Melihat ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA dalam syurga
عَنْ اَبِى هُرَيرَةَ أَنْ نَا سًا قَالُوا لِرَسُولِ
اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
يَا
رَسُولَ اللهِ هَلْ نَرِى رَبَّنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
فَقَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلّم
هَلْ
تُضَارُّونَ فِى رُؤيَةِ القَمَرِلَيْلَةَ الْبَدْرِ
قَالُوا
لا يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ هَلْ تُضَارُّونَ
فِى
الشَمْسِ لَيسَ دُونَهَا سَحَابٌ قَالُوا لا
يَا
رَسُولَ اللهِ قَالُ فَاِنَّكُم تَرَوْنَهُ
Daripaada
Abu Hurairah ra katanya : “Bertanya orang banyak kepada RASULULLAH SAW. :
Apakah kami akan melihat Zat ALLAH di hari kiamat kelak Yaa RASULULLAH? Jawab
beliau : “Apakah kamu terhalang memandang bulan purnama raya? Jawab mereka itu
: “Tidak!” Berkata pula RASULULLAH SAW. “Adakah kamu sukar melihat matahari
ketika tidak awan menutupinya?” Jawab mereka itu : “Tidak tuan!” Maka berkata RASULULLAH
SAW : “Demikianlah jelasnya kamu akan dapat melihat ALLAH kelak.”
كَذَلِكَ
يَجْمَعُ اللهُ النَّاسَ يَومَ القِيَّامَةِ
فَيَقُولُ
مَنْ كَانَ يَعْبُدُ شَيْئاً فَلْيَتَّبِعْهَ فَيَتَّبِعُ
مَنْ
كَانَ يَعْبُدُ الشَّمْسَ الشَّمْسَ وَيَتَّبِعَ
مَنْ
كَانَ يَعْبُدُ الْقَمَرَ الْقَمَرَ
مَنْ
كَانَ يَعْبُدُ الطَّوَاغِيْتَ الطَّوَاغِيْتَ
وَتبْقَى
هَذِاهِ الامَّةُ فِيْهَا مُنَافِقُوهَا
Kemudian RASULULLAH
SAW meneruskan perkataannya, kata beliau : “Pada hari kiamat nanti ALLAH akan
mengumpulkan semua manusia lalu bertitah : “Hendaklah tiap-tiap orang mengikut
siapa/apa yang disembahnya di dunia.” Mendengar itu maka penyembah matahari
mengikut matahari, penyembah bulan mengikut bulan, pemuja thoghut mengikut
thoghut dan di dalam rombongan mukmin (yang belum bergerak) terdapat
pula kaum munafik.
فَيَأتِيْهُمُ
اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى فِى صُورَةِ
غَيْرِ
صُورَتِهِ الَّتِى يَعْرِفُونَ فَيَقُولُ أَنَا رَبُّكُمْ
فَيَقُولُونَ
نَعُوذً بِاللهِ مِنْكَ هَذَا مَكَانُنَا
حَتَّى
يَأتِيَنَا رَبَّنَا فَاِذَا جَاءَ رَبَّنَا عَرَفْنَاهُ
Kemudian ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA datang kepada mereka itu dengan wajah yang tidak
dikenal, lalu berkata : “Aku Tuhanmu.” Maka jawab mukminin : “Kami berlindung
kepada ALLAH dari godaanmu!” Kami tidak akan bergerak dari sini sebelum datang
Tuhan kami yang sejati, dan apabila Ia datang kepada kami, dapat kami
mengenalNya.”
فَيَأتِيْهُمُ
اللهُ وَتَعَالَى فِى صُورَتِهِ الَّتِى يَعْرِفُونَ
فَيَقُولَ
أَنْا رَبُّكُم فَيَقُولُ أَنْتَ رَبُّنَا فَيَتَّبِعُونَهُ
وَيُصْرِبُ
الصِّرَاطُ بَيْنَ ظَهْرَى جَهَنَّمَ فَاَكُونُ
أَنَا
وَأُمَّتِى أَوَّلَ مَنْ يُجِيْزُ وَلا يَتَكَلَّمَ يَوْ مَئِذٍ
اِلا
الرُّسُلُ وَدَعْوَى الرُّسُلِ يَوْمَئِذٍ
اللَّهًمَّ
سَلِّمْ سَلِّمْ وَفِى جَهَنَّمَ كَلالِيبُ مِثْلُ شَوكِ
السًّعْدَانِ
هَلْ رَأَيْتُمُ السًّعَدَانَ قَالُوا نَعَمْ
يَا
رَسُولُ اللهِ قَالَ فَاِنَّهَا مِثْلُ شَوْكِ السَّعْدَانِ
غَيْرَ
أَنَّهُ لا يَعْلَمُ مَا قَدْرُ عِظَمِهَا اِلا اللهُ
تَخْطَفُ
النَّاسَ بِأَعْمَالِهِمْ فَمِنْهُمْ المُوْمِنُ
بَقِىَ
بِعَمَلِهِ وَمِنْهُمْ النُجَازَى
Setelah
itu ALLAH SUBHANAHU WA TAALA datang kepada mereka dengan rupaNya yang
dikenal oleh orang-orang Mukmin itu, lalu berkata : “Aku Tuhanmu.” Maka dijawab
kaum mukmin : “Benar, Engkaulah Tuhan kami, mereka itupun segera mengikutNya.”
Berkata pula RASULULLAH SAW. “Nun di sana di atas api neraka dibentangkan
titian, maka umatkulah yang pertama-tama menyeberang titian itu. Pada saat itu
tak seorangpun dibenarkan berbicara kecuali Rasul-rasul pesuruh ALLAH; seruan
Rasul-rasul ketika itu : Oh Tuhan! selamatkanlah, selamatkanlah!” Di
tengah-tengah api neraka itu terdapat banyak besi-besi melengkung seperti
lengkung pancing, seperti duri sa’dan.” Kata Rasulullah saw. kepada
sahabat-sahabat yang hadir : “Adakah kamu pernah melihat sa’dan?” Jawab mereka
: “Ya!” “Seperti duri sa’dan itulah bentuk besi-besi itu, hanya saja besarnya
tidak terkira, dan itu kelak yang akan mengait manusia yang sedang meniti,
menurut imbangan dosa masing-masing. Yang beriman akan terlepas dari kaitannya
dan yang berdosa, terkena, tetapi akhirnya dilepaskan.
حَتَّى
إِذَا فَرَغَ اللهُ مِنَ القَضَاءِ بَيْنَ الْعِبَادِ
وَأَرَادَ
اَنْ يُخْرجَ بِرَحْمَتِهِ
مَنْ
أَرَادَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ أَمَرَ المَلائِكَةَ
أَنْ
يَخْرُجُوا مِنَ النَّارِ مَنْ كَانَ لا يُشْرِكُ
بِاللهِ
شَيْئًا
Setelah ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA selesai mengadili hamba-hambaNya dan berkehendak dan
mengeluarkan penghuni neraka dengan rahmatNya, dititahkanNya kepada
malaikat-malaikat untuk mengeluarkan mereka yang diberiNya rahmat, kerana di
dunia mereka tidak menyekutukan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan
sesuatu apapun.
مِمَّنْ
أَرَادَ اللهُ تَعَالَى أَنْ يَرْحَمَهُ مِمَّنْ يَقُولُ
لا اِلهَ
الا الله فَيَعْرِفُو نَهُمْ فِى النَّارِ
يَعْرِفُونَهُم
بِأَثَرِ السُّجُودِ تَأكُلُ النَّارُ
مِنَ
ابْنِ آدَمَ اِلا أَثَرَ السُّجُودِ حَرَّمَ
اللهُ
عَلَى النَّارِ أَنْ تَأكُلَ أَثَرَ السُّجُودِ
فَيَخْرُجُوْنَ
مِنَ النَّارِ
Malaikat-malaikat
yang mendapat perintah itupun dapat mengenal orang-orang yang berkata “tiada
tuhan yang disembah kecuali ALLAH” dengan adanya bekas sujud solat yang memang
tidak dimakan api neraka.
وَقَدِ
امْتَحَشُوا فَيُصَبُّ عَلَيْهِمْ مَاءُ الْحَيَاةِ
فَيَنْبُتُونَ
مِنْهُ كَمَا تَنْبُتُ الحِبَّةُ فِى حَمِيْلِ السَّيْلِ
Kemudian
segeralah Malaikat-malaikat itu mengeluarkan mereka dalam keadaan hangus
rentung, kemudian dituangkan ke tubuh masing-masing air hidup, maka tumbuhlah
masing-masing kerana air itu seperti tumbuhnya jenis biji setelah banjir surut.
ثُمَّ
يَفرُغُ اللهُ تَعَالَى مِنَ الْقَضَاءِ بَيْنَ الْعِبَادِ
وَيَبْقَى
رَجُلٌ نُقْبِلٌ بِوَجْهِه عَلَى النَّارِ
وَهُوَ
آخِرُ أَهْلِ الْجَنَّةِ دُخُولاً الْجَنَّةَ قَيَقُولُ
أَىْ
رَبِّ اصْرِفْ وَجْهِى عَنِ النَّارِ فَاِنَّهُ
قَدْ
قَشَبَنِى رِيْحُهَا وَاَحْرَ قَنِى ذَكَاؤُهَا
فَيَدْ
عُو اللهَ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ يَدْ عُوَهُ
Setelah
hal itu selesai seluruhnya, rupanya di sana masih tinggal seorang lelaki yang
menghadap mukanya ke neraka dialah yang terakhir sekali masuk ke dalam syurga.
Kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA ia bermohon dengan bersungguh-sungguh
agar mukanya dapat dipalingkan dari api neraka itu, dengan alasan bau dan
nyalaannya telah menghancur luluhkan dirinya. Demikianlah permohonan itu
berkali-kali diulangnya.
ثُمَّ
يَقُولُ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى هَل عَسَيْتَ
إِنْ
فَعَلْتُ ذَلِكَ بِكَ
أَنْ
تَسأَلَ غَيْرَهُ فَيَقُولُ لا أَسْأَلُكَ عَيْرَهُ
وَيُعْطِى
رَبَّهُ مِنْ عُهُودٍ وَمَوَا ثِيْقَ
مَا شَاءَ
اللهُ فَيَصْرِفُ اللهُ وَجْهَهُ عَنِ النَّار
فَاِذَا
أَقْبَلَ عَلقى الْجَنَّةِ وَرَآهَا سَكَتَ
مَا شَاءَ
اللهُ أَنْ يَسْكُتَ
Kemudian ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA berkata kepadanya “Kalau Aku kabulkan permintaan ini
apakah tak ada permohonan yang lain lagi?” Jawab orang itu : “Tidak!” dan ia
berjanji keras kepada ALLAH bahawa ia tidak akan meminta sesuatu apapun lagi.
Permohonan orang itupun dikabulkan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Setelah
terlihat olehnya kemewahan syurga, terdiamlah ia beberapa lama.
ثُمَّ
يَقُولُ أَىْ رَبِّ قَدِمْنِى اِلَى بَابِ الْجَنَّةِ
فَيَقُولُ
اللهُ لَهُ الَيْسَ قَدْ أَعْطَيْتَ عُهُودَكَ
وَمَوَا
ثِيْقَكَ لا تَسْأَلُنِى غَيْرَ الَّذِى أَعْطَيْتُكَ
وَيْلَكَ
يَاابْنَ آدَمَ مَا أغْدَرَكَ فَيَقُولُ أَىْ رَبِّ
وَيَدْعُو
اللهَ حَتَّى يَقُولَ لَهُ فَهَلْ عَسَيْتَ
اِنْ
أَعْطَيْتُكَ
Kemudian
ia bermohon lagi kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA agar dapat
disampaikan ke pintu syurga itu, Berkata ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA kepadanya ;” Bukankah engkau telah berjanji keras tak akan meminta
apa-apa lagi?” Celaka anak Adam ini! Alangkah pemungkirnya! Maka orang itupun
bermohon kedua kalinya kepada ALLAH serta berjanji pula tak akan menambah
permohonannya lagi.
ذَلِكَ
أَنْ تَسْأَلَ غَيْرَهُ فَيَقُولُ لا وَعِزَّتِكَ
فَيُعْطِى
رَبَّهُ مَا شَاءَ اللهُ مِنْ عُهُودٍ
وَمَوَا
ثِيْقَ فَيُقَدّنُهُ اِلَى بَابِ الْجَنَّةِ
Setelah
permohonan orang itu dikabulkan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan
terlihatnya kemewahan syurga, terdiamlah ia beberapa lama. Kemudian ia bermohon
kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA agar dapat disampaikan ke pintu
syurga.
فَاِذَا
قَامَ عَلَى بَابِ الْجَنّةِ انْفَهَقَتْ لَهُ الْجَنَّةُ
فَرَأَى
مَا فِيْهَا مِنَ الْخَيْرِ وَالسُّرُورِ فَيَسْكُتُ
مَا شَاءَ
اللهُ أَنْ يَسْكُتَ ثُمَّ يَقُولُ أَىْ رَبِّ
أَدْخِلْنِى
الْجَنَّةَ فَيَقًولُ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَلَى
لَهُ
أَلَيْسَ قَدْ أُعْطَيْتَ عُهُودَكَ وَمَوَا ثِيْقَكَ
أَنْ لا
تَسْأَلَ غَيْرَ مَا أُعْطِيْتَ وَيْلَكَ يَاابْنَ
آدَمَ مَا
أَغْدَرَكَ فَيَقُولُ أَىْ رَبِّ لا أَكُونُ
أَشْقَى
خَلْقِكَ فَلا يَزَالُ يَدْعُو اللهَ
حَتَّى
يَضْحَكَ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَلى مِنْهُ
فَاِذَا
ضَحِكَ اللهُ مِنْهُ قَالَ ادْخُلِ الْجَنَّةَ
Setelah
ia tiba di sana terbukalah pintu syurga itu selebar-lebarnya, dan
dilihatnya segala kenikmatan dan kegembiraan, kemewahan yang ada di
dalamnya. Ia tercengang takjub dab terpaksa tak dapat berkata-kata. Kemudian ia
bermohon pula ketiga kalinya agar dapat dimasukkan ke dalamnya, seraya berjanji
seperti janji yang lampau. Alangkah pemungkirnya kamu hai anak Adam!
kata ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kepadanya. Jawabnya Oh Tuhan! jangan
kiranya hamba ini menjadi orang-orang yang celaka-celakanya. Demikianlah
permohonan itu diulang-ulang, akhirnya tertawalah ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA seraya bertitah : “Masuklah engkau ke dalam syurga ini!”
فَاِذَا
دَخَلَهَا قَالَ اللهُ لَهُ تَمَنَّهْ فَيَسْأَلُ رَبَّهُ
وَيَتَمَنَّى
حَتَّى اَنَّ اللهَ لَيُذَكِّرُهُ مِنْ كَذَا وَكَذَا
حَتَّى
اِذَا انْقَطَعَتْ بِهِ الأَ مَا نِىُّ
قَالَ
اللهُ تَعَلَى ذلِكَ لَكَ وَمِثْلُهُ مَعَهُ
Maka
apabila masuk ke dalamnya, bertitahlah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA :
“Sekarang
dapatlah engkau mencita-citakan apa saja keinginanmu!” Orang itupun
segera bermohon berbagai-bagai permintaan dan mencita-cita bermacam-macam
kenikmatan sehingga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memperingatkannya kepada
soal-soal yang tertentu dari kenikmatan yang tak diketahuinya. Akhirnya
apabila orang itu telah merasa puas, berkatalah ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA kepadanya: “Nikmatilah kemewahan yang telah ada ini, bahkan akan
ditambah lagi dengan berbagai nikmat sebanyak itu pula.
(Hadis shahih riwayat Muslim)
Rujukan :
http://hadisrasullulah.blogspot.com/2010/05/himpunan-hadis-hadis-rasullulah-syurga.html
|
JANGAN SEKALIPUN LUPA, DUNIA INI ADALAH TEMPAT SEMENTARA YANG SINGKAT DAN SUATU UJIAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )
AL ZOHIR ( الظاهر ) ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...
Selasa, 20 November 2012
J 142 Nikmat memandang Allah SWT di dalam Syurga
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan