Imam
al-Hakim, Imam al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah telah meriwayatkan bahawa
Sayyidina Ibnu `Abbas ra berkata:-
"Aku mendengar
Junjungan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda:
"Sesiapa yang menunaikan haji dari Mekah sambil berjalan kaki (yakni
menuju ke Mina, Muzdalifah dan `Arafah) sehingga dia kembali ke Mekah, maka ALLAH
SWT menulis baginya untuk setiap langkahnya 700 kebajikan dan setiap kebajikan
itu adalah seumpama kebajikan-kebajikan (yang dilakukan) dalam Tanah Haram.
Lalu baginda ditanyai oleh sahabat: " Apakah kebajikan Tanah Haram itu
(yakni apakah keistimewaannya kebajikan Tanah Haram)?" Baginda menjawabnya
dengan bersabda: "Bagi setiap kebajikan itu diganda dengan 100,000
kebajikan."
JOM sama-sama berazam untuk menunaikan
kewajipan haji satu hari nanti setelah mampu...
(Sanad
dan riwayat hadis…)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan