Segala puji bagi ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA serta selawat dan salam ke atas baginda RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM. Di atas jasanya, kita mendapat nikmat Iman dan Islam pada hari ini. Salah satu bukti cinta kita terhadapnya ialah dengan mencontohi
sunnahnya dalam kehidupan kita seharian.
Pada kali ini saya ingin menghuraikan
sebuah tajuk yang agak penting bagi kita selaku mukmin yang cinta terhadap sunnah RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM.
Tajuknya ialah apakah yang RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM lakukan
selepas bangun dari tidur, pada hemat saya, ia adalah tajuk yang mudah dan
penting untuk kita amalkan bersama dengan izin ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Tidur merupakan fitrah manusia, jika manusia tidak tidur, sudah tentu manusia akan
mati. Tidur juga adalah satu ibadah jika
bersesuaian dengan caranya, maka ia akan mendapat ganjaran yang besar daripada ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA, hanya dengan tidur manusia mendapat ganjaran daripada ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA, maha suci bagi ALLAH, itulah maha penyayangnya ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA terhadap kita semua.
Jadi bagaimana RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM bangun daripada tidur dan apa yang baginda lakukan, ini adalah
huraian perbuatan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM ketika bangun dari
tidur :
Apakah Yang RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM Lakukan Selepas Bangun Dari Tidur
Selepas sahaja bangun dari tidur, RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM akan
menyapu mukanya dengan tangan.
Kemudian baginda akan membaca 10 ayat
yang terakhir daripada surah Ali imran.
Seperti apa yang disebut di dalam hadis
yang bermaksud : Setelah RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bangun dari tidur, maka baginda duduk dan
menyapu wajahnya dengan tangan, kemudian baginda saw membaca 10 ayat yang
terakhir daripada surah Ali Imran.
(Muttafaqun alaih)
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM
berdoa :
Yang bermaksud : “Segala puji bagi ALLAH
menghidupkan setelah mematikan kami dan kepadanya akan dikembalikan.”
(Muttafaqun Alaih)
Baginda saw terus bersiwak (Berus gigi)
dengan sempurna.
Dalam hadis yang bermaksud : Apabila RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bangun
dari tidur, baginda akan membersihkan mulutnya dengan siwak.
(Muttafaqun Alaih)
RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM akan
membasuh tangannya sebanyak 3 kali.
RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM telah
berkata : Apabila salah seorang daripada kamu bangun daripada tidur, maka
basuhlah tangan kamu terlebih dahulu 3 kali sebelum memasukkan kedua-dua tangan
di dalam bekas, kerana kamu tidak tahu di mana tangan kamu berada ketika sedang
tidur.
(Muttafaqun Alaih)
Kesimpulannya:
Apabila RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM bangun sahaja daripada tidur, maka baginda terus membaca ayat suci al
Quran serta memuji kebesaran ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Ini adalah satu contoh
ikutan terbaik untuk kita amalkan pada setiap pagi. Kehidupan RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM telah membuktikan bahawa setiap amalan kita
selama sehari semalam adalah ibadah, seperti firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA
yang bermaksud :
“Dan (Ingatlah) Aku tidak menciptakan
jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku.”
Adz-Dzariat ayat 56.
Semoga kita beroleh kekuatan untuk
mengamalkannya.
Nota : Dipetik daripada buku (1000
sunnah dan sunnah pada waktu siang dan malam) oleh Majdi Fathi Al-kahil
terbitan maktabah As-shofa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan