Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 29 Februari 2020

V 12 : BERBAHAGIALAH YANG DICELA


Daripada Abû Hurairah Radhiyallâhu 'anhu, suatu hari Rasûlullâh Shallallâhu alaihi wa sallam bersabda :

" تدرون ما المفلس ؟ " 

"Tahukah kalian siapa orang yang bankrut itu?"

قالوا : المفلس فينا من لا درهم له ولا متاع 

Para sahabat menjawab : "Orang yang bankrut menurut kami itu adalah orang yang tidak memiliki dirham dan harta benda."

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " المفلس من أمتي من يأتي يوم القيامة بصلاته وزكاته ، وصيامه ، وقد شتم هذا ، وقذف هذا ، وأكل مال هذا ، وسفك دم هذا ، وضرب هذا ، فيعقد فيعطا هذا من حسناته ، وهذا من حسناته ، فإن فنيت حسناته قبل أن يقضي ما عليه من الخطايا أخذ من خطاياهم فطرح عليه ، ثم طرح في النار "

Nabi Shallallâhu alaihi wa sallam menjawab :

"Orang yang bankrut dari umatku, adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa amalan solat, zakat dan puasanya  akan tetapi :
Dia mencela orang lain,
Menuduh orang lain secara dusta,
Memakan harta orang lain secara zalim,
Menumpahkan darah orang lain,
Dan memukul orang lain.

Maka, sebagai gantinya diambil kebaikannya dan kebaikannya diberikan kepada orang yang dianiayanya. Sampai akhirnya kebaikannya habis tak tersisa.
Sebelum dia diputuskan, orang yang dianiaya pun diambil dosa-dosanya dan dilimpahkan kepada orang tadi. Lalu, dirinya pun dihempaskan kemudian dilemparkan ke dalam neraka.
(HR Muslim)

Duhai, alangkah bankrut dan meruginya para pencela tersebut, dan betapa beruntungnya orang yang dicela.

Imam Masjid al-Haram, Syaikh Su'ûd asy-Syuraim hafizhahullâhu, berkata:

‏كن عبدَالله المشتوم ولا تك عبدالله الشاتم؛
ﻷن المشتوم رابح
إما بذهاب سيئاته إلى الشاتم،
وإما بمجيء حسنات الشاتم إليه،
فالشاتم خاسر بكلا الحالين

Jadilah anda hamba Allâh yang dicela, daripada menjadi hamba Allâh yang gemar mencela, kerana orang yang dicela itu beruntung, lantaran: Boleh jadi keburukannya hilang, beralih kepada orang yang mencelanya dan boleh jadi, ia mendapatkan kebaikan yang berasal dari sang pencela.
Sedangkan orang yang mencela, dia menjadi orang yang rugi lantaran dua hal di atas.

Kata Nabi Shallallâhu alaihi wa sallam:

سِبَابُ الْمُسْلِم فُسُوقٌ وَقِتالُهُ كُفْرٌ

"Mencerca seorang muslim itu kefasikan, dan membunuhnya adalah kekafiran." 
(Muttafaq 'alaihi)

Allâh SWT berfirman:

وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا

"Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata."
[QS. Al-Ahzâb : 58]

Maka, berbahagialah anda, wahai muslim yang dicela, kerana boleh jadi dosa-dosa anda akan berkurang dan pahala anda bertambah. Dan alangkah celakanya anda, wahai pencela. Kelak anda akan menjadi manusia-manusia bankrut di hari kiamat nanti.

@abinyasalma

Tiada ulasan:

Catat Ulasan