Jejaka terindah di mata
wanita bukanlah yang paling tampan raut wajahnya, melainkan yang paling menawan
keimanan dan budi pekertinya. Jejaka terjantan di hadapan wanita bukanlah
yang paling berani mengungkap kata cinta, melainkan yang paling berani menemui
wali sang hawa untuk meminangnya.
Jejaka teromantis di hati
wanita bukanlah yang paling mesra mengungkap kata cinta,
melainkan yang berani mempertanggungjawabkan kata cinta di hadapan ALLAH dengan berazam untuk menghalalkannya.
melainkan yang berani mempertanggungjawabkan kata cinta di hadapan ALLAH dengan berazam untuk menghalalkannya.
Jejaka tergagah di hadapan wanita bukanlah yang paling kekar tubuhnya, melainkan yang mampu bertanggungjawab menumpang keluarga.
Jejaka terkaya diangani
wanita bukan hanya terbanyak hartanya, melainkan yang kaya hatinya sehingga
pandai bersyukur atas segala kurniaNya.
Jejaka terpandai di benak
wanita bukanlah yang paling banyak ilmunya, melainkan yang paling peduli untuk
membimbing kepada jalan yang diredhaiNya.
Jejaka paling dermawan di
hadapan wanita bukanlah yang paling banyak sedekahnya, melainkan yang paling
perhatian memenuhi kewajipan keluarga.
seorang Jejaka.
Sejatinya nilai diri kaum lelaki
bukan hanya kerana tampan, jantan, romantis, gagah, kaya, pandai dan dermawan
namun sejauh mana ia mampu mengasah keimanan dan perilakunya agar lebih
menawan.
Jejaka begitu berharga jika
ia mampu mempertanggungjawabkan segala ucapan dan perbuatan di hadapan ALLAH
Yang Maha Menyaksikan.
In Shaa Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan