Rasulullah
SAW pesan, jangan kahwini 6 jenis wanita ini….
Pesanan Rasulullah SAW untuk kaum lelaki: Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah.
1.
Wanita Ananah
Wanita yang banyak mengomen
itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahtangganya semua
tidak kena dan tidak berpuashati.
2.
Wanita Mananah
Wanita sebegini yang
menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak
berkorban untuk membangun rumahtangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang
dilakukan untuk kebaikan rumahtangga. Biasanya wanita ini bekerja atau
berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3.
Wanita Hananah
Menyatakan kasih sayangnya
kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya
dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih
baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur
dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia
juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4.
Wanita Hadaqah
Melemparkan pandangan dan
matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untnk memiliki barang
itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut
nafsunya. Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia
mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nunjuk.
Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.
5. Wanita Basaqah
Ada 2 makna:
Pertama, wanita sebegini
yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya
tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan
untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka
dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula
ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua, dia marah ketika
makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.
Wanita Syadaqah
Banyak cakap, tidak menentu
lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak
menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.
Wallahu’alam.
Riwayat dan sanadnya…..
Sumber: Gempaq Network
(Rasulullah SAW PESAN jangan KAHWINI 6 Jenis WANITA ini)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan