KISAH MUSLIMAH DAN YAHUDI DI PASAR BANI
QAINUQA’Abdullah bin Ja’far bin Al-Miswar meriwayatkan kisah tentang sebuah
perjuangan menjaga maruah dan aurat Muslimah. Pada suatu hari, terdapat seorang
perempuan Arab Muslimah pergi ke pasar Bani Qainuqa’ membawa barang jualannya,
lalu duduk berdekatan dengan seorang tukang emas berbangsa Yahudi.
Kemudian
datang beberapa orang Yahudi mengepung dengan… tujuan mengganggu perempuan
tersebut.
“Bukalah
penutup mukamu,” kata sekumpulan orang Yahudi tersebut.
Perempuan
itu lantas mempertahankan maruahnya: “Tidak!”
Si tukang
emas yang berada berdekatan dengan perempuan tersebut secara diam-diam memegang
hujung kain perempuan itu, lalu disimpulkannya hingga ke bahagian belakang
badannya ketika wanita Arab itu tidak menyedarinya. Apabila perempuan itu
bangun, maka terdedahlah auratnya. Apa lagi, orang Yahudi ketawa
terbahak-bahak.
“Ha….ha….ha…
padan muka kamu!”
Lantas
perempuan itu menjerit: “Tolong….tolong!”
Tiba-tiba
datang seorang lelaki Muslim yang menyerbu tukang emas tersebut, lalu
membunuhnya. Orang Yahudi yang melihat kejadian itu segera bertindak balas
dengan membunuh lelaki Muslim tersebut.
Keluarga
lelaki Muslim itu mula menjerit memanggil orang Islam untuk bertemu orang
Yahudi tersebut. Maka berlaku pergaduhan antara mereka dengan Bani Qainuqa’.
(Ibn Ishaq, al-Sirah al-Nabawiyyah)
Adakah
kini kita menghadapi situasi seperti yang dihadapi oleh wanita Arab Muslimah
tersebut? Jawapannya, tidak. Malah sebaliknya wanita kini mendedahkan aurat
atas dasar sukarela, “ikhlas” dari hati mereka.
Berdasarkan
kisah di atas, wanita dan lelaki berperanan mempertahankan maruah (dalam
konteks ini aurat). Wanita perlu memahami syariat, lantas menyambutnya dengan
hati terbuka dalam bentuk amalan (praktikal).
Bagi
lelaki pula, jangan sesekali menjadikan wanita sebagai objek pelaris dalam
apa-apa sahaja promosi. Demikian juga peranan seorang suami, ayah, abang,
termasuk juga lelaki secara umum, nasihatlah wanita yang berada di bawah jagaan
mereka agar menitikberatkan penjagaan aurat sebaiknya.
Wallahua’lam. Petikan dari
Majalah Solusi siri 41 di bawah tajuk “Tutup Aurat InsyaAllah Selamat.”See More
Tiada ulasan:
Catat Ulasan