Allah Taala berfirman:
Ertinya : "Muhammad adalah Rasulullah
dan orang-orang yang beserta Muhammad itu mempunyai sikap keras yakni tegas terhadap kaum kafir, tetapi
saling kasih-mengasihi antara sesama kaum mukminin." sampai ke akhir surat.
(al-Fath: 29)
Allah Taala berfirman pula:
Ertinya : "Dan orang-orang yang telah
lebih dulu dari mereka bertempat tinggal dalam kampung Madinah serta beriman,
mereka menunjukkan kasih-sayang kepada orang yang berpindah ke kampung mereka
itu."
(al-Hasyr: 9)
374. Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w.,
sabdanya:
Ertinya : "Ada tiga perkara,
barangsiapa yang tiga perkara itu ada di dalam diri seseorang, maka orang itu
dapat merasakan manisnya keimanan iaitu: jikalau Allah dan RasulNya lebih
dicintai olehnya daripada yang selain keduanya, jikalau seseorang itu mencintai
orang lain dan tidak ada sebab kecintaannya itu melainkan kerana Allah, dan
jikalau seseorang itu membenci untuk kembali kepada kekafiran setelah
diselamatkan oleh Allah dari kekafiran itu, sebagaimana bencinya kalau
dilemparkan ke dalam api neraka."
(Muttafaq 'alaih)
375. Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi
s.a.w. sabdanya:
Ertinya : "Ada tujuh macam orang yang
akan dapat diberi naungan oleh Allah dalam naunganNya pada hari tiada naungan
melainkan naunganNya yakni pada hari kiamat, iaitu:
imam(pemimpin atau kepala) yang adil, pemuda yang sejak kecil dalam beribadat
kepada Allah Azza wa jalla, seseorang yang hatinya tergantung(sangat
memperhatikan) kepada masjid-masjid, dua orang yang saling cinta-mencintai kerana
Allah, keduanya berkumpul atas keadaan yang sedemikian serta berpisahpun
demikian pula, seseorang Ielaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai
kedudukan serta kecantikan wajah, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini
takut kepada Allah", ataupun sebaliknya yakni yang diajak itu ialah
wanita oleh seorang Ielaki, seseorang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu
menyembunyikan amalannya itu yakni tidak menampak-nampakkannya, sehingga dapat
dikatakan bahawa tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan
kanannya dan seseorang yang ingat kepada Allah di dalam keadaan sepi lalu
melelehkan airmata dari kedua matanya." 41
(Muttafaq 'alaih)
39 Yang dimaksudkan ialah kaum Anshar
radhiallahu 'anhuma, sebab merekalah yang menetap terus di Madinah dan telah
meresaplah rasa keimanan dalam jiwa mereka.
Naungan Tuhan ini dapat diertikan secara
sebenarnya yakni naungan dari 'arasynya Tuhan, tetapi dapat pula diertikan
sebagai kinayah yakni dalam lindungan Tuhan dan ditempatkan di tempat yang
dimuliakan.
376. Dari Abu Hurairah r.a. pula,
katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ertinya : "Sesungguhnya Allah Taala
berfirman pada hari kiamat: "Manakah orang-orang yang saling
cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka itu akan saya beri
naungan pada hari tiada naungan melainkan naunganKu sendiri."
(Riwayat Muslim)
377. Dari Abu Hurairah r.a., katanya:
"Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ertinya : "Demi Zat yang jiwaku ada
di dalam genggaman kekuasaanNya, engkau semua tidak dapat masuk syurga sehingga
engkau semua beriman dan engkau semua belum disebut beriman sehingga engkau
semua saling cinta-mencintai. Sukakah engkau saya beri petunjuk pada sesuatu
yang apabila itu engkau semua lakukan, maka engkau semua dapat saling
cinta-mencintai? Sebarkanlah ucapan salam antara engkau semua."
(Riwayat Muslim)
378. Dari Hurairah r.a. pula dari Nabi
s.a.w. bahawasanya ada seorang
Ielaki berziarah kepada seorang saudaranya di suatu desa lain, kemudian Allah
memerintah seorang malaikat untuk melindunginya di sepanjang jalan,"
kemudian dihuraikannya Hadis itu sampai kepada sabdanya: "Sesungguhnya Allah itu
mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu kerana Allah".
(Riwayat Muslim)
Hadis ini telah lalu dalam bab yang
sebelum ini - lihat Hadis no. 260.
379. Dari Albara' bin 'Azib
radhiallahu'anhuma dari Nabi s.a.w. bahawasanya beliau bersabda mengenai
golongan sahabat Anshar:
Ertinya : "Tidak mencintai kaum
Anshar itu melainkan orang mukmin dan tidak membenci mereka itu melainkan orang
munafik; barangsiapa yang mencintai mereka, maka ia dicintai oleh Allah dan
barangsiapa membenci mereka, maka mereka dibenci oleh Allah."
(Muttafaq 'alaih)
380. Dari Mu'az r.a., katanya:
"Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ertinya : "Allah 'Azzawajalla
berfirman: "Orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu,
maka mereka itu akan memiliki mimbar-mimbar dari cahaya yang diinginkan pula
oleh para nabi dan para syahid yakni mati dalam peperangan untuk membela agama
Allah."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia
mengatakan bahawa ini adalah Hadis Hasan shahih.
381. Dari Abu ldris al-Khawlani
rahimahullah, katanya:
Ertinya : "Saya memasuki masjid
Damsyik, tiba-tiba di situ ada seorang pemuda yang bercahaya giginya yakni suka
sekali tersenyum dan sekalian manusia besertanya. Jikalau orang-orang itu berselisih
mengenai sesuatu hal, mereka lalu menyerahkan persoalan itu kepadanya dan
mereka mengeluarkan huraian dari pendapatnya, kemudian saya bertanya mengenai
dirinya, lalu menerima jawapan: "Ini adalah Mu'az bin Jabal. Setelah hari
esoknya, saya datang pagi-pagi sekali, lalu saya dapati Mu'az sudah mendahului
saya datang paginya. Ia saya temui sedang bersolat. Kemudian saya menantikannya
sehingga ia menyelesaikan solatnya. Seterusnya sayapun mendatanginya dari arah
mukanya, lalu saya mengucapkan salam padanya, kemudian saya berkata: "Demi
Allah, sesungguhnya saya ini mencintaimu kerana Allah." Ia berkata:
"Kerana Allahkah?" Saya menjawab: "Ya, kerana Allah." Ia
berkata: "Kerana Allah?" Saya menjawab: "Ya, kerana Allah."
Mu'az lalu mengambil belitan selendangku, kemudian menarik tubuhku kepadanya,
terus berkata: "Bergembiralah engkau, kerana sesungguhnya saya pernah
mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah Tabaraka wa Taala berfirman
dalam Hadis Qudsi: "Wajiblah kecintaanKu itu kepada orang-orang yang saling
cinta-mencintai kerana Aku, duduk-duduk bersama kerana Aku, saling
ziarah-menziarahi kerana Aku dan saling hadiah-menghadiahi kerana Aku."
Hadis shahih yang diriwayatkan oleh Imam
Malik dalam Almuwaththa' dengan isnadnya yang shahih.
Sabda Nabi s.a.w.: Hajartu ertinya berpagi-pagi
sekali mendatangi, ini adalah dengan syaddahnya jim. Sabdanya s.a.w.: Aallahi, faqultu: Allah. Yang pertama dengan hamzah
mamdudah untuk istifham - pertanyaan, sedang yang kedua tanpa mad.
41 Meleleh airmatanya, maksudnya ialah
kerana ingatannya memusat betul-betul kepada Allah, merasa banyak dosa yang
dilakukan, juga kerana amat rindu untuk segera bertemu denganNya dalam keadaan
diredhai olehNya.
382. Dari Abu Karimah iaitu al-Miqdad di
sebahagian naskah disebut al-Miqdam-bin Ma'dikariba r.a. dari Nabi s.a.w.,
sabdanya:
Ertinya : "Jikalau seseorang itu
mencintai saudaranya, maka hendaklah memberitahukan pada saudaranya itu bahawa
ia mencintainya."
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan
Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
383. Dari Mu'az r.a. bahawasanya
Rasulullah s.a.w. mengambil tangannya dan
bersabda:
Ertinya : "Hai Mu'az, demi Allah,
sesungguhnya saya ini mencintaimu. Kemudian saya hendak berwasiat padamu hai
Mu'az, iaitu: Janganlah setiap selesai solat meninggalkan bacaan yang ertinya:
Ya Allah, berilah saya pertolongan untuk tetap mengingatMu serta bersyukur padaMu,
juga berilah saya pertolongan untuk Beribadat yang sebaik-baiknya padaMu."
Hadis shahih yang diriwayatkan oleh
Imam-imam Abu Daud dan Nasa'i dengan isnad shahih.
384. Dari Anas r.a. bahawasanya ada
seorang lelaki yang berada di sisi Nabi s.a.w., lalu ada seorang lelaki lain
berjalan melaluinya, lalu orang yang di dekat beliau berkata:
Ertinya : "Ya Rasulullah,
sesungguhnya saya mencintai orang ini". Nabi s.a.w. bertanya: "Adakah
engkau sudah memberitahukan padanya tentang itu?" Ia menjawab: "Tidak
belum saya beritahukan." Nabi s.a.w. bersabda: "Beritahukanlah
padanya." Orang yang bersama beliau s.a.w. lalu menyusul orang yang
melaluinya tadi, lalu berkata: "Sesungguhnya saya mencintaimu." Orang
itu lalu menjawab: "Engkau juga dicintai oleh Allah yang kerana Allah
itulah engkau mencintai aku."
Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan
isnad shahih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan