Al-Hamdulillaahi
wash Sholaatu was Salaamu 'alaa Rosulillaah, wa ba'd.
Setiap
penyakit itu pasti ada ubatnya, berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu
`alaihi wa sallam berikut:
Daripada
Jabir radhiyallahu `anhu, Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam bersabda :
"Setiap penyakit itu pasti ada
ubatnya. Oleh kerana itu, barangsiapa yang tepat dalam melakukan pengubatan
suatu penyakit, maka dengan izin Allah `Azza wa Jalla dia akan sembuh."
[HR. Muslim, dalam Kitab
as-Salaam, bab Li kulli Daa-in Dawaa wa Istihbabut Tadaawii, Hadits no. 2204]
Dan
kewajipan kita adalah berikhtiar dalam mencari ubatnya dengan usaha yang
maksima. Dalam usaha kita mengubati penyakit yang diderita, kita harus
memperhatikan 2 hal:
Pertama,
bahawa ubat dan doktor hanya sarana kesembuhan, sedangkan yang benar-benar
menyembuhkan adalah Allah Subhanahu wa Taala.
Kedua,
ikhtiar tersebut tidak boleh dilakukan dengan cara-cara yang haram dan syirik.
Yang haram ini seperti; berubat dengan menggunakan ubat yang terlarang atau
barang-barang yang haram, kerana Allah tidak menjadikan penyembuhan dari barang
yang haram. Dan tidak boleh pula berubat dengan hal-hal yang syirik, seperti
pengubatan alternatif dengan cara mendatangi dukun, tukang sihir, paranormal,
orang pintar, menggunakan jin, pengubatan jarak jauh atau yang semisalnya yang
tidak sesuai dengan syariat, sehingga dapat mengakibatkan jatuh ke dalam syirik
dan dosa besar yang paling besar. (Do'a & Wirid, karya Ust Yazid Jawas hal.
354)
Salah
satu cara pengubatan yang dianjurkan oleh Rasulullah Shallallahu `alaihi wa
sallam adalah dengan Habbatus Sauda', berikut ini adalah pembahasannya:
Daripada Abu Hurairah rodhiyallahu `anhu, Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam
bersabda :
"Dalam Habbatus Sauda' ada ubat dari
segala penyakit, kecuali as-Saam." Ibnu Syihab (seorang rawi hadits ini)
mengatakan : "as-Saam adalah kematian, dan Habbatus Sauda' adalah
asy-Syuniz."
[HR. Bukhori, dalam Kitab
at-Thibb, bab al-Habbatus Sauda', Hadits no. 5688]
Daripada
`Aisyah radhiyallahu `anha, Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam bersabda :
"Sesungguhnya Habbatus Sauda' ini
adalah ubat dari segala penyakit, kecuali as-Saam." Aku berkata (Perawi hadits ini, yakni
Kholid bin Sa'ad): "apa itu as-Saam?" dijawab (yakni oleh Ibnu Abi
Atiq): "Kematian."
[HR. Bukhori, dalam Kitab
at-Thibb, bab al-Habbatus Sauda', Hadits no. 5687]
Daripada
Abu Hurairah rodhiyallahu `anhu, Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam
bersabda :
"Tidaklah
ada suatu penyakit, kecuali dalam Habbatus Sauda' terdapat kesembuhan baginya,
kecuali as-Saam (kematian)."
[HR. Muslim, dalam Kitab as-Salaam, bab
at-Tadawi bil Habbatis Sauda'. Hadits no. 2215]
Nama
lain Habbatus Sauda` adalah Nigella Sativa, al-Karawiyyah as-Sauda', al-Kamoun
al-Aswad, asy-Syuniz, black cumin, kerosene, coal oil, carazna.
Menurut
beberapa hasil penelitian, Habbatus Sauda` memiliki khasiat - dengan izin
Allah:
1. Menguatkan
immuniti sistem pada diri manusia.
2.
Melawan & menghancurkan sel-sel kanser/tumor.
3.
Mengubati reumatik, peradangan serta infeksi.
4.
Menghentikan dan menyembuhkan penyakit pilek.
5. Jika
digoreng & dibakar kemudian dicium terus-menerus dapat mengeliminasi gas
(dalam) perut.
6.
Membunuh cacing-cacing parasit jika dimakan sebelum makan pagi dan jika
diletakkan di atas perut dari bahagian luar sebagai aromaspa atau luluran.
7.
Minyaknya bermanfaat untuk menyembuhkan gigitan ular, juga bengkak di dubur dan
tahi lalat.
8.
Menghilangkan sesak nafas & sejenis kesulitan nafas, melonggarkan
penyumbatan akibat kahak.
9.
Melancarkan haid yang tersendat.
10.
Jika dibalutkan, bermanfaat untuk menyembuhkan pusing yang parah.
11.
Apabila dimasak dengan cuka bersama kayu pinus dan kemudian dibuat untuk
berkumur, maka hal itu akan menghilangkan sakit gigi yang disebabkan
sensitifiti terhadap ais.
12.
Jika diminum, biji ini akan melancarkan kencing, haid dan ASI.
13.
Menyembuhkan gigitan Labah.
14.
Bila dibakar, asapnya dapat mengusir serangga.
15.
Menghilangkan sendawa asam yang berasal dari dahak dan melancholia (gangguan
yang disebabkan kesedihan yang terus-menerus/depresi sehingga merosak bahagian
hempedu).
16.
Menghilangkan Kusta (lepra).
17.
Menghilangkan demam Quartan (yakni demam yang menyerang manusia selama sehari
kemudian mereda selama 2 hari kemudian menyerang lagi ketika hari ke-4).
18.
Jika ditumbuk dan dibuat adunan dengan madu dan air hangat dapat menghancurkan
batu yang muncul dalam ginjal dan kandung kemih serta sifat diuretic
(memperlancar air seni).
19.
Apabila digoreng dan dicium terus-menerus dan dicampur dengan cuka dapat
menyembuhkan jerawat dan kudis serta menghilangkan peradangan yang lebih kronis
dari jerawat (tumor).
20.
Jika digoreng tanpa minyak dan ditumbuk serta dicampur dengan minyak zaitun
kemudian dititiskan ke dalam hidung 3 titis akan menyembuhkan gejala pilek yang
disertai bersin-bersin.
21.
Jika dibakar dan dicampur dengan lilin dan minyak inai/henna atau minyak bunga
iris serta dibalurkan pada borok-borok/koreng yang keluar di betis setelah
dibersihkan dengan cuka, maka akan dapat menghilangkannya.
22.
Bermanfaat untuk menyembuhkan bekas gigitan anjing (Rabies) dan aman dari
kematian akibat rabies.
23.
Jika dihirup akan bermanfaat bagi hemiplegia (semiparalysis/lumpuh separuh).
24.
Jika enzoat (celak persia) dicampur dengan air & dibalurkan ke lingkaran
dubur (lobang dubur/anus) dan juga diminum dengan dosis sekitar 25 gr akan
menyembuhkan Buasir.
25.
Jika disedut melalui hidung akan bermanfaat menghentikan air yang keluar pada
mata.
26. Dan
lain-lain.
Aiman
bin `Abdil Fattah mengatakan :"Kerana itulah kami dapat menetapkan bahawa
dalam Habbatus Sauda' terdapat kesembuhan untuk segala macam penyakit, kerana
peranannya yang menguatkan dan memperbaiki sistem immuniti, suatu sistem yang
di dalamnya ada kesembuhan dari segala macam penyakit, yang bereaksi terhadap
segala sebab yang menimbulkan penyakit, yang memiliki kemampuan awal untuk
memberikan kesembuhan secara sempurna atau sebahagian di antaranya untuk
menyembuhkan segala penyakit."
Beliau
juga mengatakan : "Begitulah kejelasan hakikat ilmiah tentang hadits yang
mulia ini, yang sebelumnya tidak pernah diketahui siapapun, apalagi dinyatakan
kepada masyarakat luas. Padahal yang demikian itu sudah dinyatakan sejak 14
abad yang lampau, yang menerima wahyu dari zat Yang Maha Mengetahui segala
rahsia makhlukNya.
Benar
apa yang difirmankanNya :
"Dan tiadalah yang diucapkannya itu
(al Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah
wahyu yang diwahyukan (kepadanya)."
(Surah 53, AN NAJM : ayat 3-4)
Kemudian
beliau (Aiman bin `Abdil Fattah) mengingatkan : "Investasi kajian dan
penelitian tentang pengubatan ala Nabi Shallallahu `alaihi wa sallam semacam
ini, dengan menggunakan sarana yang sederhana namun besar manfaatnya, harus
bekerja sama dengan para pakar perubatan dan ahli pengubatan. Kita tidak boleh
mengubur kepala di dalam pasir dan mengabaikan penggunaannya, kerana
terprovokasi pengubatan dengan jenis rerumputan atau para produsen minyak,
seperti yang terjadi belakangan ini.
Kita
juga harus pasang kuda-kuda bahawa harga ubat-ubat kimia di seluruh negara
Islam akan melonjak tajam dari harga saat ini, sesuai dengan tatatertib
organisasi perdagangan internasional, yang melarang pembuatan ubat-ubatan
kecuali di negara asalnya, yang dimulai tahun 2005 mendatang.
Kerana
itulah kami menghimbau kepada para peneliti orang-orang Muslim agar aktif
mengeluarkan simpanan pengubatan ala Nabi, sesuai dengan penelitian ilmiah yang
akurat, sebagaimana himbauan kami kepada para investor agar menanamkan modalnya
untuk memproduksi ubat-ubatan berdasarkan petunjuk Nabi Shallallahu `alaihi wa
sallam. Janganlah mereka menunggu hingga orang-orang Muslim menjadi santapan
ubat-ubatan kimia, sebagaimana kini mereka menjadi santapan berbagai produk
makanan."
Demikianlah
sedikit tentang pengubatan dengan Habbatus Sauda,` dan masih ada beberapa
kaedah pengubatan Nabawi seperti Bekam, Madu, zaitun dan lainnya yang dapat
menyembuhkan berbagai macam penyakit --bi idznillaahi `Azza wa Jalla--.
Wallaahu Taala a'lamu bish-Showaab.
Maroji'
(referensi):
"BEKAM,
Cara Pengubatan Menurut Sunnah Nabi Shallallahu `alaihi wa sallam" (judul
asli : Manhajus Salaamah fiimaa waroda fil Hijaamah). Karya asy-Syaikh DR.
Muhammad bin Musa alu Nashr. Penerbit Imam asy-Syafi'i, Cetakan Pertama, Maret
2005 M.
"Pengobatan
& Penyembuhan, menurut Wahyu Nabi Shallallahu `alaihi wa sallam."
(judul asli : asy-Syifaa' min Wahyi Khotamil Anbiyaa') Karya Aiman bin `Abdil
Fattah. Pustaka As-Sabil, cetakan kedua, Desember 2004 M.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan