Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 2 Disember 2013

M 135 : HAK ISTERI

Daripada Mu’awiyah bin Haidah RA katanya aku berkata,

“Wahai Rasulullah, apakah hak isteri terhadap suaminya?“ Jawab baginda, “Hendaklah engkau memberi makan kepadanya apabila engkau makan dan memberi pakaian apabila engkau berpakaian dan jangan engkau memukul muka dan jangan engkau menghinanya dan janganlah engkau asingkan (ketika nusyuz) melainkan di dalam rumah.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Huraian Hadith:
- Suami berkewajipan memberi makan dan pakaian kepada isterinya mengikut kemampuannya.
- Suami diharamkan memukul muka isterinya dan menghinanya.


- Suami tidak boleh memisahkan (pulaukan) isterinya ketika nusyuz melainkan di dalam rumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan