Saidina Ali KarramAllahhu Wajhah
menjawab 7 pertanyaan dengan penuh hikmah”
1- Apakah yang lebih berat daripada
langit ?
Saidina Ali menjawab : Tuduhan palsu
lebih berat daripada langit.
2- Apakah yang lebih luas daripada bumi ?
Saidina Ali menjawab :Kebenaran lebih
luas daripada bumi.
3- Apakah yang lebih kaya daripada laut ?
Saidina Ali menjawab : Hati yang Qanaah
lebih kaya daripada lautan.
4- Apakah yang lebih keras daripada batu
?
Saidina Ali menjawab :Hati orang munafik
lebih keras daripada batu.
5- Apakah yang lebih panas daripada api ?
Saidina Ali menjawab : Penguasa yang
zalim lebih panas daripada api.
6- Apakah yang lebih sejuk
daripada Zamharir ( Neraka yang paling dingin ) ?
Saidina Ali menjawab :Berhajat kepada
orang yang bakhil lebih sejuk / dingin daripada Zamharir.
7- Apakah yang lebih pahit daripada
racun ?
Saidina Ali menjawab : Sabar lebih pahit
daripada racun (pada riwayat yang lain) Mengadu domba lebih pahit
daripada racun.
Kitab
Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 212.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan