Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 1 Disember 2013

M 129 : AURAT DAN FACEBOOK

F - Fahamkan dulu apa itu aurat.

A - Aurat itu dari segi bahasa ialah keaiban, atau makna dari istilah syarak ialah; bahagian-bahagian pada anggota badan yang wajib ditutup.

C - Ciri-ciri orang yang telah sempurna menutup auratnya ialah melabuhkan pakaian (yakni pakaian itu bukanlah pakaian yang ketat) supaya ia bukan saja menutupi kulit, malah untuk mengelakkan supaya tidak terdedah rupa bentuk badannya. Pastikan pakaian yang dipakai itu tidak nipis dan boleh menampakkan bayang bentuk badan semasa dikenakan cahaya di belakangnya.

E - Elok sekali sekiranya gadis-gadis memakai pakaian yang tidak berwarna cerah sehingga mampu menarik perhatian ajnabi, maka pakaian labuh yang berwarna hitam atau gelap adalah yang paling sesuai. Jangan bertabarruj (yakni berlebih-lebihan), jangan mengikat sanggul terlalu besar atau tinggi. Jangan memakai pakaian yang menyerupai lelaki.

B - Bukan saja wanita, lelaki juga wajib menutupi auratnya, setidak-tidaknya menutup dari paras atas pusat sehingga ke bawah lutut. Seelok-eloknya, ikutlah adab, pakai pakaian yang sopan dan elakkan memakai pakaian yang boleh menjolok mata.

O - Orang yang boleh diperlihatkan aurat kita tanpa seurat benang hanyalah suami/isteri sahaja. Namun adalah lebih baik sekiranya ditutup aurat sekiranya tidak ada keperluan.

O - Orang yang boleh melihat aurat perempuan selain atas pusat dan bawah lutut ialah suaminya (namun suami boleh melihat lebih daripada itu) ayah, ibu, adik beradik, datuk, nenek, anak-anak kandungnya, anak-anak tirinya.


K - Kalau boleh, pakailah niqab bagi perempuan. Itu adalah pakaian taqwa, sunnah, dan pernah diamalkan oleh para isteri Nabi dan isteri-isteri para sahabat. Jika tidak mampu, pakailah sekadar menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan, azamkan untuk memakai niqab suatu hari nanti. In syaa ALLAH. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan