RASULULLAH
SAW bersabda bahawa orang fakir masuk syurga lebih dulu selama beberapa waktu
daripada orang kaya. Boleh jadi, hal ini tidak berlaku umum kerana sebahagian
orang kaya ada yang termasuk orang sentiasa bersyukur, memuji, mengabdi dan
membenarkan Allah SWT. Mereka memiliki keutamaan yang besar serta konsisten
dalam ketaatan dan pengabdian.
Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud:
“Takutlah kepada Allah dalam hal orang fakir kerana pada hari kiamat,
Allah SWT berfirman: Di mana makhluk pilihan-Ku? Malaikat menjawab: Wahai
Tuhanku, siapakah mereka? Allah SWT berfirman: Orang fakir yang sabar dan rela
terhadap takdir-Ku. Mereka akan Aku masukkan ke dalam syurga. Rasulullah SAW
melanjutkan sabdanya: Kemudian orang fakir itu masuk syurga lalu makan dan
minum, sementara orang kaya masih sibuk dalam penghitungan amal mereka.”
Imam
Tirmizi meriwayatkan hadis dari Abu Sa’id Al-Khudri bahawa Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud:
“Orang fakir yang berjuang di jalan Allah akan masuk syurga sebelum
orang kaya, dengan jarak 500 tahun.”
(Hadis
riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
Daripada
Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Orang fakir akan masuk syurga terlebih dulu daripada orang kaya, selama
setengah hari akhirat, iaitu 500 tahun dunia.”
(Hadis
riwayat Tirmizi)
Ia
berkata hadis ini hasan sahih.
Hadis itu
menunjukkan satu makna bahawa orang fakir akan masuk syurga lebih dulu. Dengan
catatan mereka termasuk orang yang sabar, mengabdi kepada Allah swt, rela dan
sabar terhadap kefakiran mereka selama hidup di dunia sehingga dari lisan
mereka keluar kata-kata pujian kepada Allah swt bersyukur serta menghambakan
diri kepada Allah swt.
Mereka
inilah orang yang akan memperoleh kemuliaan pada hari kiamat, ketika mereka
masuk syurga. Pada hari kiamat nanti Allah swt akan berfirman kepada orang yang
sabar terhadap kefakirannya yang bermaksud:
“Makan dan minumlah dengan nikmat kerana amal yang telah kamu kerjakan
pada hari yang telah lalu.”
(Surah
Al-Haqqah, ayat 24)
Ertinya,
kesusahan yang telah engkau peroleh di dunia kerana fakir, benar-benar terasa
perih buat kamu. Hal itu bukan cita-cita dan keinginan kamu tetapi semata-mata
kehendak Allah swt.
Berapa
banyak ayat Allah swt yang mendorong orang mukmin rajin menabung dengan
tabungan amal kebajikan. Allah swt akan melipatgandakan tabungan itu selama di
dunia dan mereka dapat memetik hasilnya berupa pahala yang besar di akhirat
nanti.
Allah SWT
berfirman yang bermaksud:
“Sesiapa meminjami Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah
melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan
(rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan.”
(Surah
Al-Baqarah, ayat 245)
Banyak
ayat al-Quran yang mengisyaratkan adanya kelebihan dan perbezaan darjat dalam
segala sesuatu, bahkan antara para malaikat Al-Muqarrabun, Nabi dan Rasul.
Demikian juga, antara manusia pada umumnya. Ini ketentuan Allah (sunnatullah)
terhadap makhluk-Nya dan kesempurnaan hikmah dari Allah swt.
Hakikat
kelebihan dan perbezaan darjat ini tidak terletak pada ketakutan seseorang
kepada Allah swt. Hal ini terjadi semata-mata kerana ilmu dan keutamaan dari
Allah swt. Sedangkan, kelebihan manusia adalah kerana amal, ilmu, ijtihad dan
kesabarannya.
Antara
nabi, ada yang dikenali sebutan Ulul Azmi, sedangkan sebahagian lain tidak
memperoleh sebutan demikian. Sebahagian manusia ada yang menjadi pejuang
(mujahid), mempunyai keutamaan tetapi sebahagian tidak memiliki semua itu.
Oleh itu,
antara manusia ada memperoleh darjat dan kelebihan dari Allah swt yang berbeza
dengan yang lainnya. Hal ini berdasarkan ketinggian darjat manusia dan amal
perbuatannya selama di dunia.
Buku Bidadari, Syurga dan Penghuninya
http://www.islamituindah.my/darjat-pangkat-bukan-jaminan-masuk-syurga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan