Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi
lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk
tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja
membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda.
Antara manfaatnya ialah :
1. Kulit lebih lembut dan halus pada waktu pagi selalunya
anda akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan
menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di
bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah
mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak
mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
2. Melancarkan peredaran darah jika peredaran darah anda
lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda
juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
3. Meningkatkan kesuburan kesihatan tubuh badan manusia
akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat
meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
4. Mengurangkan risiko darah tinggi untuk anda yang
memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk
anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia
diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
5. Mengurangkan tekanan serta tenang air yang sejuk akan
melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang
mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya. oleh
itu, ubahlah tabiat kepada mandi pagi sebelum subuh.
6. Meningkatkan sel darah putih mandi dengan air sejuk,
ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah
putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus.
oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan