Keputusan:
Berdasarkan
taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar
daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta
dengan mengambil kira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman,
pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan
seperti berikut:
1-Setiap
minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol
itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya
haram dan najis.
2-Manakala
alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak
najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah
racun dan boleh membunuh.
3-Minuman
ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan
mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
4-Manakala
minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses
membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya
disuling adalah haram diminum.
5-Makanan atau
minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan,
kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu
terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah
tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.
6-Makanan atau
minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol
untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu
bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk
akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
7-Ubat-ubatan
dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis
dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses
pembuatan arak.
Keputusan
Muzakarah Kebangsaan lain berkaitan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan