Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 1 November 2012

J 53 TIGA Asas Kekuatan Hati Kepada Allah SWT

Asas Pertama : Orang yang beriman tidak berhajat melainkan Keredaan ALLAH SWT.

Asas Kedua :
Keredaan ALLAH SWT tidak akan tercapai melainkan dengan Cinta kepada Al Quran yang menghimpun segala Kata-Kata ALLAH SWT.

Asas Ketiga:
Mereka yang mencapai Keredaan ALLAH SWT apabila menatap Al Quran dan membacanya akan

1 – gementar hatinya,
2- badan dan setiap bulu romanya akan berpeluh,
3- matanya akan bercucuran air mata.

Sesungguhnya tiada sesuatu yang lebih besar daripada ALLAH SWT,

Tiada perkataan yang lebih besar daripada Kata-kata ALLAH SWT,

Tiada seorangpun lebih besar daripada ALLAH SWT.

Nota :
Kepada yang memahami bahasa Arab dengarlah dengan penuh perasaan kerana ustaz yang memberi nasihat adalah daripada golongan yang amat Cintakan Allah SWT.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan