1- Jangan bakhil atau kedekut kerana
perangai itu memalukan.
2- Jangan pula tamak dan berdusta,
bahkan hendaklah sentiasa menjaga maruah.
3- Sentiasa menghormati dan meminta
ampun maaf kepada guru juga pendidik.
4- Sentiasa menziarahi kubur guru dan
tempat-tempat berkat.
5- Bercampur dengan orang yang
tidak baik hanya untuk menyeru ke jalan Islam.
6- Jangan banyak memaki hamun dan
mencela orang lain.
7- Bersegera ke masjid setiap kali
mendengar laungan azan.
8- Jagalah rahsia jiran tetangga
dan jangan menyebar rahsia yang diamanahkan.
9- Bencikan perkara yang hina di sisi
orang berilmu.
10- Jangan banyak bercerita atau
bercakap kerana ia akan menjadi pembohongan.
Majalah
GenQ PP 17325/06/2012. M/S : 25.
Rujukan
Foto :
http://vb.grorbnat.com/g100233.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan