1. Sentiasa bertasbih kepada ALLAH apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(Surah 62 : Al Jumu'ah – Hari Jumaat)
2. Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayatNya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata,
(Surah 62 : Al Jumu'ah)
3. dan (juga) kepada kaum yang lain dari mereka yang belum berhubungan dengan mereka. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(Surah 62 : Al Jumu'ah)
4. Demikianlah kurnia ALLAH, diberikanNya kepada siapa yang dikehendakiNya; dan ALLAH mempunyai kurnia yang besar.
(Surah 62 : Al Jumu'ah)
5. Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya[1474] adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat ALLAH itu. Dan ALLAH tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
(Surah 62 : Al Jumu'ah)
|
[1474]. Maksudnya: tidak mengamalkan isinya, antara lain tidak membenarkan kedatangan Nabi Muhammad SAW.
|
6. Katakanlah: "Hai orang-orang yang menganut agama Yahudi, jika kamu mendakwakan bahawa sesungguhnya kamu sajalah kekasih ALLAH bukan manusia-manusia yang lain, maka harapkanlah kematianmu, jika kamu adalah orang-orang yang benar."
(Surah 62 : Al Jumu'ah)
7. Mereka tiada akan mengharapkan kematian itu selama-lamanya disebabkan kejahatan yang telah mereka perbuat dengan tangan mereka sendiri. Dan ALLAH Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.
(Surah 62 : Al Jumu'ah)
8. Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (ALLAH), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan."
(Surah 62 : Al Jumu'ah)
9. Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat ALLAH dan tinggalkanlah jual beli[1475]. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
(Surah 62 : Al Jumu'ah)
|
[1475]. Maksudnya: apabila imam telah naik mimbar dan muazzin telah azan di hari Jumaat, maka kaum muslimin wajib bersegera memenuhi panggilan muazzin itu dan meninggalkan semua pekerjaannya.
|
10. Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia ALLAH dan ingatlah ALLAH banyak-banyak supaya kamu beruntung.
(Surah 62 : Al Jumu'ah)
11. Dan apabila mereka melihat perniagaan atau permainan, mereka bubar untuk menuju kepadanya dan mereka tinggalkan kamu sedang berdiri (berkhutbah). Katakanlah: "Apa yang di sisi ALLAH lebih baik daripada permainan dan perniagaan", dan ALLAH Sebaik-baik Pemberi rezeki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan