RUMAH muslim manakah yang tidak ada naskhah Al-Quran? Bukan semua rumah muslim di Malaysia ada Al Quran. Betul, maknanya ada rumah yang satu ayat al Quran pun tidak ada. Itu tidak mustahil. Tapi semua muslim percayakan Al Quran, sekalipun tidak tahu membacanya atau tahu membacanya tetapi tidak tahu apa maksud bacaannya.
Kalau hendak mengetahui budaya muslim kita terhadap Al Quran, kunjungi tiga tempat iaitu kedai buku agama, masjid dan rumah-rumah. Selain itu lihat apabila ada majlis perkahwinan dan penghujung bulan Ramadan. Di masjid dan kedai buku memang banyak Al Quran, itu sahaja. Di rumah, sekurang-kurangnya ada satu naskhah Al Quran, itupun sudah bagus. Ya, kita banyak membaca Al Quran sebagai satu ibadah khusus terhadap Allah swt. Al Quran juga dijadikan hadiah hantaran perkahwinan dan ada majlis khatam Al Quran sekali.
Kalau hendak mengetahui budaya muslim kita terhadap Al Quran, kunjungi tiga tempat iaitu kedai buku agama, masjid dan rumah-rumah. Selain itu lihat apabila ada majlis perkahwinan dan penghujung bulan Ramadan. Di masjid dan kedai buku memang banyak Al Quran, itu sahaja. Di rumah, sekurang-kurangnya ada satu naskhah Al Quran, itupun sudah bagus. Ya, kita banyak membaca Al Quran sebagai satu ibadah khusus terhadap Allah swt. Al Quran juga dijadikan hadiah hantaran perkahwinan dan ada majlis khatam Al Quran sekali.
Kebanyakan kita sekalipun mengatakan Al Quran sebagai panduan hidup, sebenarnya tidak memahami maksud bacaannya. Itulah budaya kita orang Melayu, sejak lama turun-temurun. Sebenarnya Al Quran yang diterjemah ke dalam Bahasa Melayu telah lama diterbitkan, sama ada tulisan jawi atau rumi. Kini yang tulisan rumi menjadi keutamaan. Namun di mana Al Quran dan terjemahan ini? Di kebanyakan masjid ada berpuluh-puluh Al Quran dalam versi asal: bahasa Arab, namun mencari sebuah Al Quran yang ada terjemahan Bahasa Melayu seperti mencari sebatang jarum dalam hutan! Di kedai buku agamapun tidak banyak kuantiti Al Quran terjemahan yang dijual.
Di rumah lagilah…., kalau Al Quran versi Arabpun tidak ada, mana hendak cari yang ada terjemahannya. Keadaan-keadaan ini sepatutnya menjadi petanda masyarakat Melayu sudah mahir dengan kandungan Al Quran versi Bahasa Arab sehingga tidak memerlukan terjemahan dalam bahasa Melayu. Maksudnya, seolah-olah Bahasa Arab menjadi bahasa kedua selepas bahasa Melayu. Tidak, tidak sama sekali. Keadaan adalah sebaliknya. Masyarakat Melayu hampir kesemuanya buta faham Bahasa Arab. Buta maksud Bahasa Arab bererti buta memahami maksud ayat-ayat al Quran.
Melihat susunan Al Quran versi Arab tanpa sebuahpun yang ada terjemahan dalam Bahasa Melayu sedangkan masyarakat Melayu buta faham Bahasa Arab, memberi maksud masyarakat Melayu hanya melayan Al Quran sebagai bacaan yang menyeronokkan. Masjid-masjid yang menghimpunkan Al Quran tanpa mengimbangi yang ada terjemahannya juga menggambarkan tidak ada bezanya pemikiran pihak pentadbiran masjid dengan masyarakat biasa. Sepatutnya pantadbiran masjid mempunyai visi atau tasawur yang lebih maju dengan orang awam supaya masjid kelihatan lebih bervisi daripada rumah orang awam.
Menyoroti lebih jauh isu ini, pihak berkuasa agama adalah punca mengapa masyarakat Melayu Islam ini terus buta memahami makksud ayat-ayat Al Quran. Di Malaysia yang hal-hal ‘agama’ termasuk membaca dan memahami isi Al Quran di bawah jabatan agama, maka orang-orang di jabatan agamalah yang perlu memikul beban ini. Terlalu sukarkah mana-mana pihak berkuasa agama menjelaskan atau mengarahkan 50 peratus Al Quran dalam masjid mesti yang ada terjemahannya. Al Quran dan terjemahan ini mesti diletakkan di ruang terbuka supaya jemaah khasnya hari Jumaat dapat menelaah sewaktu iktikaf. Setelah 50 tahun merdeka, entah masjid manalah yang telah membuat kerja minimum ini dalam usaha menyedarkan masyarakat Melayu terhadap maksud ayat-ayat Al Quran.
Bukan tidak ada pandangan pemimpin dan gesaan supaya masyarakat Melayu memahami maksud Al Quran. Semasa Majlis Tilawah al Quran atau sambutan Nuzulul Quran kerap didengar seruan itu. Tetapi gesaan ini terhenti semasa majlis minum kopi.
Namun syukur ada segelintir masyarakat Melayu yang sedar isu ini. Mereka memahami maksud Al Quran Bahasa Arab dengan membaca terjemahan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Tidak keterlaluan jika dikatakan mereka yang kecil ini terdiri daripada kelas menengah Melayu dan golongan profesional yang tidak terdidik secara formal dalam ‘pendidikan agama’. Masalah lain pula ditimbulkan apabila ada segolongan ustaz memperli (baca menyalahkan) pihak yang memahami al Quran melalui terjemahan sebagai memahami Al Quran secara membaca, tidak melalui guru. Bagi golongan ustaz ini, belajar jika tidak menghadap guru, bererti berguru dengan syaitan.
Jadi beginilah sajalah keadaan masyarakat Melayu dalam memahami bacaan al Quran. Ustaz-ustaz terus secara eksklusif memonopoli pemahaman ayat-ayat al Quran. Namun bilangan ustaz dan ustaz yang sanggup berpeluh-peluh menyebarkan ilmu memahami al Quran sangat kecil jika dinisbahkan dengan orang awam Melayu. Orang yang sanggup menghadap guru atau ustazpun semakin kecil kerana masalah masing-masing.
Sampailah masanya ada satu anjakan paradigma dalam kalangan para ustaz, pentadbir masjid, pegawai-pegawai agama dan individu yang berkesedaran agar masyarakat didedahkan dengan bentuk pemahaman maksud bacaan al Quran secara mudah dan praktikal. Contoh isu yang dibawa di sini ialah, banyakkan naskhah al Quran terjemahan Melayu di mana-mana, khasnya di masjid, surau dan rumah-rumah. Soalnya sekarang, hendak atau tidak. Carilah seribu sebab untuk melakukannya, bukan seribu alasan untuk menolaknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan