Seorang murid mengadu kepada
gurunya:
"Ustaz,
betapa banyak kita berdosa kepada Allah dan tidak menunaikan hakNya sebagaimana mestinya, tapi saya langsung tidak melihat Allah menghukum
kita."
Sang Guru menjawab dengan
tenang:
"Betapa
sering Allah menghukummu tapi engkau tidak terasa."
"Sesungguhnya
salah satu hukuman Allah yang terbesar yang boleh menimpamu wahai anakku, ialah
sedikitnya taufik (kemudahan) untuk mengamalkan ketaatan dan amal amal kebaikan.”
Tidaklah
seseorang diuji dengan musibah yang lebih besar dari "kekerasan hatinya
dan kematian hatinya."
Sebagai
contoh:
Sedarkah
engkau, bahawa Allah telah mencabut darimu rasa bahagia dan senang dengan bermunajat
kepadaNya, merendahkan diri kepadaNya, menyungkurkan diri di hadapanNya?
Sedarkah
engkau tidak diberikan rasa khusyuk dalam solat?
Sedarkah
engkau, bahawa beberapa hari-harimu telah berlalu dari hidupmu, tanpa membaca
Al Quran, padahal engkau mengetahui firman Allah:
"Sekiranya Kami turunkan Al Quran ini ke gunung, nescaya engkau melihatnya tunduk, retak, kerana takut kepada Allah tetapi engkau tidak tersentuh dengan ayat-ayat Al Quran, seakan engkau tidak mendengarnya.”
"Sekiranya Kami turunkan Al Quran ini ke gunung, nescaya engkau melihatnya tunduk, retak, kerana takut kepada Allah tetapi engkau tidak tersentuh dengan ayat-ayat Al Quran, seakan engkau tidak mendengarnya.”
Sedarkah
engkau, telah berlalu beberapa malam yang panjang sedang engkau tidak melakukan
Qiyamullail di hadapan Allah, walaupun terkadang engkau tidak tidur sampai
larut malam.
Sedarkah
engkau, bahawa telah berlalu atasmu musim musim kebaikan seperti: Ramadan..
Enam hari di bulan Syawal.. Sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah, dan
sebagainya tapi engkau belum diberi taufik untuk memanfaatkannya sebagaimana semestinya.
Hukuman
apa lagi yang lebih berat dari itu?
Tidakkah
engkau merasakan beratnya mengamalkan banyak ketaatan (amal ibadah)?
Tidakkah
Allah menahan lidahmu untuk berzikir, beristighfar dan berdoa kepadanya?
Tidakkah
terkadang engkau merasakan bahawa engkau lemah di hadapan hawa nafsu?
Hukuman
apa lagi yang lebih berat dari semua ini?
Sedarkah
engkau, yang mudah bagimu berghibah, mengadu domba, berdusta, memandang ke yang
haram?
Sedarkah
engkau, bahawa Allah membuatmu lupa kepada akhirat, lalu Allah menjadikan dunia
sebagai perhatian terbesarmu dan ilmu tertinggi?
Semua bentuk pembiaran ini
dengan berbagai bentuknya ini, hanyalah beberapa bentuk hukuman Allah kepadamu,
sedang engkau menyedarinya, atau tidak menyedarinya.
Waspadalah wahai saudara/sahabatku,
agar engkau tidak terjatuh ke dalam dosa-dosa dan meninggalkan kewajipan yang telah
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA perintahkan kerana hukuman yang paling ringan dari ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA terhadap hambaNya ialah "hukuman yang terasa" pada
harta atau anak atau kesihatan.
Sesungguhnya hukuman terberat
ialah "hukuman yang tidak terasa" pada kematian hati, lalu ia tidak
merasakan nikmatnya ketaatan, dan tidak merasakan sakitnya dosa kerana itu
wahai saudara/sahabatku, Perbanyaklah dicelah-celah harimu amalan taubat dan
istighfar. Semoga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menghidupkan hatimu.
(Diterjemahkan dari Taushiyah
Syaikh Abdullah Al-'Aidan di Masjidil Haram).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan