Tahukah
kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di
dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung.
Antaranya:-
Seorang
ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa
saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi
jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke
otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang
mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh
masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia
perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara
sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh
orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku, maka otak dapat
bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai
jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke, menyegarkan otak serta
menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika
sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan
rahim…dan lain-lain.
Paling
hebat lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa sujud?
Sebenarnya:-
1.
sujud pertama tanda taat (perintah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA)
2. sujud kedua tanda syukur (hamba kepada ALLAH)
Dalam khutbah Ramadhan NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM bersabda:
“Punggung-punggung kalian sudah
berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankanlah beban kalian dengan
memperbanyakkan sujud.”
“Hendaklah kamu bersujud kepada ALLAH
kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya ALLAH mengangkat
satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu.”
(HR
Muslim)
Firman
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud:-
“Sesungguhnya sembahyang itu
mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.”
(Surah
Al-Ankabut ayat:45)
Dari Sudut Tasawuf
Sujud
adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya.
Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya”
seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah,
berikrar dan mengaku bahawa“Ya ALLAH hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah,
ditakuti, dicintai dan hanya padaMu sahajalah tempat berserah dan memohon
pertolongan”.
Seorang
sahabat NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU
’ALAIHI WASSALLAM iaitu Huzaifah ra berkata bahawa NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM telah
bersabda:-
“Tiadalah keadaan seorang hamba
yang paling disukai oleh ALLAH daripada Dia melihat hambaNya itu di dalam
keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah (sebagai tamsilan tunduk,
pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada ALLAH).”
(Hadis
Riwayat Imam Tabrani).
Firman
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud:-
“Sesungguhnya orang-orang yang
beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan
ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan
mereka tidak menyombongkan diri.”
(Surah
As-Sajadah ayat 15)
Sujud
bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya di tempat yang paling rendah di
atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah,
mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan
mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya
dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap
sombong lagi terhadap ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang menciptakan dirinya dari
tanah itu.
Maka
setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati,
apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai
solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan
bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan
kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.
Dalam
keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk
mensucikan Zat ALLAH Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang
mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.
P/S:
Islam itu kan indah.. solat itu sempurnakan dan berikan kebaikan kepada
Hambanya zahir dan batin. Bila kita sempurnakan hak ALLAH SUBHANAHU WA TAALA (solat),
Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan ) Konsep give
and take…
Yaa ALLAH!
Ya Aziz! Ya Jabbar! Ya Mutakabbir! Ya Muntaqim! Ya Dzal Jalali Wal ikram! Yaa ALLAH!
Tuhan yang memiliki kuasa kepimpinan dan kekuatan yang Maha Tinggi, Raja yang
Maha Mulia lagi Maha Perkasa,Yaa ALLAH! Selamatkanlah Saudara-Saudara Kami di serata
dunia dan sekutunya yang zalim, Yaa ALLAH! Perkuatkan Kesatuan Jemaah Umat Islam
di muka bumi ini, Yaa ALLAH! WAMA RAMAITA IZRAMATA WALA'KINNALLAHA RAMAA, Yaa ALLAH!
Perbaiklah segala keburukan, dan kembalikanlah cahaya kekuatan iman dan nur
kebesaran dan Keberanian dan keagunganMu ke dalam jiwa Kami dan Saudara-Saudara
Kami di dunia yang sangat lemah ini. Dan Menangkanlah Saudara-Saudara Kami ke atas
mereka. Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal
Aalamiin.
Negara
Manakah yang tidak dikawal Oleh Yahudi dan Nasrani sekarang ni????
Dari segi pemerintahan,
ekonomi hinggalah kehidupan Umat Islam sendiri di muka bumi ini adalah di bawah
telunjuk Kaum ini. Tak percaya, cubalah kaji satu persatu... Adakah hidup kita
sekarang berpandukan al Quran dan As Sunnah?
Yaa ALLAH Yaa Rahman Yaa Rahim, Yaa Dzal Jalali Wal Ikram, Bimbinglah kami ke jalan yang lurus, jalan
sebenar-benar jalan yang Engkau redhai. Bantulah kami, Bantulah kami, menuju
jalan yang Engkau benar-benar redhai sebagai Umat Islam Ya ALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan