Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 24 Mac 2013

Bab 45 Berziarah Kepada Para Ahli Kebaikan, Duduk-duduk Dengan Mereka, Mengawani Mereka, Mencintai Mereka, Meminta Mereka Supaya Berziarah Ke Tempat Kita, Meminta Doa Dari Mereka Serta Berziarah Ke Tempat-tempat Yang Utama.



Allah Taala berfirman:

Ertinya : "Dan ketika Musa berkata kepada bujangnya: "Saya tidak akan berhenti berjalan sehingga sampai di pertemuan dua sungai atau aku berjalan sampai bertahun-tahun sehingga firman Allah: "Musa berkata kepadanya yakni Hidhir : "Bolehkah aku mengikuti engkau dengan maksud supaya engkau mengajarkan kepadaku kebenaran yang telah diajarkan kepadamu?” 34 
(al-Kahfi: 60-66)

Keterangan:

Orang yang hendak dicari oleh Nabiullah Musa a.s. yang dianggapnya lebih pandai daripadanya sendiri itu ialah Hidhir. Sebagian alim-ulama ada yang mengatakan bahawa Hidhir itu adalah seorang Nabi, ada pula yang mengatakan, ia seorang waliullah yang memiliki karamah (keistimewaan yang tidak dapat dilakukan oleh manusia biasa sebagai tanda kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah padanya, jadi sama halnya dengan mukjizat bagi seseorang Nabi atau Rasul), juga ada yang mengatakan bahawa ia adalah orang soleh saja. Jadi dalam hal ini banyak pendapat alim-ulama Islam. Mana yang benar, hanyalah Allah Taala yang Maha Mengetahui. Juga diperselisihkan pula oleh beliau-beliau itu perihal kematian atau masih hidupnya Hidhir itu sampai saat ini, hingga tibanya hari kiamat nanti sebagaimana diperselisihkannya tentang kematian atau masih hidupnya Nabiullah Isa al-Masih a.s. 

Tegasnya ada sebahagian ulama yang menyatakan pendapatnya bahawa kedua beliau itu masih hidup dan baru akan mati nanti setelah datangnya hari kiamat, tetapi hidupnya
Hidhir a.s. di bumi dan Isa a.s. di langit. Juga ada sebahagian ulama yang menyatakan pendapatnya bahawa keduanya itu sudah mati. Wallahu A'lam bishshawaab.

Ketika Nabiullah Musa a.s. hendak mencari Hidhir, Allah memberikan petunjuk kepadanya bahawa tempat Hidhir itu ada di Majma'ul Bahrain yakni tempat pertemuan dua 34 Firman Allah Taala dalam surah al-Kahfi di atas adalah ayat 60, sedang yang di bawahnya adalah ayat 65.
Adapun ayat-ayat yang terletak di antara keduanya itu ialah ayat-ayat 61, 62, 63, 64 dan 65.
Kelengkapannya adalah sebagai berikut:
- Sesudah keduanya (yakni Musa dan bujangnya) telah sampai di pertemuan kedua lautan itu, mereka lupa kepada ikannya (yang dibawa sebagai bekal), lalu ikan itu melompat mengambil jalannya sendiri di lautan (61)
- Setelah keduanya berjalan lebih jauh, ia (Musa) berkata pada bujangnya: "Ambillah makanan kita, sungguh kita telah merasa lelah sebab (jauhnya) perjalanan kita ini (62)
- Bujangnya menjawab; "Tidakkah Tuan ketahui bahawa ketika kita mencari tempat perlindungan (peristirehatan) di batu besar tadi, saya benar-benar lupa kepada ikan itu dan tiada lain yang menyebabkan saya terlupa itu selain syaitan jua. Ikan itu lalu mengambil jalannya di lautan. Ini amat menghairankan sekali untuk mengingatnya (63)
- Ia (Musa) berkata: "Itulah tempat yang kita cari," kemudian keduanya kembali mengikuti jejaknya semula (64)
- Lalu keduanya mendapati seseorang dari hamba-hamba Kami (Tuhan) yang telah Kami berikan kurnia kepadanya iaitu kerahmatan dari sisi Kami dan Kami ajarkan kepadanya ilmu pengetahuan dari berbagai ilmu yang ada pada Kami (65)


lautan. Inipun diperselisihkan pula, ada yang mengatakan bahawa lautan di situ maksudnya dua sungai. Jadi Majma'ul Bahrain, ertinya ialah pertemuan dua sungai yakni Sungai Nil Biru dan Nil Putih. Ada pula yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan memang betul-betul pertemuan dua lautan, yakni lautan Hitam yang dulu masuk wilayah kerajaan Parsi di zaman kejayaannya dan lautan Tengah yang dulu masuk wilayah kerajaan Romawi di zaman keemasannya. Jadi kalau Ini yang dianggap benar, maka pertemuan kedua lautan itu ialah di selat Bospores yang kini masuk wilayah Turki. Namun demikian, semua pendapat itu masih merupakan serba kemungkinan dan belum dapat dipastikan keshahihannya. Wallaahu A'lam bishshawaab.

Allah Taala berfirman pula:

Ertinya : "Dan sabarkanlah dirimu bersama orang-orang yang menyeru Tuhan mereka di waktu pagi dan petang, mereka menginginkan keredhaan Tuhan." 
(al-Kahfi: 28)

359. Dari Anas r.a., berkata: 

Ertinya : "Abu Bakar berkata kepada Umar radhiallahu 'anhuma setelah wafatnya Rasulullah s.a.w.: "Marilah berangkat bersama kita ke tempat Ummu Aiman 35 agar kita dapat berziarah padanya, sebagaimana Rasulullah s.a.w. juga menziarahinya. Setelah keduanya sampai di tempatnya, Ummu Aiman menangis, lalu keduanya bertanya: "Apakah yang menyebabkan engkau menangis? Tidakkah engkau ketahui bahawa apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik untuk Rasulullah s.a.w.?" Ummu Aiman lalu menjawab: "Sesungguhnya saya bukannya menangis kerana saya tidak mengerti bahawa apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik untuk Rasulullah s.a.w. itu, tetapi saya menangis ini ialah kerana sesungguhnya wahyu itu kini telah terputus dari langit."
Jawapan Ummu Aiman menyebabkan tergeraknya hati kedua orang tersebut untuk menangis lalu kedua orang itupun mulai pula menangis bersama Ummu Aiman." 
(Riwayat Muslim)

360. Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. bahawasanya ada seorang lelaki berziarah kepada seorang saudaranya di suatu desa lain, kemudian Allah memerintah seorang malaikat untuk melindunginya di sepanjang jalan yang dilaluinya. Setelah orang itu melalui jalan itu, berkatalah malaikat kepadanya: "Ke mana engkau menghendaki?" Orang itu menjawab: "Saya hendak ke tempat seorang saudaraku di desa ini." Malaikat bertanya lagi: "Adakah suatu kenikmatan yang hendak kau peroleh dari saudaramu itu?" Ia menjawab: "Tidak, hanya saja saya mencintainya kerana Allah." Malaikat lalu berkata: "Sesungguhnya saya ini adalah utusan Allah untuk memberitahu bahawa sesungguhnya Allah itu mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu kerana Allah."
(Riwayat Muslim)

361. Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Ertinya : "Barangsiapa yang meninjau orang sakit atau berziarah kepada saudaranya kerana Allah, maka berserulah seseorang yang mengundang-undang: "Engkau melakukan kebaikan dan baik pulalah perjalananmu, serta engkau dapat menduduki tempat dalam syurga."
Ummu Aiman adaiah perawat serta pengasuh Rasulullah s.a.w. di waktu kecilnya. Ia adalah seorang hambasahaya, lalu dimerdekakan oleh beliau s.a.w. setelah beliau s.a.w. dewasa. Suaminya bernama Zaid bin Haritsah. Amat besar penghormatan Nabi s.a.w. terhadap Ummu Aiman itu serta sangat dimuliakan, bahkan beliau s.a.w. pernah bersabda: "Ummu Aiman ummi" ertinya: "Ummu Aiman itu adalah ibuku".
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan dan dalam sebahagian naskah disebutkan sebagai Hadis gharib.

362. Dari Abu Musa al-Asy'ari r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

Ertinya : "Hanyasanya perumpamaan kawan yang baik dan kawan yang buruk adalah sebagai pembawa minyak misik yang baunya harum dan peniup perapian pandai besi. Pembawa minyak misik ada kalanya memberikan minyaknya padamu, atau engkau dapat membelinya, atau setidak-tidaknya engkau dapat memperoleh mencium bau yang harum daripadanya. Adapun peniup perapianmu, maka ada kalanya akan membakarkan pakaianmu atau engkau akan memperoleh bau yang busuk daripadanya." 
(Muttafaq 'alaih)

363. Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: 

Ertinya : "Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana ada hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana teguh agamanya. Maka dari itu dapatkanlah yakni usahakanlah untuk memperoleh yang mempunyai keteguhan agama, tentu kedua tanganmu merasa puas yakni hatimu menjadi tenteram." 
(Muttafaq 'alaih)
Adapun maknanya Hadis di atas itu ialah bahawasanya para manusia itu dalam ghalibnya menginginkan wanita itu kerana adanya empat perkara di atas itu, tetapi engkau sendiri hendaklah menginginkan lebih-lebih yang beragama teguh. Wanita sedemikian itulah yang harus didapatkan dan berlumbalah untuk mengahwininya.

364. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Nabi s.a.w. bersabda Jibril a.s.: 

Ertinya : "Apakah sebabnya Tuan tidak suka berziarah pada kami yang lebih banyak lagi lebih sering daripada yang Tuan berziarah sekarang ini?" Kemudian turunlah ayat yang ertinya: Dan kami tidak turun melainkan dengan perintah Tuhanmu. BagiNya adalah apa yang ada di hadapan serta di belakang kita dan apa saja yang ada di antara yang tersebut itu." 
(Maryam: 64) (Riwayat Imam Bukhari)

365. Dari Abu Said al-Khudri r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: 

Ertinya : "Janganlah engkau bersahabat, melainkan orang yang mukmin dan janganlah makan makananmu itu kecuali orang yang bertakwa." 
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dengan isnad yang tidak mengapa untuk dijadikan pegangan.

366. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: 

Ertinya : "Seseorang itu adalah menurut agama kekasihnya. Maka hendaklah seseorang dari engkau semua itu melihat  meneliti benar-benar orang yang dijadikan kekasihnya itu."
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dengan isnad shahih dan Imam Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

367. Dari Abu Musa al-Asy'ari r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

“Maksudnya ialah bahawa bagi Allah itu adalah semua yang ada di muka dan di belakang kita serta apapun yang ada di antara keduanya itu, baik mengenai waktu dan tempat. Oleh sebab itu kita semua ini tidak dapat berpindah dari satu keadaan atau tempat kepada keadaan atau tempat yang lain, kecuali dengan perintah dan kehendak Allah sendiri. "Seseorang itu beserta orang yang dicintainya".
(Muttafaq 'alaih)
Dalam suatu riwayat lain disebutkan: Abu Musa r.a. berkata: Ertinya : "Nabi s.a.w. ditanya: "Ada seseorang mencintai sesuatu kaum, tetapi ia tidak pernah menemui mereka itu, bagaimanakah?" Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Seseorang itu beserta orang yang dicintainya."

368. Dari Anas r.a. bahawasanya ada seorang Arab(orang Arab pedalaman) berkata kepada Rasulullah s.a.w.: "Bilakah datangnya hari kiamat?" Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya: "Apakah yang telah engkau persiapkan untuk menemuinya?" Arab itu menjawab: "Kecintaanku kepada Allah dan RasulNya." Kemudian beliau s.a.w. bersabda: "Engkau akan menyertai orang yang engkau cintai."
(Muttafaq 'alaih)
Ini adalah lafaz Imam Muslim. Dalam riwayat Imam Bukhari dan Muslim lainnya, disebutkan demikian: Arab berkata: Ertinya : "Saya tidak menyiapkan sesuatupun untuk menemui hari kiamat itu, baik yang berupa banyaknya puasa, solat atau sedekah, tetapi saya ini adalah mencintai Allah dan RasulNya."

369. Dari Ibnu Mas'ud r.a. katanya: 

Ertinya : "Ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata: "Ya Rasulullah, bagaimanakah pendapat Tuan mengenai seseorang yang mencintai sesuatu kaum, tetapi tidak pernah menemui kaum itu?" Rasulullah s.a.w. bersabda: "Seseorang itu beserta orang yang dicintainya." 
(Muttafaq 'alaih)

370. Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: 

Ertinya : "Para manusia ini adalah bagaikan benda logam, sebagaimana juga logam emas dan perak. Orang-orang pilihan di antara mereka di zaman Jahiliyah adalah orang-orang pilihan pula di zaman Islam, jikalau mereka menjadi pandai dalam hal agama. Ruh-ruh itu adalah sekumpulan tentera yang berlain-lainan, maka mana yang dikenal dari golongan ruh-ruh tadi tentulah dapat menjadi rukun damai, sedang mana yang tidak dikenalinya dari golongan ruh-ruh itu tentulah berselisihan maksudnya ruh baik berkumpulnya ialah dengan ruh baik, sedang yang buruk dengan yang buruk." 
(Riwayat Muslim)
Imam Bukhari meriwayatkan sabda Nabi s.a.w. Al-Arwah dan seterusnya itu dari riwayat Aisyah radhiallahu 'anha.

Keterangan:

Dalam menafsiri pengertian perihal ruh itu ada yang saling kenal-mengenal yakni 'Ta'aruf dan ada yang tidak saling kenal-mengenal yakni Tanakur, maka Imam Ibnu Abdissalam berkata sebagai berikut: “Hal itu yakni kenal atau tidak kenal, maksudnya adalah mengenai keadaan sifat. Ertinya andaikata anda mengetahui seseorang yang berlainan sifatnya dengan anda, misalnya anda seorang yang berbakti kepada Allah dan yang dikenal itu orang yang tidak berbakti atau mengaku ketiadaan Allah, sekalipun kenal orangnya, tetapi tidak saling kenal mengenal jiwa, ruh ataupun faham yang dianutnya. Sebaliknya jika orang itu sama dengan dalam riwayat Imam Ibnu Hibban ada tambahannya sesudah kata-kata "Walam yalhaq bihim," sedang tambahannya itu berbunyi: Ertinya: "Dan orang itu tidak dapat mengamalkan sebagaimana yang diamalkan oleh kaum yang dicintainya itu."
anda perihal keadaan sifatnya, sama-sama berbaktinya kepada Allah, sama-sama berjuang untuk meluhurkan kalimat Allah, sama-sama membenci kepada kemungkaran dan kemaksiatan, maka selain kenal orangnya, juga sesuai jiwanya, sesuai ruhnya dan sejalan dalam faham yang dianutnya. Oleh sebab itu dalam sebuah Hadis lain disebutkan bahawa seseorang yang merasa jiwanya itu masih lari atau enggan mengikuti ajakan orang yang mulia dan utama amalannya, pula bagus kelakuannya, hendaknya segera mencari sebab-sebabnya, sekalipun ia sudah mengaku sebagai manusia muslim. Selanjutnya setelah penyakitnya ditemukan, hendaknya secepatnya diubati dan dibuang apa yang menyebabkan ia sakit sedemikian. Cara inilah yang sebaik-baiknya untuk menyelamatkan diri dari sifat yang buruk, sehingga ruhnya dan jiwanya dapat saling berkenalan dengan golongan orang-orang yang baik pula ruh dan jiwanya".

371. Dari Usair bin Amr, ada yang mengatakan bahawa ia adalah bin Jabir dengan dhammahnya hamzah dan fathahnya sin muhmalah, katanya: 

Ertinya : "Umar bin Alkhaththab ketika didatangi oleh sepasukan pembantu dalam peperangan dari golongan penduduk Yaman, lalu ia bertanya kepada mereka: "Adakah di antaramu semua seorang yang bernama Uwais bin 'Amir?" Akhirnya sampailah Uwais itu ada di mukanya, lalu Umar bertanya: "Adakah anda bernama Uwais." Uwais menjawab: "Ya." Ia bertanya lagi: "Benarkah dari keturunan kabilah Murad dari lingkungan suku Qaran?" Ia menjawab: "Ya." Ia bertanya pula: "Adakah anda mempunyai penyakit supak, kemudian anda sembuh daripadanya, kecuali hanya di suatu tempat sebesar wang dirham?" Ia menjawab: "Ya." Ia bertanya lagi: "Adakah anda mempunyai seorang ibu?" Ia menjawab: "Ya." Umar lalu berkata: "Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan datang padamu semua seorang bernama Uwais bin 'Amir beserta sepasukan mujahidin dari ahli Yaman, ia dari keturunan Murad dari Qaran. Ia mempunyai penyakit supak lalu sembuh dari Penyakitnya itu kecuali di suatu tempat sebesar wang dirham. Ia juga mempunyai seorang ibu yang ia amat berbakti padanya. Andaikata orang itu bersumpah akan sesuatu atas nama Allah, pasti Allah akan melaksanakan sumpahnya itu dengan sebab amat berbaktinya terhadap ibunya itu. Maka jikalau engkau kuasa meminta padanya agar ia memintakan pengampunan  kepada Allah untukmu, maka lakukanlah itu!" Oleh sebab itu, mohonkanlah pengampunan kepada Allah untukku. Uwais lalu memohonkan pengampunan untuk Umar. Selanjutnya Umar bertanya lagi: "Ke manakah anda hendak pergi?" Ia menjawab: "Ke Kufah." Umar berkata: "Sukakah anda, sekiranya saya menulis sepucuk surat kepada gabenor Kufah agar anda dapat sambutan dan pertolongan yang diperlukan." Ia menjawab: "Saya lebih senang menjadi golongan manusia yang fakir-miskin." Setelah tiba tahun mukanya, ada seorang dari golongan bangsawan Kufah berhaji, lalu kebetulan ia menemui Umar, kemudian Umar menanyakan padanya perihal Uwais. Orang itu menjawab: Sewaktu saya tinggalkan, ia dalam keadaan buruk rumahnya lagi sedikit barangnya maksudnya sangat menderita." Umar lalu berkata: "Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan datang padamu semua seorang bernama Uwais bin 'Amir beserta sepasukan mujahidin dari ahli Yaman, ia dari keturunan Murad dari Qaran. Ia mempunyai penyakit supak lalu sembuh dari penyakitnya itu kecuali di suatu tempat sebesar wang dirham. Ia juga mempunyai seorang ibu yang ia amat berbakti padanya. Andaikata orang itu bersumpah akan sesuatu atas nama Allah, pasti Allah akan melaksanakan sumpahnya itu. Maka jikalau engkau kuasa meminta padanya agar ia memintakan pengampunan kepada Allah untukmu, maka lakukan itu!" Orang bangsawan itu lalu mendatangi Uwais dan berkata: "Mohonkanlah pengampunan kepada Allah untukku. Uwais berkata: "Anda masih baru saja waktunya melakukan bepergian yang baik yakni ibadat haji, maka sepatutnya memohonkanlah pengampunan untukku." Uwais lalu melanjutkan katanya: "Adakah anda bertemu dengan Umar?" Ia menjawab: "Ya." Uwais lalu memohonkan pengampunan untuknya. Orang-orang banyak lalu mengerti siapa sebenarnya Uwais itu, mereka mendatanginya, kemudian Uwais berangkat keluar dari Kufah menurut kehendaknya sendiri."
(Riwayat Muslim)
Dalam riwayat Imam Muslim lainnya disebutkan: "Dari Usair bin Jabir bahawasanya ahli Kufah sama bertemu kepada Umar r.a. dan di antara mereka ada seorang lelaki yang menghina-hinakan Uwais. Umar lalu bertanya: "Apakah di situ ada seorang dari keturunan Qaran?" Orang yang dimaksudkan itu lalu datang padanya. Umar kemudian berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Sesungguhnya ada seorang lelaki dari Yaman, akan datang padamu semua. Ia bernama Uwais. Dia tidak meninggalkan sesuatu di Yaman itu melainkan seorang ibu. Ia mempunyai penyakit supak, lalu berdoa kepada Allah Taala, lalu Allah melenyapkan penyakitnya tadi, kecuali di suatu tempat sebesar wang dinar atau dirham. Maka barangsiapa di antara engkau semua bertemu dengannya, hendaklah meminta padanya agar ia memohonkan pengampunan kepada Allah untuknya."
Juga disebutkan dalam riwayat Imam Muslim lagi dari Umar, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya sebaik-baiknya kaum tabi'in ialah seorang lelaki bernama Uwais. Ia mempunyai seorang ibu dan pada tubuhnya ada putih-putih kerana penyakit supak, maka suruhlah ia supaya memohonkan pengampunan untuk semua."
Sabda Nabi s.a.w. Ghabraan-un nas, dengan fathahnya ghain mu'jamah, saknahnya ba' serta mad (dibaca panjang ra'nya). Ertinya golongan manusia yang fakir-miskin dan rakyat jelata atau rendahan dan tidak diketahui pula dari lingkungan mana sebenarnya orang itu, sedang Al-Amdad adalah jamaknya Madad, iaitu para penolong dan pembantu yang memberikan pertolongan serta bantuan kepada kaum Muslimin dalam berjihad atau perjuangan menegakkan agama Allah.

372. Dari Umar bin Alkhaththab r.a., katanya: 

Ertinya : "Saya meminta izin kepada Nabi s.a.w. untuk menunaikan umrah, lalu beliau mengizinkan dan bersabda: "Jangan melupakan kita, hai saudaraku, untuk mendoakan kita." Beliau s.a.w. telah mengucapkan suatu kalimat meminta ikut disertakan dalam doa yang saya tidak senang memperoleh seisi dunia ini sebagai gantinya." maksudnya bahawa kalimat yang disabdakan oleh beliau s.a.w. bagi Umar r.a. amat besar nilainya yakni melebihi dari nilai dunia dan seisinya.
Hadis shahih yang diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

373. Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya: 

Ertinya : "Nabi s.a.w. berziarah ke Quba' sambil berkenderaan serta berjalan, kemudian beliau bersolat dua rakaat." 
(Muttafaq 'alaih)
Dalam riwayat lain disebutkan: "Nabi s.a.w. mendatangi masjid Quba' setiap hari Sabtu sambil berkenderaan dan berjalan dan Ibnu Umar juga melakukan seperti itu."

Quba' adalah sebuah desa yang jaraknya dari Madinah ada sefarsakh atau kira-kira 5 km. Di situ ada masjidnya yang terkenal, yakni masjid yang didirikan oleh Nabi s.a.w. yang pertama kali, sedang yang kedua ialah masjid Nabawi di Madinah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan