidak demikian, malah pihak yang dipilih yang aktif mempengaruhi pihak
pengundi. Semua calon yang katanya dipilih ternyata tidak ada data
baik-buruknya yang boleh jadi dasar penilaian bagi pemilih.
Calon
hanya digambarkan sisi baiknya. Itupun tidak pula dalam batas yang wajar, tapi
berlebihan, bahkan dikarang. Pasukan sokongan seorang calon jika memang
diperlukan semestinya memberikan gambaran yang benar tentang calon.
Tapi yang
berlaku malah sebaliknya, sehingga pengundi sukar untuk menentukan pilihannya.
Ketiadaan
gambaran yang benar tentang pihak yang dipilih telah menyebabkan pihak pengundi
tidak lagi melakukan proses menilai, sebagaimana berlaku dalam memilih, tapi
berubah pada sikap suka tidak suka.
Kerana
itu dalam demokrasi, sesungguhnya orang tidak memilih (memakai saiz yang
objektif) tapi hanya menentukan sikap, suka atau tidak terhadap calon yang
sudah dipromosikan oleh parti berjaya.
Dengan
demikian demokrasi sebenarnya tak memerlukan akal sihat, sebagaimana terpakai
dalam proses memilih. Sikap pemilih dengan mudah dapat dipengaruhi, dipaksa,
bahkan dibeli. Inilah yang jadi pangkal bala mengapa demokrasi selalu gagal
memaparkan orang yang berkualiti.
Demokrasi
sesungguhnya bukanlah memilih, tapi adalah merebut. Kekuasaan dalam demokrasi
sebenarnya diperebutkan, bukan dipilih. Kalau memang dipilih, maka hasil
pemilihan tentulah dikatakan yang terbaik.
Tapi hasil
demokrasi memberi bukti bahawa yang terpilih dikatakan yang menang. Kalau
disebut menang itu sebenarnya pertarungan, yakni pertarungan merebut kuasa
antara sesama calon.
Tipuan
demokrasi ini berlaku, kerana tindakan merampas kedudukan (kuasa) itu
memperalatkan pihak pengundi. Jadi pemilih dijadikan topeng untuk merebut
kuasa, sedangkan yang merebut kedudukan mendapat sokongan dari pemilik modal
(kapitalis).
Sebab itu
yang berjaya merebut kuasa, bukan merasa berhutang budi pada para pengundi
(rakyat) tapi kepada pihak kapitalis yang telah membiayai pertarungannya.
Kerana
watak demokrasi sesungguhnya proses merebut kuasa, maka mana mungkin berlaku
tanpa ketegangan, kebohongan, paksaan dan tipu daya yang licik.
Para
pemuja demokrasi memandang bahawa mereka telah berbuat sebaik-baiknya. Padahal
sesungguhnya mereka yang paling rugi dengan perbuatannya yang sia-sia.
Itulah
cacat demokrasi dari sudut budaya. Cacat demokrasi dari sudut agama jauh lebih
parah.
Pertama,
semboyan demokrasi “suara rakyat suara Tuhan” boleh membawa orang pada
perbuatan syirik tanpa sedar. Bagaimana boleh disamakan suara rakyat (makhluk)
dengan suara Tuhan, sebab rakyat adalah yang diciptakan sedangkan Tuhan adalah
pencipta alam semesta.
Inilah
yang memberi jalan kepada pihak perundangan menentukan undang-undang. Padahal
hak menentukan undang-undang itu semata-mata hak Allah swt, bukan manusia.
Melalui demokrasi manusia jadi angkuh, mencampakkan hukum Allah swt, lalu
menggantikannya dengan undang-undang mengikut selera hawa nafsu.
Dengan
undang-undang buatannya sendiri, manusia sudah terbukti semakin muflis dan
sengsara. Padahal hukum Allah swt akan memberikan kesejahteraan, bukan hanya
sebatas dunia, tapi malah sampai akhirat yang kekal.
Kedua,
demokrasi yang memakai topeng suara rakyat, dengan sokongan wang dan tipu daya
media, telah membuka jalan, yang menang bukanlah pihak yang benar (baik) tapi
yang punya wang lagi cerdik.
Sistem
ini juga membuka jalan pihak minoriti menindas majoriti. Juga sebaliknya
majoriti menindas minoriti. Maka, mana mungkin sistem ini mampu menampilkan
pemimpin yang amanah.
Demokrasi
bukan berpihak kepada kebenaran tetapi kepada suara terbanyak. Sedangkan suara
terbanyak nyatanya boleh dibeli. Sistem ini hanya memaparkan orang-orang yang
serakah.
Ketiga,
sistem demokrasi telah melahirkan parti-parti politik. Parti-parti itu ternyata
bukan berlumba-lumba untuk berbuat kebajikan, seperti membasmi kemungkaran dan
kemiskinan.
Parti
ditubuhkan hanya untuk merebut kuasa. Sementara tujuan
kuasa bukan pula untuk menegakkan yang hak (benar) serta membanteras yang
batil, yang sejatinya amat diperlukan oleh rakyat.
Kekuasaan
digunakan pertama-tama untuk mencari wang (kekayaan). Ini terjadi, kerana dalam
arena merebut kuasa melalui demokrasi, masing-masing parti memerlukan dana yang
besar agar partinya menang dalam pertarungan Pilihanraya.
Kerana
itu parti melalui anggotanya yang berkuasa, juga tidak segan-segan melakukan
kecurangan seperti menjual kekayaan alam melalui kontrak, membuat undang-undang
menguntungkan pihak kapitalis, yang akibatnya rakyat tertindas. Inilah yang
melahirkan politik busuk alias munafik.
Dengan
demikian, dalam alam demokrasi sebenarnya tujuan seorang pegawai atau wakil
rakyat meraih kedudukan, bukan pertama-tama untuk memperbaiki nasib rakyatnya
sebagaimana pernah dijanjikannya dalam kempen.
Yang
terfikir pertama-tama baginya ialah mendapatkan wang. Setelah itu dengan wang
(kekayaan) itu dia harus segera menyusun siasat lagi, agar dapat menang dalam
pertarungan seterusnya.
Dalam
pertarungan seterusnya, jika dia dibatasi oleh undang-undang, maka peluangnya
akan diberikan kepada pihak yang paling dekat kepadanya. Pokoknya kuasa tetap
di tangannya.
Jadi,
dengan demokrasi seperti itu hanya apa yang dapat dinanti oleh rakyat? Rakyat
hanya sekadar mendapat janji-janji dari para pembicara. [riaupos.co.id/UU
Hamidy,Budayawan/arrayah.info]
Sumber:
www.riaupos.co.id (19 September 2011)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan