Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 2 Oktober 2012

I 81 EMPAT Kebimbangan dalam beribadat kepada Allah SWT

1- Takut amal ibadat tidak diterima oleh Allah SWT kerana Allah SWT hanya menerima amal ibadat yang benar-benar memiliki sifat Takwa.

2-  Takut kepada dosa Riak kerana  Allah SWT telah berfirman, “Mereka tidak diperintah kecuali  supaya menyembah Allah SWT dengan Tulus Ikhlas, agama itu adalah milik Allah SWT.”

3- Takut dalam penjagaan keselamatan kerana Allah SWT telah berfirman, “Siapa yang datang membawa hasanat  (amal kebaikan) maka ia akan mendapat sepuluh kali ganda pahalanya dengan syarat harus membawanya  sampai ke Akhirat.”

4- Takut kehinaan dalam taat sebab belum tahu apakah mendapat taufik atau tidak kerana Allah SWT telah berfirman, “Dan tidaklah Taufik kecuali dengan pertolongan Allah SWT kepadaNya, saya berserah dan kepadaNya saya akan kembali.”


Kitab Tanbihul Ghafilin, Jilid 1 & 2 . M/S: 594.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan