Ada seorang budak lelaki yang buta duduk di tepi tangga sebuah bangunan,
dan ada sebuah topi di kakinya. Beliau memegang sebuah tanda yang bertulis:
“Saya buta, tolonglah.”
Terdapat hanya beberapa keping duit syiling
dalam topi.
Tiba–tiba ada seorang lelaki sedang berjalan
ke arah pengemis buta itu. Beliau mengambil beberapa keping duit syiling dari
poketnya dan menjatuhkannya ke dalam topi itu. Beliau kemudian mengambil tanda
tersebut, berpaling sekeliling, dan menulis beberapa perkataan. Dia meletakkan tanda itu kembali supaya setiap orang
yang berjalan melalui tempat itu akan melihat kata-kata baru pada tanda
tersebut.
Tidak lama kemudian, topi itu mula terisi.
Banyak orang telah memberikan wang kepada budak lelaki buta itu. Petang itu,
lelaki yang tadinya telah mengubah tanda tersebut datang untuk melihat
perkembangan budak lelaki buta tersebut. Kanak-kanak buta tersebut yang
mengecam bunyi jejak langkah lelaki itu bertanya, “Adakah anda yang mengubah
tanda saya pagi ini? Apa yang anda tulis?”
Lelaki itu berkata, “Saya hanya menulis
kebenaran. Saya berkata, apa yang kamu katakan tetapi dalam cara yang berbeza.”
Apa yang dia telah tulis: “Hari ini adalah
hari yang indah dan saya tidak boleh melihat.”
Adakah anda berfikir tanda pertama dan tanda
kedua berkata perkara yang sama?
Sudah tentu kedua-dua tanda tersebut
memberitahu orang bahawa budak lelaki itu buta. Tetapi tanda pertama hanya
berkata kanak-kanak itu buta. Tanda kedua memberitahu orang ramai mereka begitu
bernasib baik bahawa mereka tidak buta.
Kenapa tanda kedua yang lebih berkesan?
“Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran
dan penglihatan serta hati (untuk kamu
bersyukur tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.”
(Surah 23
AL MUKMINUUN : 78)
Rujukan : Harian Islam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan