70 Dosa Besar dapat disimpul kepada berikut:
1- Empat jenis dikaitkan dengan hati iaitu:
- Syirik.
- Terus menerus berbuat maksiat.
-
Putus asa dan berasa aman daripada seksa Allah.
2-Empat jenis pada lisan iaitu:
- Kesaksian palsu.
- Menuduh berbuat zina pada wanita baik-baik.
- Sumpah palsu.
- Mengamalkan sihir.
3-Tiga jenis di perut iaitu:
- Minum arak.
- Memakan harta anak yatim.
- Memakan riba.
4-Dua jenis di kemaluan iaitu:
- Zina,
- Homoseksual.
5-Dua perkara disebabkan tangan iaitu:
- Membunuh,
- Mencuri.
6-Satu disebabkan kaki iaitu:
- Lari dari medan peperangan.
7-Satu perkara melibatkan di seluruh badan iaitu:
- Derhaka terhadap orang tua.
Dosa kecil iaitu dosa yang tidak tersebut di atas.
Dosa kecil yang
akan berubah menjadi dosa besar jika dilakukan berterusan. Menurut Imam Hasan
al-Basri, tidak ada dosa kecil apabila dilakukan dengan berterusan dan tidak
ada dosa besar apabila disertai dengan istighfar (Taubat).
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA juga berfirman, maksudnya:
“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji
atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan ALLAH, lalu memohon ampun
terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain
daripada ALLAH? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang
mereka mengetahui.”
(Surah 3, ALI IMRAN: ayat 135)
Mengenai tindakan
sesetengah orang di antara kita yang menganggap remeh dosa, RASULULLAH ﷺ bersabda
maksudnya:
“Sesungguhnya seorang mukmin
dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, yang
selalu kuatir tergelincir jatuh daripada gunung tersebut pada bila-bila masa. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya,
bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya,
maka dia dapat mengusir lalat tersebut
begitu sahaja.”
(Hadis Riwayat
al-Bukhari & Muslim)
Orang yang bergembira dengan dosanya :
ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA berfirman maksudnya:
“Dan
apabila dikatakan kepadanya: “Bertakwalah kepada ALLAH,” bangkitlah
kesombongannya yang menyebabkannya mereka melakukan dosa. Maka
cukuplah (balasannya) untuk mereka neraka Jahanam. Dan sesungguh neraka
Jahanam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya.”
(Surah 2, AL BAQARAH : ayat
206)
Mereka Merasa Aman daripada azab ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA walaupun telah melakukan maksiat :
ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA berfirman maksudnya:
“Apakah
kamu tidak perhatikan orang-orang yang telah dilarang mengadakan perbicaraan
rahsia, kemudian mereka kembali (mengerjakan) larangan itu dan mereka
mengadakan perbicaraan rahsia untuk berbuat dosa, permusuhan dan
penderhakaan kepada Rasul. Dan apabila mereka datang kepadamu, mereka mengucapkan salam kepadamu dengan memberi salam yang
bukan sebagaimana salam orang mukmin yang ditentukan ALLAH untukmu. Dan mereka
mengatakan pada diri mereka sendiri “Mengapa
ALLAH tidak menyeksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu?” Cukuplah
bagi mereka neraka Jahanam yang akan mereka masuki. Dan neraka itu adalah
seburuk-buruk tempat mereka akan kembali.”
(Surah 58, AL MUJADALAH
: ayat 7)
Perbuatan maksiat secara terang-terangan,
RASULULLAH
ﷺ bersabda dengan maksudnya:
“Semua umatku akan diampunkan dosanya
kecuali orang yang mujaharah (terang-terangan dalam melakukan dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan
dosa di malam hari, kemudian hingga pagi hari ALLAH telah menutupi dosa
terbabit, kemudian dia berkata: Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan
berbuat itu. Padahal ALLAH telah menutupi dosa tersebut semalaman, tetapi di
pagi hari mereka membuka kembali tutupan ALLAH terbabit.”
(Hadis
riwayat al Bukhari & Muslim)
Yang melakukan perbuatan dosa dan
perbuatan tersebut menjadi teladan kepada orang lain (Pengasas Dosa).
RASULULLAH
ﷺ bersabda dengan maksudnya:
“Sesiapa yang memberi contoh di dalam
Islam dengan contoh yang buruk, dia akan mendapat dosanya dan dosa orang
yang mengikutinya selepas dia meninggal dunia tanpa dikurangi dosa tersebut
sedikitpun.”
Itulah
Keadilan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang Maha Adil. Jelaslah kepada kita, orang
yang berpesta dengan maksiat kemudian menutup majlis tersebut dengan Doa
daripada Ustaz dan Tasbih Kifarah serta Zikir Munajat yang mengalirkan air
mata, berpura-pura kesedihan seketika tetapi di hati mereka tersemat, “tahun
depan kita akan lakukan lagi, pada tarikh yang sama dan masa yang sama, cuma
hari sahaja yang berlainan.” pasti ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan mengazabkan
mereka, Agama dan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA bukanlah permainan olok-olok
yang boleh dipersendakan begitu sahaja sambil ketawa. Nauzubillah.
Ya ALLAH
Tetapkan Iman Kami dan berilah kekuatan kepada kami untuk lari dari
Majlis-majlis rasmi yang diselit dengan upacara pemujaan Syaitan.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan