Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud :
“SEDARLAH wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak
ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan
kemewahan dunia) yang cepat habisnya. Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan
untuk) Hari Akhirat(yang kekal abadi kehidupannya).”
(Surah
75, AL QIAMAH : ayat 20 – 21)
Sabda NABI MUHAMMAD ﷺ
:
"Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan
janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, ALLAH akan memberi minum
akan dia dari sungai-sungai serta diringankan ALLAH baginya sakaratul maut dan
akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan
dicatatkan ALLAH baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas
Titian Shirat."
Sebagai contohnya, rumah orang Islam manakah yang belum lagi dimasuki 'panggung wayang' (TV, Video, dan sebagainya)? Walaupun kita tidak menonton wayang di luar, tetapi kita menonton wayang di rumah-rumah kita. Sama sahaja, cuma suasananya sahaja yang sedikit berbeza. Peranan pangung-panggung wayang ini amat besar dalam merosakkan akidah umat Islam dan menjauhkah umat Islam dari agamanya sendiri.
Penyanyi, pelakon dan penghibur-penghibur adalah merupakan tukang-tukang azan syaitan, yang mana ramai di antara kita yang menyahut panggilan tersebut. Dengannya menyebabkan kita tidak menyahut tukang-tukang azan ALLAH (muadzin) untuk menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau (ramai yang tidak mempedulikan bila azan dilaungkan).
Kita tidak berzikir untuk mengingati ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan membaca al Quran dan sebagainya, kita tidak keluar untuk menuntut ilmu yang difardhukan kepada kita kerana terpedaya dengan cerita-cerita dan hiburan yang menarik di panggung wayang kita, dan seumpamanya. TV telah menjadi rutin hidup tetap dalam hidup kebanyakan umat Islam sekarang. Rasanya kalau tidak menonton TV tidak lengkap hidup kita. Ada kekurangan pula rasanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan