Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 20 November 2012

J 145 TIGA BELAS Hadis Rasulullah SAW berkaitan rawatan dan penyakit

1. Mereka bertanya, “Ya Rasulullah, apakah kami berubat?” Beliau menjawab, “Ya, wahai hamba-hamba ALLAH. Sesungguhnya ALLAH meletakkan penyakit dan diletakkan pula penyembuhannya, kecuali satu penyakit iaitu penyakit ketuaan (pikun).”
(HR. Ashabussunnah)

2. ALLAH menurunkan penyakit dan menurunkan pula ubatnya, diketahui oleh yang mengetahui dan tidak akan diketahui oleh orang yang tidak mengerti.
(HR. Bukhari dan Muslim)

3. Barangsiapa mengubati sedang dia tidak dikenal sebagai ahli pengubatan maka dia bertanggungjawab.
(HR. Ibnu Majah)

4. Apabila terjadi dalam satu negeri suatu wabak penyakit dan kamu di situ janganlah kamu ke luar meninggalkan negeri itu. Jika terjadi sedang kamu di luar negeri itu janganlah kamu memasukinya.
(HR. Bukhari)

5. Wafat kerana wabak adalah mati syahid.
(HR. Bukhari)


Penjelasan:

Tentu tidak setingkat dengan gugur di jalan ALLAH.

6. Janganlah orang sakit mengunjungi orang sihat.
(HR. Bukhari dan Muslim)

7. Sebaik-baik melawat orang sakit adalah berdiri sebentar (tidak berlama-lama) dan takziah (melayat ke rumah duka) cukup sekali saja.
(HR. Ad-Dailami)

8. ALLAH tidak menjadikan penyembuhanmu dengan apa yang diharamkan atas kamu.
(HR. Al-Baihaqi)


Penjelasan:

Yang haram tidak dapat dijadikan ubat untuk menyembuhkan penyakit.


9. Apabila seorang yang sakit dari kamu menginginkan sesuatu makanan berikanlah. 
(HR. Ibnu Majah)

10. Mohonlah kepada ALLAH keselamatan dan afiat (kesihatan). Sesungguhnya tiada sesuatu pemberian ALLAH sesudah keyakinan (iman) lebih baik daripada kesihatan. 
(HR. Ibnu Majah)

11. Larilah dari penderita kusta sebagaimana kamu lari dari harimau.
(HR. Bukhari)

12. Apabila seorang hamba sakit sedang dia biasa melakukan sesuatu kebaikan maka ALLAH berfirman kepada malaikat: “Catatlah bagi hambaKu pahala seperti yang biasa ia lakukan ketika sihat.”
(HR. Abu Hanifah)

13. Rasulullah Saw ditanya tentang azal (mengeluarkan air mani di luar kemaluan isteri). Beliau lalu menjawab, “Lakukanlah yang kamu pandang baik dan apa yang telah ditakdirkan ALLAH pasti akan terjadi, dan bukan kepastian bahawa dari tiap air mani dapat terjadi anak.”
(HR. Al Hakim)

Rujukan :
http://sabdaislam.wordpress.com/2009/12/06/81-pengobatan-dan-penyakit/


Tiada ulasan:

Catat Ulasan