1. Golongan yang selamat ialah golongan
yang setia berpegang teguh kepada manhaj RASULULLAH SALLALLAHU ‘ALAIHI WA
SALLAM dalam hidupnya, dan manhaj para sahabat sesudahnya.
Iaitu al Quran yang diturunkan kepada
RasulNya, yang beliau jelaskan kepada para sahabatnya dalam hadis-hadis sahih.
Beliau memerintahkan umat Islam berpegang teguh kepada keduanya,
“Aku tinggalkan dua perkara, kalian tidak
akan tersesat apabila (berpegang teguh) kepada keduanya, iaitu Kitabullah dan
Sunnahku. Tidak akan berpecah sehingga keduanya menghantarku ke telaga(Syurga).”
(HR. at-Tirmidzi)
2. Golongan yang selamat akan kembali (merujuk) kepada firman ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA dan
sabda RasulNya ketika terjadi perselisihan dan pertentangan di antara mereka,
sebagai realisasi dari firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA,
“Kemudian jika kamu berselisih tentang
sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada ALLAH (al Quran) dan Rasul (sunnahnya),
jika kamu benar-benar beriman kepada ALLAH dan hari kemudian. Yang demikian itu
lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”
(Surah 4
AN NISAA' : 59)
“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada
hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara
yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati
mereka terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan
sepenuhnya.”
(Surah 4
AN NISAA' : 65)
3. Golongan yang selamat tidak
mendahulukan perkataan manusia atas firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan sabda RasulNya, sebagaimana firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah
kamu mendahului ALLAH dan RasulNya dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH
Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Surah 49 AL HUJURAAT : 1)
Ibnu Abbas berkata, “Aku mengira mereka akan binasa.
Aku mengatakan,‘ NABI SALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM bersabda,’ sedangkan mereka
mengatakan, ‘Abu Bakar dan Umar berkata.’
(HR. Ahmad dan Ibnu Abdil Barr).
4. Golongan yang selamat sentiasa
menjaga kemurnian tauhid
MengEsakan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dalam beribadah, berdoa dan memohon
pertolongan, menyembelih korban, bernazar, tawakal, memutuskan segala perkara
dengan hukum perintah ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA dan berbagai bentuk ibadah yang lain, yang semuanya ini menjadi dasar
bagi tertegaknya Daulah Islamiyah yang benar. Menjauhi dan membasmi segala
bentuk syirik dan segala simbul-simbulnya, sebab perkara itu adalah konsekuensi
tauhid. Sesungguhnya suatu golongan tidak akan mencapai kemenangan jika
meremehkan masalah tauhid dan tidak membenteras syirik dengan segala bentuknya.
Perkara-perkara di atas adalah contoh teladan dari Para Rasul dan Rasul kita MUHAMMAD
SALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM.
5. Golongan yang selamat senang
menghidupkan sunnah-sunnah RASULULLAH dalam ibadah, perilaku dan dalam segenap
hidup.
Keadaan ini menjadikan mereka
orang-orang asing di tengah kaumnya, sebagaimana sabda NABI SALLALLAHU ‘ALAIHI
WA SALLAM:
“Sesungguhnya Islam pada permulaannya asing
dan akan kembali menjadi asing seperti [ada permulaannya. Maka beruntung
besarlah bagi orang-orang yang asing.”
(HR.Muslim)
Dalam riwayat lain oleh Abu Amr ad-Dani,
disebutkan:
“Dan beruntung besarlah bagi orang-orang
yang asing, iaitu orang-orang yang (tetap) berbuat baik ketika manusia sudah
rosak.“
6. Golongan yang selamat tidak fanatik
kecuali kepada Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan Sabda RasulNya yang ma’sum, yang
berbicara tidak berdasarkan hawa nafsu.
Manakala manusia yang lain, betapa
tinggi darjatnya sekalipun, tidak terlepas dari melakukan kesalahan,
sebagaimana sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Setiap manusia (pernah) melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat.”
( HR. Imam Ahmad. Hadis hasan)
Imam Malik berkata, “Tidak seorangpun sesudah NABI
SALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM melainkan ucapannya diambil atau ditinggalkan
(ditolak) kecuali NABI SALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM (yang ucapannya selalu
diambil dan diterima).
7. Golongan yang Selamat adalah para
ahli hadis.
Tentang mereka RASULULLAH SALLALLAHU
‘ALAIHI WA SALLAM bersabda,
“Sentiasa ada segolongan dari umatku yang memperjuangkan kebenaran, tidak membahayakan mereka orang yang menghina mereka sehingga datang keputusan ALLAH.”
(HR. Muslim)
Seorang penyair berkata, “Ahli hadis
itu, merekalah ahli (keluarga) NABI SALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM, walaupun
mereka tidak bersama dengan NABI SALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM tetapi jiwa
rnereka bersama dengannya.”
8. Golongan yang Selamat menghormati para
imam mujtahidin, tidak fanatik terhadap salah seorang di antara mereka.
Golongan Yang Selamat mengambil fiqih
(pemahaman hukum-hukum Islam) dari al Quran, hadis-hadis yang sahih dan
pendapat-pendapat imam mujtahidin yang sejalan dengan hadis sahih. Hal ini
sesuai dengan wasiat mereka, yang menganjurkan agar para pengikutnya mengambil
hadis sahih, dan meninggalkan setiap pendapat mereka yang bertentangan
dengannya.
9. Golongan yang Selamat menyeru kepada
yang makruf dan mencegah kemungkaran.
Mereka melarang segala jalan ke arah
melakukan bidaah dan puak-puak yang menghancurkan dan memecah-belah umat,
berbuat bidaah dalam hal agama dan menjauhi sunnah RASULULLAH SALLALLAHU
‘ALAIHI WA SALLAM dan para sahabatnya.
10. Golongan yang Selamat mengajak seluruh
umat Islam agar berpegang teguh kepada sunnah RASULULLAH SALLALLAHU ‘ALAIHI WA
SALLAM dan para sahabatnya.
Agar mereka mendapat pertolongan dan
memasuki Syurga atas anugerah ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA dan memperolehi syafaat RASULULLAH SALLALLAHU ‘ALAIHI WA
SALLAM dengan izin ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA.
11. Golongan yang Selamat mengingkari
peraturan dan perundangan-perundangan yang dibuat oleh manusia jika
bertentangan dengan ajaran Islam.
Golongan yang Selamat mengajak manusia
berhukum dengan al Quran yang diturunkan ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA untuk kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang
menciptakan manusia dan ALLAH Maha Mengetahui sesuatu yang lebih baik bagi
mereka. Hukum-hukumNya abadi sepanjang masa, sesuai dan relevan bagi penghuni
bumi sepanjang zaman. Kesengsaraan dunia, kemerosotan, dan kemundurannya,
khususnya dunia lslam, adalah kerana mereka meninggalkan hukum-hukum al Quran
dan sunnah RASULULLAH ﷺ. Umat
Islam tidak akan berjaya kecuali dengan kembali kepada ajaran-ajaran Islam,
baik secara peribadi, masyarakat mahupun secara pemerintahan, sebagai realisasi
dari firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA
yang bermaksud:
“Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah
keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka
sendiri.”
(Surah 13 AR RA'D : 11)
12. Golongan yang Selamat mengajak
seluruh umat Islam berjihad di jalan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Jihad adalah wajib bagi setiap muslim
sesuai dengan kekuatan dan kemampuannya. Jihad dapat dilakukan dengan cara:
1. Jihad dengan lisan dan tulisan, iaitu
mengajak umat Islam dan umat lainnya agar berpegang teguh dengan ajaran Islam
yang sahih, tauhid yang murni dan bersih dari syirik yang ternyata banyak
terdapat di negara-negara Islam. RASULULULLAH ﷺ menerangkan hal yang akan menimpa umat
Islam ini dalam sabdanya:
“Hari kiamat belum akan tiba, sehingga
kelompok-kelompok dari umatku mengikuti orang-orang musyrik dan sehingga kelompok-kelompok
dari umatku menyembah berhala-berhala.”
(HR. Abu Daud)
2. Jihad dengan harta, iaitu
membelanjakan harta untuk menyebar dan meluaskan ajaran Islam, penulisan dakwah
yang mengajak ke jalan yang benar, memberi bimbingan kepada mereka yang masih
lemah imannya agar tetap teguh dalam agama ini, memberi bekalan dan keperluan
kepada para mujahidin baik berupa makanan, pakaian, kelengkapan perang dan
lain-lain yang diperlukan.
3. Jihad dengan jiwa, iaitu menyertai di
medan peperangan untuk kemenangan Islam.
Sabda RASULULLAH ﷺ
“Perangilah orang-orang musyrik itu
dengan harta, jiwa dan lisanmu.”
(HR. Abu Daud)
Hukum jihad di jalan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA adalah seperti
berikut:
1. Fardhu ‘ain – seperti menentang
musuh-musuh yang menceroboh atau melakukan agresi ke beberapa negara Islam
adalah wajib, sama ada dengan harta atau jiwa.
2. Fardhu kifayah – jika sebahagian umat
Islam telah ada yang melakukannya maka sebahagian yang lain kewajipannya
menjadi gugur.
BAHAGIAN 3 – CIRI-CIRI GOLONGAN YANG
SELAMAT
1. Golongan yang selamat jumlah sangat
sedikit di tengah ramainya umat manusia. RASULULLAH ﷺ bersabda:
“Keuntungan besar bagi orang-orang yang
asing, iaitu orang-orang soleh dilingkungan orang ramai yang berperangai buruk,
orang yang menderhakai mereka lebih ramai dari yang mentaati mereka.”
(HR. Ahmad. Hadis sahih)
ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA
memuji mereka dalam firman yang bermaksud:
”Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu
yang bersyukur.”
(Surah 34 SABA' : 13)
2. Golongan yang selamat banyak dimusuhi
oleh manusia, difitnah dan diperlekehkan dengan gelaran dan panggilan yang
buruk. Nasib mereka ini seperti nasib para Nabi yang dijelaskan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dalam
firmanNya yang bermaksud:
“Dan demikianlah Kami jadikan bagi
tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari
jenis) jin. Sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain
perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia).”
(Surah 6
AL AN'AAM : 112).
RASULULLAH ﷺ sendiri
misalnya dahulunya kaumnya memberi gelaran kepada beliau ‘as-sadiqul amin’
iaitu yang jujur lagi terpecaya, tetapi setelah beliau ﷺ mengajak
mereka kepada tauhid, kaumnya sendiri menggelarkannya sebagai tukang sihir lagi
pendusta.
3. Syaikh Abdul Aziz bin Baz
rahimahullah ketika ditanya tentang golongan yang selamat, beliau menjawab,
”Mereka adalah orang-orang salaf dan setiap orang yang mengikuti jalan para
salafus soleh (RASULULLAH ﷺ, para
sahabatnya dan setiap orang yang mengikuti jalan petunjuk mereka).”
BAHAGIAN 4 – SIAPAKAH ATH-THA’IFAH
AL-MANSHURAH ITU (GOLONGAN YANG MENDAPAT PERTOLONGAN)
1. RASULULLAH ﷺ bersabda:
“Sentiasa
ada sekelompok dari umatku yang memperjuangkan kebenaran, tidak membahayakan
mereka orang yang menghinakan mereka sehingga datang keputusan ALLAH.”
(HR. Muslim)
2. RASULULLAH ﷺ bersabda:
“Jika
penduduk negeri Syam telah rosak, maka tidak ada lagi kebaikan di antara
kalian. Dan sentiasa ada sekelompok dari umatku yang mendapat pertolongan,
tidak membahayakan mereka orang yang menghinakan mereka sehingga datang hari
Kiamat.”
(HR. Ahmad. Hadis sahih)
3. Ibnu Al-Mubarak berkata: “Menurutku,
mereka adalah ashabul hadis (para ahli hadis).”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan