Khalid al-Walid, siapa yang tidak
kenal? Jeneral tentera Islam yang sangat digeruni dan disegani musuh-musuh
Islam ketika itu. Beliau sangat mahir dengan strategi peperangan. Andai dia
memimpin tentera Islam, dengan izin Allah, kemenangan pasti berpihak pada
mereka.
Dalam satu peperangan pada zaman
Saidina Umar Al-Khattab dilantik menjadi khalifah, perkara pertama yang
dilakukan oleh Saidina Umar Al-Khattab ketika peperangan tersebut ialah
melucutkan jawatan Khalid Al-Walid.
Khalid Al-Walid hanya tersenyum, terus
menanggalkan serban yang melambangkan Jeneral Islam dan menyerahkannya pada Abu
Ubaidah. Ahli tentera muslim yang lain seakan tidak
berpuas hati dengan keputusan Umar.
"Siapa Umar untuk melanggar
keputusan Rasullah SAW dengan melucutkan jawatan Khalid Al-Walid? Siapa Umar
untuk melucutkan jawatan jeneral Khalid walau dalam pemerintahan Abu Bakar?
Siapa dia?" kata ahli tentera Muslim yang tidak berpuas hati.
Khalid Al-Walid masih tersenyum.
"Apakah ada beza aku jeneral
dengan aku tentera biasa? Bukankah pedang aku ini masih boleh membunuh musuh
kuffar? Sekiranya kalian beriman dengan Allah, maka patuhilah arahan
pemimpin." tenang sahaja beliau menjawab.
Mendengar kata-kata Khalid Al-Walid,
tentera Islam mendiamkan diri. Tapi hati masih penuh dengan rasa kurang berpuas
hati.
Lantaran ketidakpuasan hati, perkara
tersebut telah menimbulkan fitnah di kalangan umat Islam.
Saidina Umar hanya buat tidak tahu pada
awalnya. Tapi apabila fitnah semakin panas, dia pun berkata,
"Aku melucutkan jawatan Khalid
Al-Walid kerana aku kuatir kamu akan berlaku syirik." "Kenapa pula
kami boleh berlaku syirik jika dipimpin Khalid al-Walid?"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan