Di bawah saya paparkan sebahagian daripada dialog antara Kiyai Bahaudin Mudhary dengan seorang pemuda Kristian, Antonius Widuri. Dialog ini berlaku di Indonesia, pada malam kelima pertemuan (ada lapan malam semuanya). Dialog lapan malam ini juga telah diterbitkan dalam bentuk komik oleh Persatuan Ulama Malaysia (versi Melayu) dan Saba Islamic Media (versi Inggeris). Antonius telah mengesan ada orang Islam memindahkan pahala hasil amalnya kepada orang lain khasnya kepada arwah. Ini difahami dengan amalan bacaan tahlil atau membaca Al Quran kepada arwah, yang mereka kata ajaran Islam. Jadi Antonius menjadikan ini dalil supaya orang Islam jangan mengatakan dosa warisan Nabi Adam (dalam Kristian) sebagai salah, sebab dalam Islam juga ada pahala yang diwariskan kepada orang lain.
Mujurlah Bapak Kiyai Bahaudin berpendirian sunah atau salafi. Aliran salafi ini memang teguh berpendirian tidak ada dosa dan pahala yang boleh diagih-agihkan kepada sesiapa khasnya kepada para arwah. Kepada salafi, ini kerja sia-sia kerana tidak ada petunjuk daripada Rasulullah dan para sahabat, lebih-lebih lagi jelas tahlil dan bacaan Al Quran yang dihadiahkan kepada para arwah berlawanan dengan kehendak Al Quran.
Ketegasan salafi melalui Bapak Kiyai Bahaudin telah berjaya menundukkan hujah Antonius. Akhirnya Antonius akur dan mengucapkan syahadah. Cuba kalau Antonius berdialog dengan kiyai / ustaz yang selalu buat tahlil arwah, Antonius akan menyindir Islam. Jika begitu, dalam dialog ini Islam dilihat mengundur diri dan ustaz berasa sangat malu. Sila hayati diskusi ini.
(A ialah Bapak Kiyai Bahaudin (Islam), B ialah Antonius (Kristian))
A: Menurut ajaran Islam, pahala seseorang tidak boleh diwariskan atau dioper kepada orang lain, begitu juga dosanya seseorang tidak boleh diwariskan kepada orang lain. Setiap orang menanggung sendiri pahala dan dosanya atas perbuatannya sendiri.
B: Akan tetapi saya pernah membaca sebuah buku agama Islam yang menerangkan bahawa Nabi Muhammad pernah berkorban seekor kambing buat umatnya sekalian dan buat familinya. Ini bererti bahawa Nabi Muhammad mewariskan atau mengoperkan pahala kepada orang lain, yakni kepada umatnya dan familinya. Yang demikian itu bukan dosa waris, tetapi jelas pahala waris.
Jadi di dalam ajaran Islam ada juga pahala waris, maka saya kira bapak tidak perlu urus tentang dosa-dosa waris dalam ajaran Kristian, kalau di dalam ajaran Islam terdapat ajaran pahala waris atau ajaran oper pahala.
A: Kalau buku Agama Islam yang saudara baca mahu dijadikan pokok tentang bolehnya warisan pahala, mestinya orang Islam boleh solat dan berpuasa, lalu diwariskan pahalanya buat sekalian umat Islam yang masih hidup dan yang mati, tetapi tidak ada umat Islam yang berbuat demikian, kalaupun ada, mungkin kerana mereka tidak tahu, bahawa perbuatan yang demikian itu, bertentangan dengan kitab sucinya Al Quran. Jadi bukan kitab sucinya yang salah, tetapi penganutnya sendiri, dan berbeza dengan kitab Bibel yang mengandung banyak perselisihan antara satu ayat dengan yang lain. Di dalam kitab suci Al Quran, tidak terdapat ajaran pahala waris maupun dosa waris. Akan tetapi dalam kitab Bibel (Kristian) antara satu ayat dengan ayat yang lain bersimpang siur.
B: Saya pernah membaca kitab terjemahan Al Quran Bahasa Indonesia, kalau tidak keliru di dalam surat Ath Thurr ayat 21 ada menyebutkan yang maksudnya bahawa anak-anak orang mukmin akan dimasukkan syurga lantaran ibubapanya. Jadi lantaran amalan ibubapanya anak-anak itu masuk syurga. Kalau yang demikian itu bukan pahala waris, lalu apakah namanya.
A: Ayat Al Quran yang saudara maksudkan itu bunyinya akan saya bacakan sebagai berikut: Yang ertinya:
"Dan mereka yang beriman dan diikuti oleh anak-anak cucunya (keturunannya) dengan keimanan pula. Kami (Allah) kumpulkan anak cucu itu dengan mereka dan tiadalah kami kurangi pahala amalan mereka sedikit juapun."
(Surat Ath Thurr ayat 21).
Di ayat ini jelas menyebutkan tidak adanya pahala waris, malah tanggunganpun mengenai pahala warispun tidak ada. Yang masuk syurga bersama Ibubapanya itu adalah anak-anak yang belum baligh, kerana yang sudah baligh tentu bertanggungjawab sendiri. Oleh kerananya dalam ayat tersebut ada sambungannya. Yang ertinya:
"Setiap orang bertanggungjawab (terikat) oleh amalannya sendiri-sendiri (masing-masing)."
Jadi setiap orang menanggung dosa dan pahala atas perbuatannya masing-masing bukan warisan dari orang lain.
B: Apakah di dalam Kitab Al Quran ada yang lebih tegas menyebutkan bahawa dosa dan pahala itu tidak dapat diwariskan atau dihadiahkan pada orang lain.
A: Ada, cukup banyak.
B: Maafkan, kami ingin mengetahui di surat apa, dan di ayat berapa, kami akan cocokkan di rumah, kerana kami ada mempunyai kitab terjemahan Al Quran Bahasa Indonesia. Mungkin juga saudara-saudara yang hadir di sini juga memerlukan juga.
HADIRIN: Perlu diterangkan, kerana memang penting diterangkan.
A: Apakah tidak sebaiknya kita bersama-sama memeriksa di sini saja, kalau saudara menyetujui saya suruh ambilkan Al Quran lalu saya tunjukkan surat dan ayatnya sekali. Bagaimana, apakah sekarang juga.
B: Kalau Bapak hafal lebih baik sebutkan sekarang saja ayat-ayatnya, akan kami catat: lalu akan kami cocokkan di rumah dengan Al Quran kami. Tapi kalau bapak tidak hafal kami minta besok malam untuk menghemat waktu.
A: Insya Allah saya hafal ayat-ayatnya.
B: Baik, silakan bapak sebutkan, kami akan catat.
A: Saya akan sebutkan nama-nama surat dan nombor ayatnya, lalu saya akan beri keterangan dan saudara catat nama Surat dan nombor ayatnya yang sebut, lalu cocokkan lagi di rumah.
B: baik, kami setuju.
A: 1. Surat Al Baqarah, ayat 286.
"Kepada dirinya apa yang ia kerjakan, dan atas dirinya apa yang dia lakukan" Maksudnya, baik dan buruknya suatu perbuatan, harus ditanggung sendiri oleh yang mengerjakannya, tidak boleh dibebankan atas orang lain.”
2. Surat Al Baqarah, ayat 123.
"Dan Hendaknya kamu takut pada suatu hari (kiamat) tidak berkuasa seorang membebaskan sesuatu atas orang lain.”
Maksudnya, kelak di hari kiamat, seseorang tidak berkuasa menebus dosanya orang lain, dan pahala tidak diperbolehkan atas orang lain. Masing-masing harus menanggung sendiri perbuatannya baik maupun jahat.
3. Surat Al Ankabut, ayat 6,
"Siapa yang giat berusaha maka usahanya itu untuk dirinya sendiri."
4. Surat Yaasiin, ayat 54,
"Maka pada hari kiamat, tidak seorangpun akan teraniaya, dan kamu tidak akan dibalas, melainkan apa yang kamu sendiri telah kerjakan."
5. Surat Al Isra’ , ayat 15,
"Dan seseorang tidak berkuasa memikul dosanya orang lain."
6. Surat An Najm, ayat 38 dan 39,
"Bahawa seseorang tidak berkuasa menanggung dosanya orang lain dan sesungguhnya seorangpun tidak akan menerima pahala melainkan daripada perbuatannya sendiri."
7. Surat Luqman, ayat 33,
"Hai Manusia hendaklah kamu takut kepada suatu hari (kiamat) seorang bapa tidak berkuasa membebaskan anaknya (dari perbuatan anaknya), seorang anak tak akan berkuasa membebaskan perbuatan bapanya."
Ayat-ayat yang saya sebutkan di atas tadi jelas sekali menunjukkan bahawa seseorang tidak berkuasa menebus dosanya atau mengambil oper pahala orang lain. Jadi dalam Islam, tidak ada manusia yang berkuasa menebus dosa, atau seorang pejabat menebus dosa, perbuatan baik atau jahat harus ditanggung sendiri oleh yang mengerjakannya.
Saya kira sudah cukup ayat-ayat yang saya sebutkan, tetapi kalau saudara masih memerlukan, saya akan sebutkan lagi ayat-ayat yang lain.
B: Sudah cukup, dan kami sudah mengerti, akan tetapi kami pernah membaca sebuah kitab yang menyebutkan sebuah Hadist Nabi Muhammad, yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang menerangkan bahawa: "Mayat itu disiksa lantaran ditangisi oleh keluarganya". Berdasarkan Hadist tersebut bererti bahawa siksaan atas mayat itu, disebabkan perbuatan orang lain, bukan dari perbuatan dirinya sendiri. Mayat itu disiksa lantaran "perbuatan" tangisnya orang lain. Kami telah tanyakan kepada beberapa orang yang kami pandang mengerti tentang agama Islam, dan salah seorang guru agama Islam mengenal susunan Hadist tersebut memberikan jawapan bahawa hadist itu benar (sahih), oleh kerana yang meriwayatkan adalah Imam Bukhari dan Imam Muslim.
A: Hadist Nabi yang saudara bawakan itu susunannya demikian:
"Telah berkata Umar dan Ibnu Umar: Bersabda Nabi Muhammad SAW sesungguhnya mayat itu disiksa lantaran ditangisi oleh keluarganya.”
(riwayat Bukhari dan Muslim)
Akan tetapi hakikatnya Hadist itu Tidak Sahih, oleh kerana berlawanan dengan ayat-ayat Al Quran. Walaupun oleh kerana saudara yang beragama Kristian, mungkin belum mengetahui tentang Hadist-hadist Sahih dan Hadist-hadist Palsu, maka agar saudara yang hadir di pertemuan ini dapat mengikuti juga, merasa perlu saya terangkan bahawa menurut kitab-kitab Ushul Fiqih dan kitab Musthalahul Hadist, yang disebut Hadist Nabi, bukan saja mesti sah riwayatnya malah mesti beres susunannya dan erti dari pada hadist itu HARUS tidak berlawanan dengan kitab Al Quran. Dalam riwayat Bukhari dan Muslim jelas diterangkan demikian. Maksud Hadist tersebut, tatkala hadist yang menerangkan bahawa mayat itu disiksa lantaran ditangisi oleh keluarganya, didengar oleh Siti Aisyah (Isteri Nabi), maka Siti Aisyah menolak kebenaran Hadist tersebut. Aisyah berkata: "Cukuplah buat kamu Ayat Al Quran; Dan tidak berkuasa seseorang menanggung dosa orang lain.”
B: Nah, kalau begitu pak kiyai, sekarang kami telah mengerti bahawa berdasarkan Kitab Bibel sendiri dan Kitab Al Qura’an pada hakikatnya dosa waris dan pahala waris itu tidak ada. Yakni setiap manusia menanggung sendiri dosanya, dan pahalanya menurut perbuatannya masing-masing. Ini adil namanya.
A: Ya, seharusnya begitu; sebagaimana tersebut dalam kitab Bibel dan Al Quran yang telah kita baca tadi. Akan tetapi supaya lebih jelas dan tambah meyakinkan saudara, silahkan saudara periksa di Injil: "Surat kiriman Rasul Paulus kepada orang Rum Pasal 2 ayat 5 dan 6.
B: Baik, surat dan ayat ini menyebutkan sebagai berikut: "Tetapi menurut degilmu dan hati yang tiada mau bertaubat, engkau menghimpunkan kemurkaan ke atas dirimu untuk hari murka dan kenyataan hukum Allah yang adil". "yang akan membalas ke atas tiap-tiap orang menurut perbuatan masing-masing"
A: Apakah di ayat ini Bibel menerangkan Dosa Waris.
B: Tidak, malah sebaliknya setiap orang akan dibalas menurut amalnya masing-masing.
A: Periksa lagi Matius pasal 16 ayat 27
B: Ayat ini menerangkan /menyebutkan: "Kerana anak manusia akan datang dengan kemuliaan Bapanya beserta dengan segala malaikatnya; pada masa itu Ia akan membalas kepada tiap orang menurut perbuatannya:
A: Apakah di ayat ini Bibel menerangkan Dosa Waris.
B: Tidak ada, menurut ayat ini perbuatan dosa dan perbuatan baik akan ditanggung sendiri, tidak boleh dibebankan atau diwariskan pada orang lain.
A: Jadi di Kitab Injil sendiri yang menyebutkan tidak adanya dosa waris.
B: Ya, dari mana asalnya ada sebutan dosa waris itu.
A: Apakah saudara masih memerlukan penjelasan lebih lanjut?
B: Sudah sangat jelas sekali.
A: Kalau begitu baiklah kita lanjutkan. Di ayat saudara bacakan tadi ada sebutan "Anak manusia". Bapanya silahkan saudara bacakan sekali lagi.
B: Baik, awal ayat tersebut menyebutkan: "Kerana Anak Manusia akan datang dengan kemuliaan Bapanya…"
A: bagaimana menurut pengertian saudara yang dimaksudkan dengan "Anak Manusia dan Bapanya"
B: Anak manusia itu tentulah Yesus, sedang Bapa ialah Tuhan.
A: Periksa lagi: "Surat kiriman yang kedua kepada orang Kristian " pasal 5 ayat 10
B: Baik ayat ini menyebutkan: " Kerana tak dapat tiada kita sekalian akan jadi nyata di hadapan kursi pengadilan Kristus, supaya tiap-tiap orang menerima balasan, sebagaimana yang telah dilakukan oleh tubuh itu, baik atau jahat"
A: Ayat Injil sendiri yang menyebutkan, bahawa setiap orang harus bertanggungjawab atas perbuatannya masing-masing, baik maupun buruk, tidak boleh dibebankan atau diwariskan kepada orang lain.
B: Berdasarkan ayat-ayat Bibel yang bapak tunjukkan bahawa perbuatan baik atau buruk seseorang tidak dapat diwariskan kepada orang lain. Oleh kerananya, kepercayaan saya kepada dosa waris itu mulai luntur.
A: Kalau begitu lantas bagaimana dosanya Adam dan Hawa, apakah dapat diwariskan kepada orang lain, tegasnya kepada anak cucunya.
B: Berdasarkan ayat Bibel tersebut di atas tentu tidak. Jadi dosa yang dilakukan oleh Adam dan Hawa, seharusnya ditanggung sendiri oleh keduanya, tidak boleh diwariskan kepada anak cucunya.
A: Dalam sejarah Agama Kristian kita kenal yang disebut: "biechten", ialah orang yang berbuat dosa, dan "de biechtafleggen", ialah orang yang meminta ampun atas kesalahannya , dan "Biecht-vader", ialah orang-orang yang diberi wewenang memberi ampun. Setiap orang merasa menyesal atas kesalahannya dapat menerima ampunan dengan jalan membeli selembar surat yang menyebutkan bahawa orang yang berdosa sudah diberi ampun atas dosanya. Surat ampunan itu disebut "Aflaat-brieven" atau Indulgences, yang ertinya kemurahan Tuhan.
B: Ya, saya menyedari soal itu, keterangan bapak memuaskan saya.
A: Bukan hanya demikian, akan tetapi Aflaat-brieven itu pada zaman dulu dipropaganda (gepredicht) di Negara Jerman oleh seorang rabib (nonnik) bernama "Tetzel" dalam tahun 1517 atas perintah Paus Leo, yang menjadi Paus pada tahun 1513-1521. Sebahagian dari pada hasil penjualan Aflaat-brieven itu digunakan untuk pendirian bangunan gereja "Saint Pieter Kerk" di kota Roma. Terlalu panjang kalau saya uraikan sejarah pemerintahan gereja di Eropah pada permulaan abad pertengahan.
B: Terima kasih, kita lanjutkan saja soal yang lain, sekarang sudah larut malam, lain kali kami akan datang lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan