Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 24 Disember 2013

O 29 : PENGHUNI NERAKA RAMAI PEREMPUAN, KENAPA?

Boleh dikatakan para wanita generasi kini kebanyakan darinya sudah kehilangan dara, dan purata pernah menjalinkan hubungan seks pada seawal usia 16 tahun tapi hantaran kahwin nak mahal-mahal..kerana apa? Kerana golongan ini begitu lemah akidahnya, mudah terpengaruh, menyukai perkara-perkara yang melalaikan hiburan dan lagha, tidak menjaga auratnya, yang bertudung pula tapi melakukan maksiat, wanita paling senang ke syurga tapi paling ramai yang akan menjadi penghuni neraka kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.”
(Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim) :

“ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.”
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bonggol unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.”

nauzubilah, bangkitlah wanita akhir zaman!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan