Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 18 Disember 2016

R 116 LIMA MINIT UNTUK ALLAH SWT

5 Minit membaca al Quran akan mendapat Syafaat pada hari kiamat.

5 Kali membaca surah Al Fatihah akan mendapat 7000 kebajikan.

15 Kali membaca surah Al Ikhlas ia akan mendapat pahala sebanyak 5 kali mengkhatamkan al Quran.

Dalam satu minit kamu mampu membaca bacaan di atas.

Membaca 100 kali kalimah Subhanallah Wabihamdih” mendapat keampunan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dari segala dosa.

Sesiapa melafazkan 40 kali “lahaula walaquawata Illa Billah” akan mendapat perbendaharaan dari Syurga.

Dengan membaca doa di atas ia mendapat pahala berlipat ganda daripada tasbih dan zikir.

20 kali kita berselawat kepada RASULULLAH kita mendapat doa keselamatan daripada RASULULLAH sebanyak 200 kali.

Dalam satu minit kita membaca tahmid di atas kita mendapat timbangan pahala yang berat di akhirat esok.

Dalam satu minit kita mampu bertahlil sebanyak 50 kali kalimah yang paling agung.
Dengan membaca 25 kali tasbih di atas, maka kita telah melafazkan kalimah yang paling ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sukai.

Dalam masa satu minit kita mampu mengangkat tangan dan berdoa segala doa yang kita hajatkan.

Dan perbanyakkan beristighfar siang dan malam - semoga kita selamat di akhirat kelak.
In Sha ALLAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan