Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 4 Oktober 2012

I 96 Tujuh Kemuliaan bersama majlis ilmu para ulama

Orang yang duduk dalam majlis ilmu yang disampaikan oleh alim-ulama akan mendapat 7 kemuliaan, walaupun tidak mampu mengingati apa yang diajari oleh ulama tersebut:

1- Kebesaran orang menuntut ilmu.

2- Tempoh masa berada dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada melakukan dosa.

3- Setiap langkah menuju ke majlis ilmu ulama akan mendapat rahmat.

4- Setiap rahmat yang diturunkan untuk alim ulama, anda akan mendapat bahagian yang sama.

5- Setiap perkataan yang didengar akan mendapat pahala.

6- Para Malaikat akan memayungi mereka yang menuntut ilmu dengan penuh kerahmatan.

7- Setiap langkah penuntut ilmu akan mendapat pahala dan terhapus dosa serta  meninggikan martabatnya di dalam Syurga Allah SWT.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 674.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan