Syaikh
Albani rahimahullah telah mengumpulkan dalam kitabnya ( Ahkamul Janaiz) tanda-tanda ini dari al
Quran dan as Sunnah shahihah, beliau mendapatinya ada 19 tanda, berikut ini
ringkasannya:
Sesungghnya
Zat Yang Mensyariatkan telah menjadikan beberapa tanda yang jelas untuk
menunjukkan husnul khatimah (ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah menetapkannya dengan kurnia
dan kenikmatanNya) maka siapa saja yang meninggal dengan memiliki salah satu
tandanya maka itu merupakan berita gembira:
Pertama:
Mereka
yang dapat mengucapkan syahadat menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan
dalam banyak hadits yang shahih diantaranya:
قوله: صلى الله عليه وسلم : ( من كان آخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة ) .( حسن )
RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda:
Barangsiapa
yang ucapan terakhirnya Laa ilaaha illallah maka dia masuk syurga.
( Hadits
Hasan)
Kedua: Kematian yang disertai dengan
basahnya kening dengan keringat atau peluh berdasarkan hadits Buraidah
bin Hushaib radhiallahu anhu:
عن بريدة بن الخصيب رضي الله عنه : ( صحيح ) ( أنه كان بخراسان فعاد أخا له وهو مريض فوجده بالموت وإذا هو يعرق جبينه فقال : الله أكبر سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : ( موت المؤمن بعرق الجبين ) .
Daripada
Buraidah bin Khusaib radhiallahu anhu: Bahawa ketika dia berada di Khurasan
sedang melawat seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal
tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia berkata: Allahu Akbar, aku mendengar RASULULLAH
SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda: “Kematian seorang mukmin disertai
keringat di keningnya.”
hadits
shahih
Ketiga: Mereka yang meninggal pada
malam jumaat atau siangnya berdasarkan sabda RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM ( hadits dengan seluruh
jalurnya hasan atau shahih )
لقوله صلى الله عليه وسلم : ( ما من مسلم يموت الجمعة أو ليلة الجمعة إلا وقاه الله فتنة القبر ) .
RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda:
Tidaklah
seorang muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan ALLAH
Melindunginya dari siksa kubur.
Keempat: meninggal dalam keadaan
syahid di medan perang sebagaimana firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA :
قال الله تعالى : “وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ (169) فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِمْ مِنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ (170) يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ [آل عمران : 169 - 171].
Ertinya:
dan janganlah sekali-kali kamu
mengira bahawa orang-orang yang terbunuh dijalan ALLAH mati, tetapi mereka
hidup diberi rezeki di sisi Tuhan mereka(169). Mereka bergembira dengan kurnia
yang diberikan ALLAH kepada mereka, dan memberi khabar gembira kepada
orang-orang yang belum mengikuti mereka di belakang janganlah mereka takut dan
sedih(170). Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari ALLAH dan kurniaNya
dan bahawa ALLAH tidak menyia-nyiakan balasan bagi orang-orang beriman.
(Surah
3, ALI IMRAN : ayat 169-171)
( صحيح ) وقال صلى الله عليه وسلم : ( للشهيد عند الله ست خصال :” يغفر له في أول دفعة من دمه، ويرى مقعده من الجنة، ويجار من عذاب القبر، ويأمن الفزع الأكبر، ويحلى حلية الإيمان، ويزوج من الحور العين، ويشفع في سبعين إنسانا من أقاربه)
RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda :
Orang
yang syahid mendapatkan enam perkara: diampuni dosanya sejak titisan darahnya
yang pertama, diperlihatkan tempatnya dalam syurga, dijauhkan dari siksa kubur,
diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat di hari kiamat, dipakaikan mahkota
keimanan, dinikahkan dengan bidadari syurga, diizinkan memberi syafaat bagi
tujuh puluh anggota keluarganya.
(hadits
shahih)
Kelima: Mereka yang meninggal ketika
berjuang dijalan ALLAH (bukan terbunuh) berdasarkan sabda RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM:
لقوله صلى الله عليه وسلم : ( ما تعدون الشهيد فيكم ؟ ) قالوا : يا رسول الله من قتل في سبيل الله فهو شهيد قال : ( إن شهداء أمتي إذا لقليل ) . قالو : فمن هم يا رسول الله قال : ( من قتل في سبيل الله فهو شهيد ومن مات في سبيل الله فهو شهيد ومن مات في الطاعون فهو شهيد ومن مات في البطن ( 1 ) فهو شهيد والغريق شهيد ) .
RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda:
Apa yang
kalian nilai sebagai syahid di antara kalian? Mereka berkata: Ya RASULULLAH
siapa yang terbunuh dijalan ALLAH maka dia syahid. Beliau berkata: Jadi
sesungguhnya para syuhada umatku sedikit. Mereka berkata: Lalu siapa mereka Ya RASULULLAH?
Beliau berkata: Barangsiapa yang terbunuh dijalan ALLAH, syahid, barangsiapa
yang mati dijalan ALLAH, syahid, barangsiapa yang mati kerana wabak taun
syahid, barangsiapa yang mati kerana penyakit perut syahid, dan
orang yang tenggelam syahid).
Keenam: mati kerana satu wabak
penyakit taun, berdasarkan beberapa hadits diantaranya:
( صحيح )ا قوله صلى الله عليه وسلم : ( الطاعون شهادة لكل مسلم ) .
RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda:
Wabak
taun merupakan kesyahidan bagi setiap muslim.
(
hadits shahih)
Ketujuh: Mereka yang mati kerana
penyakit dalam perut berdasarkan hadits di atas.
Kelapan
dan kesembilan: Mereka
yang mati kerana tenggelam dan terkena runtuhan berdasarkan sabda NABI
SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM:
( صحيح ) لقوله صلى الله عليه وسلم : ( الشهداء خمسة : المطعون والمبطون والغرق وصاحب الهدم والشهيد في سبيل الله ) .
RASULULLAH SHALLALLAHU
ALAIHI WASALLAM bersabda:
Syuhada
ada lima: yang mati kerana wabak taun, kerana penyakit perut, yang tenggelam,
yang terkena runtuhan dan yang syahid dijalan ALLAH.
(
hadits shahih)
Kesepuluh: Mereka yang matinya seorang
wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya:
( صحيح ) لحديث عبادة بن الصامت : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم عاد عبد الله بن رواحة قال : فما تحوز له عن فراشه فقال : أتدري من شهداء أمتي ؟ قالوا : قتل المسلم شهادة قال : ( إن شهداء أمتي إذا لقليل قتل المسلم شهادة والطاعون شهادة والمرأة يقتلها ولدها جمعاء شهادة [ يجرها ولدها بسرره إلى الجنة ] ) .
Daripada
Ubadah bin Shamit radhiallahu anhu bahawa RASULULLAH SHALLALLAHU
ALAIHI WASALLAM menjengok
Abdullah bin Rawahah dan berkata: beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya
lalu berkata: Tahukah kamu siapa syuhada dari umatku? Mereka
berkata: Terbunuhnya seorang muslim adalah syahid. Beliau berkata: Jadi
sesungguhnya para syuhada umatku, terbunuhnya seorang muslim syahid, mati kerana
wabak taun syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid [ditarik oleh anaknya
dengan tali arinya ke syurga.
(
hadits shahih )
Kesebelas
dan kedua belas: Mereka yang mati kerana
terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada ditulang rusuk, ada
beberapa hadits yang terkait yang paling masyhur:
عن جابر بن عتيك مرفوعا : ( صحيح ) ( الشهداء سبعة سوى القتل في سبيل الله : المطعون شهيد والغرق شهيد وصاحب ذات الجنب شهيد والمبطون شهيد والحرق شهيد والذي يموت تحت الهدم شهيد والمرأة تموت بجمع شهيدة )
Daripada
Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’ : Syuhada ada tujuh selain terbunuh dijalan ALLAH: yang mati kerana
wabak taun syahid, yang tenggelam syahid, yang mati keraena sakit bengkak yang
panas pada selaput dada syahid, yang sakit perut syahid, yang mati terbakar
syahid, yang mati terkena reruntuhan syahid, dan wanita yang mati setelah
melahirkan syahid.
(hadits
shahih)
Ketiga
belas: Mereka yang mati karena sakit TB
berdasarkan hadits:
( حسن ) لقوله صلى الله عليه وسلم : ( القتل في سبيل الله شهادة والنفساء شهادة ،والحرق شهادة والغرق شهادة، والسل شهادة ،والبطن شهادة ).
RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda: Terbunuh dijalan ALLAH syahid,
wanita yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang
yang tenggelam syahid, dan yang mati kerana sakit TB syahid, yang mati kerana
sakit perut syahid.
(hadits
hasan)
Keempat
belas: Mereka yang mati kerana mempertahankan
hartanya yang hendak dirampas. Dalam hal itu ada beberapa hadits diantaranya:
( صحيح ) ( من قتل دون ماله ( وفي رواية : من أريد ماله بغير حق فقاتل فقتل ) فهو شهيد ) .
RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda: Barangsiapa yang terbunuh kerana
hartanya ( dalam riwayat: Barangsiapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan
yang benar lalu dia mempertahankannya dan terbunuh) maka dia syahid.
(hadits
shahih)
Kelima
belas dan keenam belas: Mereka yang mati kerana
mempertahankan agama dan dirinya:
( صحيح ) لقوله صلى الله عليه وسلم : ( من قتل دون ماله فهو شهيد ومن قتل دون أهله فهو شهيد ومن قتل دون دينه فهو شهيد ومن قتل دون دمه فهو شهيد ) .
RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda: Barangsiapa yang terbunuh kerana hartanya syahid, barangsiapa
yang terbunuh kerana keluarganya syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana
agamanya syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana darahnya syahid.
(
hadits shahih)
Ketujuh
belas: Mereka yang mati dalam keadaan ribath
(berjaga diperbatasan) dijalan ALLAH. Ada dua hadits dalam hal itu salah
satunya:
( صحيح ) ( رباط يوم وليلة خير من صيام شهر وقيامه ،وإن مات جرى عليه عمله الذي كان يعمله وأجري عليه رزقه وأمن الفتان ) .
RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda: Ribath sehari semalam lebih baik
dari berpuasa dan qiyamul lail selama sebulan, dan jika mati, maka akan
dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rezekinya
dan dihindarikan dari fitnah.
(hadits
shahih)
Kelapan
belas: Mati ketika melakukan amal soleh
berdasarkan hadits:
لقوله صلى الله عليه وسلم : ( صحيح ) ( من قال : لا إله إلا الله ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة ومن صام يوما ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة ومن تصدق بصدقة ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة ) .
RASULULLAH SHALLALLAHU
ALAIHI WASALLAM bersabda: Barangsiapa yang mengucapkan: Laa
ilaaha illallah mengharapkan wajah ALLAH lalu wafat setelah mengucapkannya maka
dia masuk syurga, barangsiapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah ALLAH lalu
wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga, barangsiapa yang bersedekah
dengan satu sedekah mengharapkan wajah ALLAH lalu wafat ketika mengerjakannya
maka dia masuk syurga.
(
hadits shahih)
Kesembilan
belas: Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang
zalim kerana memberi nasihat kepadanya:
لقوله صلى الله عليه وسلم :( صحيح ) ( سيد الشهداء حمزة بن عبد المطلب ورجل قام إلى إمام جائر فأمره ونهاه فقتله ) أخرجه الحاكم وصححه والخطيب.
Rasulullah shallallahu
alaihi wasallam bersabda:
Penghulu
para syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muththalib dan seseorang yang mendatangi
penguasa yang zalim lalu dia memerintahkan yang baik dan melarang dari yang
mungkar lalu dia dibunuhnya.
Hadits
dikeluarkan oleh Al Hakim dan dishahihkannya dan Al Khatib.
Wallahu
A’lam bishowab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan