Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 1 Disember 2013

M 127 : KENAPA MANUSIA BOLEH TERJERUMUS KE DALAM PERANGKAP GHIBAH (MENGUMPAT)?

1. Lemah iman dan tidak takut kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Seseorang yang lemah imannya, tidak akan mampu mengawal dan menguasai lidahnya.

2. Berkawan dengan orang yang suka mengumpat. Lantaran itu RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM mengingatkan kita agar mendampingi orang yang baik-baik. Sabda baginda (maksudnya): 

“Seseorang itu mengikut cara hidup teman rapatnya. Maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa teman rapatnya.”
(Riwayat At-Termizi)

3. Dengki dan iri hati. Dengki merupakan penyakit hati yang terpendam di dalam diri seseorang. Orang yang dengki tidak senang hati melihat orang lain memperoleh nikmat daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan bercita-cita agar nikmat tersebut segera hilang, malah kadang-kadang mendorongnya berusaha dengan langkah-langkah tertentu untuk menghilangkannya.

4. Cintakan dunia dan berlumba-lumba untuk meraih keuntungannya. Al-Fuadhil bin Iyadh pernah berkata: “Tiada seorangpun yang cintakan pangkat kecuali dia akan berdengki,  berbuat zalim, mencari-cari keaiban manusia dan tidak suka kebaikan orang lain disebut.” Sesetengah orang tidak melihat kecuali dirinya. Dia suka mengangkat dirinya dan menyebut keaiban orang lain.

5. Tidak tahu mengisi masa lapang. Sesetengah manusia berasa seolah-olah dia mempunyai banyak masa lapang dan tidak tahu mengisinya dengan perkara yang berfaedah. Lalu masa itu diisi dengan percakapan kosong sehingga terbawa-bawa kepada mengumpat dan mengorek rahsia orang lain.

Selamatkan diri daripada dosa ini dengan:

1. Takut kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA pada setiap masa dan tempat. Bertakwa kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA membantu kita berhenti daripada mengumpat dan dapat menghapuskan dosa-dosa lalu. Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA bermaksud: 

“...Sesiapa yang bertakwa kepada ALLAH, nescaya ALLAH menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan akan membesarkan pahala balasannya.”
(At-Talaq: 5)

2. Sibukkan diri dengan membaiki kelemahan sendiri, jangan asyik memerhati kelemahan orang lain. Bak kata seorang penyair: “Perhatikanlah dirimu dan periksa kelemahannya; biarkanlah kekurangan manusia itu diurus oleh mereka.”

3. Membaca sirah para sahabat dan salaf as-soleh serta mendampingi orang-orang yang baik. Dengan itu kita dapat mencontohi akhlak mereka. Kata seorang penyair: “Tirulah mereka walaupun kamu tidak seperti mereka; sesungguhnya meniru seseorang tokoh akan membawa kejayaan.”

4. Muhasabah diri dan mencelanya ketika ia melakukan kesalahan. Itu merupakan cara yang dianjurkan untuk membaiki kesilapan diri.

5. Sentiasa menyedari kepentingan taubat daripada dosa ghibah dan sentiasa menanam azam untuk tidak melakukannya. Minta maaf daripada orang yang pernah kita umpat dan mohon ampun kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA untuk diri sendiri dan untuk kaum Muslimin seluruhnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan