Ancaman keras bagi orang
yang membiarkan perbuatan maksiat dalam keluarganya. Hukum seorang wanita yang menelanjangkan foto
wajahnya di facebook sehingga banyak lelaki yang memuji akan kecantikannya.
Wanita tersebut berjiwa "Pelacur.”
Wangian perfumnya seorang wanita saja, jika sengaja dipakai agar lelaki dapat
mencium bau harumnya, oleh Rasulullah shalallaahu'ala ihi wa sallam dikatakan
sebagai pelacur, apalagi ini, dengan sengaja menunjukkan kecantikannya untuk
dinikmati oleh lelaki yang bukan mahramnya, dan wanita itupun bertanggungjawab
atas setiap dosa yang ia timbulkan bagi lelaki yang menikmati wajahnya. Daripada
Abu Musa Al Asy’ary bahawanya ia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa
sallam bersabda,
ﺃﻳﻤﺎ ﺍﻣﺮﺃﺓ ﺍﺳﺘﻌﻄﺮﺕ ﻓﻤﺮﺕ ﻋﻠﻰ
ﻗﻮﻡ ﻟﻴﺠﺪﻭﺍ ﻣﻦ ﺭﻳﺤﻬﺎ ﻓﻬﻲ
ﺯﺍﻧﻴﺔ
ﺯﺍﻧﻴﺔ
“Seorang perempuan yang
mengenakan wangian lalu melalui sekumpulan lelaki agar mereka mencium bau harum
yang dia pakai maka perempuan tersebut adalah seorang pelacur.”
(HR. An Nasa’i, Abu Daud,
Tirmidzi dan Ahmad. Syaikh Al Albani dalam Shohihul Jami’ no. 323 mengatakan
bahwa hadits ini shahih)
Wahai para wanita. Tahukah
anda bahawa:
(1) Semakin banyak
pandangan lelaki yang tergiur denganmu (jika sengaja pamer kecantikan/
keindahan tubuh dan tampil menggoda) semakin bertumpuk pula dosa-dosamu?
(2) Semakin sang lelaki
mengkhayalkanmu, semakin berhasrat denganmu maka semakin bertumpuk pula
dosa-dosamu?
(3) Janganlah anda
menyangka senyumanmu yang kau tebarkan secara sembarangan tidak akan ada pertanggungjawabkannya
kelak! Boleh jadi senyumanmu sekejap menjadi bahan lamunan seorang lelaki yang
tidak halal bagimu selama berhari-hari apalagi keelokan tubuhmu.
(4) Bayangkanlah, betapa
bertumpuk dosa-dosa para artis dan penyanyi yang auratnya diumbar di hadapan
ribuan, bahkan jutaan para lelaki?
(5) Jika anda menjaga
kecantikanmu dan kemolekan tubuhmu hanya untuk suamimu, maka anda kelak akan
semakin cantik dan semakin molek di syurga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
(6) Akan tetapi jika anda menayangkan
kecantikanmu dan kemolekanmu maka ingatlah itu semua akan sirna dan akan lebur
di dalam liang lahad menjadi santapan cacing dan ulat dan di akhirat kelak, boleh
jadi berubah menjadi bahan bakar neraka jahanam!
Oleh Ustaz Abu Yahya
Badrussalam, Lc hafidzahullahu ta'ala
Tiada ulasan:
Catat Ulasan