Ketahuilah kalian siapa saja dari umat RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yang berupaya untuk sentiasa mengikuti dan mentaati
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dengan ikhlas serta menjadikannya
sebagai contoh dalam kehidupan sehari-hari, maka sungguh ia akan mendapatkan
sekian banyak keutamaan yang dijanjikan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM.
Sebelum tidur, RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah :
“Ya Aisyah, jangan engkau tidur, sebelum
melakukan 4 perkara iaitu :
1. Membuatkan para nabi memberi syafaat
kepadamu di hari akhirat
2. Membuatkan para muslim meredai kamu
3. Melaksanakan ibadat haji dan umrah.
Bertanya Aisyah :
“Yaa RASULULLAH, bagaimanakah aku dapat
melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?”
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM
tersenyum sambil bersabda :
“Jika engkau tidur bacalah Surah
Al-Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan al Quran). Dan Bacalah
selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat
kepadamu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka
mereka semua akan meredai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid,
bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah).”
Rujukan : Harian Islam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan