1. Barangsiapa ingin dicintai ALLAH dan
rasulNya hendaklah dia berbicara benar(jujur), menepati amanat dan tidak
mengganggu tetangganya.
(HR. Al-Baihaqi)
2. Barangsiapa mengutamakan kecintaan ALLAH atas kecintaan manusia maka ALLAH akan melindunginya dari beban gangguan
manusia.
(HR. Ad-Dailami)
3. Paling kuat tali hubungan keimanan ialah
cinta kerana ALLAH dan benci kerana ALLAH.
(HR. Ath-Thabrani)
4. Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu
buta dan tuli.
(HR. Abu Daud dan Ahmad)
(HR. Abu Daud dan Ahmad)
5. Cinta berkelanjutan (diwariskan) dan
benci berkelanjutan (diwariskan).
(HR. Bukhari)
6. Siapa yang ingin mengetahui kedudukannya
di sisi ALLAH hendaklah dia mengamati bagaimana kedudukan ALLAH dalam dirinya.
Sesungguhnya ALLAH menempatkan hambaNya dalam kedudukan sebagaimana dia
menempatkan kedudukan ALLAH pada dirinya.
(HR. Al Hakim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan