Qiamullail
bermaksud beribadah malam iaitu bangun pada 2/3 malam atau sekurang-kurangnya
1/3 akhir malam, bermula dari pukul 2.30 hingga terbit fajar pertama untuk
beribadat kepada ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA. Waktu
ini adalah masa teristimewa dan turunnya Rahmat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA ke bumi dan amat sesuai untuk
Qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA.
Sabda RASULULLAH SHALLALLAHU
‘ALAIHI WASSALLAM:
“Sehampir-hampir masa seseorang hamba ALLAH kepada Tuhannya ialah pada
waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari
orang-orang yang mengingati ALLAH pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu
lakukannya”.
(At-Tirmizi)
Ibadah
Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara
berseorangan atau secara beramai-ramai. Orang yang mengamalkan Qiamullail akan
diangkat darjat dan dihapuskan dosa-dosa mereka.
RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda;
“Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh
sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan
pencegah dosa”.
(HR;
Muslim)
Hebatnya
Malam
Malam
adalah waktu paling istimewa dan hebat. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menyifatkannya sebagai malam
yang berkat. Firman ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA;
“Dan lagi dalil yang terang (tanda kebesaran ALLAH) untuk mereka
(berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan
serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita”
Firman ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA:
“Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta dirikan solat
Tahajud padanya sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit dan
menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”.
(Surah
al-Isra’: 79)
Banyak
perkara-perkara kerohanian berlaku pada waktu malam, contohnya Nabi Muhammad
SAW mengalami Israk dan Mikraj pada waktu malam, al-Quran turun pada malam
Lailatul Qadar, ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA
berdialog dengan Nabi Musa a.s. setelah baginda bermunajat selama 40 malam di
Bukit Tursina juga berlaku pada waktu malam. Kitab-kitab terdahulu juga
diturunkan pada waktu malam, Nabi Ibrahim menemui hakikat ketuhanan pada
waktu malam dan baginda mendapat perintah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mengorbankan anaknya Ismailpun
berlaku pada waktu malam.
Terdapat
keistimewaan dan kekuatan luar biasa pada waktu malam. ( 5 Rahsia Qiamullail )
· Menghidupkan
dan membuka mata batin/hati sebagaimana Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat
ketuhanan yang sebenar.
· Dapat
mendatangkan tumpuan atau kekhusyukan
· Dapat
muhasabah kekuatan diri
· Mewujudkan
keikhlasan dan kejujuran dalam beramal.
· Menghindari
sifat riak kerana hanya melibatkan hubungan kita dengan ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA sahaja.
Nas
Keutamaan Mengamalkan Qiamullail
Orang-orang
yang melalui malam hari dengan bersahur dan berdiri untuk Tuhan mereka itu
maksudnya ialah orang-orang yang berqiamullail di malam hari semata-mata kerana
ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA. ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA juga
bersaksi dan mengakui bahawa mereka itu ialah orang-orang yang beriman.
Firman ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA :
إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ
إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ
لاَ يَسْتَكْبِرُونَ , تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ
رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ ,
(السجدة : 15-16)
“Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat
keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan
pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud
(menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji
Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka
merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan
solat Tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka
dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin
memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian
dari apa yang Kami beri kepada mereka.”
.
Apabila
manusia mendekatkan diri kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA maka ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA mengatur
dan menjamin kehidupannya. Rasulullah SAW menerangkan bahawa, ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA
berfirman:
“Manusia menjadi hampir dengan Daku apabila dia melakukan perbuatan yang
Daku sukai iaitu amalan fardhu yang diperintahkan kepadanya. Dia kemudian terus
berusaha mendekatkan dirinya denganKu dengan melakukan amalan sunat, sehingga
Daku mencintainya. Apabila Daku mencintainya, maka Daku menjadi pendengarannya
yang dia gunakan untuk mendengar. Daku juga menjadi penglihatannya yang dia
gunakan untuk melihat, tangan yang dia gunakan untuk memegang dan kaki yang dia
gunakan untuk berjalan. Apabila dia memohon sesuatu kepadaKu, pasti Daku
kabulkan. Apabila dia memohon perlindungan, pasti Daku memberikan perlindungan
kepadanya.”
(HR;
Bukhari;)
.
Berkata
Salman Al-Farisi, RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM telah bersabda:
“Hendaklah kamu mengerjakan Qiamullai, kerana ia ibadah kelaziman
orang-orang soleh sebelum kamu dan juga menghampirkan kamu kepada Tuhan kamu,
yang mengkafaratkan
bagi kesalahan-kesalahan, mencegah dari berbuat dusta dan membuang penyakit
dari tubuh badan”.
Berkata
Abdullah bin Muslim, RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda:
“Wahai manusia! Kamu tebarkanlah salam, berjamulah makanan, hubungilah
silaturrahim, dan kerjakanlah solat waktu malam di kala manusia sedang tidur,
nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat”.
(Hadis
Riwayat Tirmizi)
Dan
berkata Suhal b. Saad : Telah datang Jibril kepada RASULULLAH SHALLALLAHU
‘ALAIHI WASSALLAM, lalu
berkata:
“Hai Muhammad! Hiduplah atas apa cara yang tuan hamba mahu kerana tuan
hamba akan mati, kerjakanlah apa yang tuan hamba mahu kerana dengannya tuan
hamba akan dibalas, dan cintailah sesiapa yang tuan hamba mahu kerana tuan
hamba akan meninggalkannya. Dan ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang
mukmin itu ialah Qiamullail dan harga dirinya ialah terkayanya
(tidak meminta-minta) dari manusia”.
WAKTU
AFDAL QIAMULAIL
Adalah
lebih afdal dilewatkan Qiamullail sehingga kepada salah satu pertiga yangakhir dari
malam.
RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda:
“Pada setiap malam, ALLAH AZZAWAJALLA turun ke langit dunia ketika
berbaki sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: “Sesiapa yang berdoa
kepada-Ku, pasti akan Kukabulkan, dan siapa yang memohon kepada-Ku, pasti akan
Kuberi, dan siapa yang mohon ampun kepada-Ku pasti akan Kuampuninya.”
(H.R.
Malik, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan yang lainnya)
Maksud
hadis ini : Bahawasanya pintu rahmat ALLAH itu terbuka pada
malam hari seluas-luasnya, khususnya pada akhir-akhir malam. Segala permohonan
diterima pada ketika itu.
Diriwayatkan
daripada Ibnu Abbas RA katanya, RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM telah menyuruh kami mengerjakan
solat malam dan baginda menggalakkannya sehingga ia bersabda:
“Hendaklah kamu mengerjakan solat malam itu walaupun satu rakaat”.
(Al-Tibrani)
Doa
qiamulail
Amalan
qiamulail
Ada
beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menunaikan solat malam,
antaranya membersihkan diri sebelum tidur, mengambil wuduk dan tidur menghadap
kiblat.
1. Solat
malam perlu dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat dan boleh dilakukan
sebanyak mungkin rakaat mengikut kemampuan.
2. Ketika
Qiamullail digalakkan melakukan solat sunat seperti berikut:-
3.
Disamping itu beramallah juga dengan amalan seperti membaca
Al-Quran, berzikir, beristighfar, berdoa dan sebagainya.
FADILAT
QIAMULAIL
1. Sentiasa
mendapat keredaan dan pengawasan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
2. Memudahkan
menyeberangi jambatan siratulmustakim.
3. Saat
mustajab doa dikabulkan ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA.
Jabir
mendengar RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda:
“Pada malam hari, ada satu saat (yang berkat) yang jika seseorang Muslim
menepati saat itu dan berdoa kepada ALLAH meminta keberkatan dunia dan akhirat,
nescaya ALLAH kabulkan doanya. Saat itu wujud pada setiap malam.”
HIKMAH
QIAMULAIL
Bangun
bersolat dan bertasbih pada sebahagian malam akan;
1. Ayat-ayat
bacaannya lebih sempurna dan betul.
2. Membawa
kesan iman yang mendalam,
PENUTUP
RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM meminta umat Islam bangun beribadat pada tengah malam dan Baginda
sendiri melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Aishah meriwayatkan:
“Bahawa Rasulullah SAW bangun sebahagian daripada malam bersolat hingga
bengkak kedua-dua kakinya, maka aku (Aishah) berkata kepada Baginda: Mengapa,
Ya Rasulullah, tuan hamba melakukan ini semua? Bukankah tuan hamba telah
diampunkan perkara terdahulu dan terkemudian?”
Jawab RASULULLAH SHALLALLAHU
‘ALAIHI WASSALLAM: “Bukankah
aku ini hamba yang bersyukur.”
Lihatlah
walaupun RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM itu maksum dan telah diampunkan segala dosa dan kesalahannya, Baginda
tetap bangun Qiamullail sebagai tanda bersyukur kepada ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA pada
sebahagian akhir malam untuk bersolat hingga bengkak kedua-dua kaki Baginda
SAW.
Adakah
kita yang mengaku umatnya masih berasa sombong dengan pekara-perkara lagha
(sia-sia), tanpa mahu meneladani sunnahnya meraih Qiamullail sepanjang Ramadan
al-Mubarak ini.
Sekiranya
kita ada berqiamullail, yang utamanya adalah keikhlasan beramal. Janganlah pula
menceritakannya kepada orang lain kerana akan jadi su’mah ataupun riak,
seterusnya mungkin mengakibatkan kehilangan pahala (bergantung kepada niatnya).
In sya Allah bila ikhlas beramal hanya kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA semata-mata, akan beroleh
ganjaran pahala di dunia dan juga di akhirat.
والسلام
Rujukan :
https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/08/14/hebatnya-qiamullail/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan