Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 3 Disember 2013

M 137 : KEAJAIBAN SOLAT TAHAJUD

“Jika matahari sudah terbenam, aku gembira dengan datangnya malam dan manusia tidur kerana inilah saat hanya ada ALLAH dan aku.” Sejarah telah mencatat bahawa Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam dan para sahabat selalu melaksanakan solat tahajud. solat tahajud adalah solat yang sangat mulia.

Keajaiban melaksanakan solat tahajud telah tercatat dalam al Quran. Ada beberapa keajaiban solat tahajud seperti berikut ini:

1. Solat Tahajud sebagai tiket masuk syurga. 

Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam saat itu adalah, 

“Hai sekalian manusia, Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahim, tegakkanlah solat malam saat manusia lainnya sedang tidur, nescaya kalian masuk syurga dengan selamat.” 
(HR. Ibnu Majah).

2. Amal yang menolong di akhirat.

ALLAH Subhana wata'ala berfirman, 

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman syurga dan di mata air-mata air, seraya mengambil apa yang ALLAH berikan kepada mereka.
Sebelumnya mereka adalah telah berbuat baik sebelumnya (di dunia), mereka adalah orang-orang yang sedikit tidurnya di waktu malam dan di akhir malam mereka memohon ampun kepada ALLAH.” 
(QS. Az Zariyat:15-18)

Ayat di atas menunjukkan bahawa orang yang sentiasa bertahajud Insya ALLAH akan mendapatkan balasan yang sangat nikmat di akhirat kelak.

3. Pembersih penyakit hati dan jasmani. 

Salman Al Farisi berkata, Rasulullah bersabda, 

“Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, (solat malam dapat) mendekatkan kamu kepada tuhanmu, (solat malam adalah) sebagai penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, dan menghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.”
(HR.Ahmad)

4. Sarana meraih kemuliaan. 

Rasulullah bersabda, 

“Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah solat waktu malam dan ketidak perluannya di muliakan orang lain.”
 (HR. Al Baihaqi)


5. Jalan mendapatkan rahmat ALLAH…

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam bersabda, 

“Semoga ALLAH merahmati lelaki yang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika sang isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu solat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” 
(HR.Abu Daud)

6. Sarana Pengabulan permohonan. 

ALLAH Subhana wataala berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat tahajud dengan ikhlas. Rasulullah Bersabda, 

“Daripada Jabir berkata, bahawa nabi Shalallahu alaihi wasallam bersabda, “Sesungguhnya di malam hari, ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti ALLAH memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” 
(HR. Muslim)

7. Penghapus dosa dan kesalahan.

Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah bersabda, 

“Lakukanlah Qiyamul Lail, kerana itu kebiasaan orang soleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” 
(HR. At-Tirmidzi)


8. Jalan mendapat tempat yang terpuji. 

ALLAH subhana wataala berfirman, 

“Dan pada sebahagian malam bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
(QS. Al-Isra’:79)


9. Pelepas ikatan syaitan.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda,

“Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama ALLAH, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwuduk maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”
10. Waktu utama untuk berdoa.

Amru Ibn ‘Abasah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah shalallahu alaihi wasallam, “Ya Rasulullah, Malam apakah yang paling didengar?” Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam menjawab, “Tengah malam terakhir, maka solatlah sebanyak yang engkau inginkan, sesungguhnya solat waktu tersebut adalah maktubah masyudah (waktu yang apabila bermunajat maka ALLAH menyaksikannya dan apabila berdoa maka di dengar doanya).” 
(HR.Abu Daud)

11. Meraih kesihatan jasmani.

“Hendaklah kalian bangun malam. Sebab hal itu merupakan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian. Wahana pendekatan diri pada ALLAH, penghapus dosa, dan pengusir penyakit dari dalam tubuh.” 
(HR. At Tarmidzi)

12. Penjaga kesihatan rohani.

ALLAH Subhana wa Taala menegaskan bahawa orang yang solat tahajud akan selalu mempunyai sifat rendah hati dan ramah.
Ketenangan yang merupakan refleksi ketenangan jiwa dalam menjalani kehidupan sehari-hari di masyarakat.

ALLAH swt berfirman,

“Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” 
(QS.Al-Furqan: 63-64)

Keajaiban solat tahajud sudah terbukti, maka bertahajudlah!
Subhanallah..
Solat tahajud benar-benar dahsyat dalam meraih kebaikan dunia akhirat.
Semoga ALLAH memberi kita kemampuan untuk istiqomah, keberkahan serta menjadi pembuka pintu Rahmat serta limpahan kasih sayangNya.



Doa
Yaa ALLAH...
Bangunkanlah diri kami di akhir sepertiga malam dan berilah kekuatan agar mampu melaksanakan Qiyamullail, bimbinglah agar sentiasa istiqamah dan merasakan nikmat kerana semakin dekat denganMU.


Aamiin Ya Rabbal'alamin.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan