Dalam kompleksiti kehidupan, manusia sering kali dihadapkan pada suatu masalah yang memaksanya untuk memilih, apakah menghadapinya dengan penuh ketenangan atau menyikapinya dengan amarah dan penuh emosi.
Secara etimologi, kata ‘emosi’ adalah
terjemahan dari bahasa Arab, al-ghadlab. Dalam Al Quran, kata al-ghadlab,
dengan perubahan bentuk kata, jumlahnya tak kurang dari 24 kali. Dari sekian
banyak ayat tersebut, kata al-ghadlab lebih banyak dikaitkan kepada Allah
sebagai Sang Khalik. Hanya sedikit ayat yang mengaitkan al-ghadlab dengan
manusia. Itupun bukan terhadap manusia biasa, tetapi terhadap Nabi Musa AS.
“Dan,
tatkala Musa telah kembali kepada kaumnya, dengan marah dan sedih hati, iapun
berkata, ‘Alangkah buruknya perbuatan yang kamu kerjakan sesudah kepergianku.”
(QS
al-A’raf [7]: 150).
Dalam ayat itu, disebutkan pula bahawa
Nabi Musa sempat menarik rambut saudaranya sendiri, Nabi Harun, kerana marah
dan emosinya. Tentang sikap marahnya Nabi Musa, juga diabadikan dalam surah
Taha [20]: 86 dan tentang redhanya emosi tersebut juga diabadikan dalam surah
al-A’raf [7]: 154.
Diceritakan dalam sebuah hadis bahawa
seorang sahabat datang tergopoh-gopoh menghadap Nabi SAW untuk meminta nasihat.
Nabi menjawab, “La taghdlab”, hindari sikap marah (emosi). Nabi SAW mengulangi
nasihatnya sebanyak tiga kali.
Hadis ini cukup menjadi bukti bahawa
manusia sering kali terjebak dalam keadaan emosi atau marah yang berkepanjangan
hingga tidak ada peluang bagi orang lain untuk meminta maaf. Kerana itu, wajar
bila Nabi SAW mengulangi nasihatnya sebanyak tiga kali.
Bagaimana menguasai marah atau
me-manage emosi? Nabi SAW pernah memberikan petunjuk. “Jika kamu marah dalam
keadaan berdiri, duduklah. Jika kamu masih marah, padahal sudah dalam keadaan
duduk, berbaringlah. Jika kamu masih marah, padahal sudah dalam keadaan
berbaring, segera bangkit dan ambil air wuduk untuk bersuci dan lakukan solat
sunah dua rakaat.”
Betapa bijaknya nasihat Rasul SAW di
atas. Sebab, ketika manusia sedang marah, ia mengalami dua hal. Pertama,
ketegangan syaraf, terutama syaraf otak. Kedua, dirinya sedang bergelut dengan
sebuah kekuatan hawa nafsu yang maha dahsyat. Dalam pandangan agama, hawa nafsu
itu dipersonifikasikan dengan kekuatan syaitan.
Maka, ajaran Nabi SAW tentang
perubahan gerakan fisik dari berdiri kepada duduk dan dari duduk kepada
berbaring bertujuan untuk melenturkan dan meredakan (relaksasi) ketegangan
syaraf otak dan syaraf-syaraf lainnya. Jika gerakan fisik juga tidak mampu
meredakan emosi, Nabi SAW berpesan agar segera berwuduk dan mendirikan solat
dua rakaat. Tujuannya, segera berlindung kepada kekuatan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA untuk mengusir
kekuatan syaitan yang terbungkus dalam bentuk sikap marah dan emosi. Wa Allahu
A’lam.
Rujukan :
http://www.bijak.web.id/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan