Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 19 November 2012

J 141 DUA PULUH ENAM Hati yang tersebut didalam Al Quran Al Karim

“Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak,  maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."
Hadis sahih riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim

Jenis-jenis hati yang ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sebutkan di dalam al Quran.

فقـد ذكر الله تعالى في القرآن أنواعاً كثيرة من القلوب منها:
1-
القلــوب البـيضــاء

1. Hati putih/bersih

Hati yang tidak memberi peluang kepada kebatilan sama sekali untuk merosakkan kejernihan hatinya.

ويأبى صاحب هذا القلب أن يفتح مسامات قلبه لغير الحق ، و اذا تعرض لفتنه انكمشت مساماته الى درجة الانغلاق ،
بسبب انكاره لها ، فينكت في قلبه نكته بيضاء ..
2- القلوب المطمئنة {الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ }الرعد28

2. Hati yang tenang

Surah Ar-Ra’du ayat  : 28

28.  "(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat ALLAH. Ingatlah, Hanya dengan mengingati ALLAH-lah hati menjadi tenteram."

3- Hati yang sejahtera di dunia dan Akhirat.

القلب السليم: وهو مخلص لله وخال من الانحرافات {إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ }الشعراء89
{إِذْ جَاء رَبَّهُ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ }الصافات84

4- Hati  yang takut dan sentiasa beraubat kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA

القلب المنيب: وهو دائم الرجوع والتوبة إلى الله {مَنْ خَشِيَ الرَّحْمَن بِالْغَيْبِ وَجَاء بِقَلْبٍ مُّنِيبٍ }ق33

Surah Qaaf , ayat :33.

"(iaitu) orang yang takut kepada Tuhan yang Maha Pemurah sedang dia tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat,"

{إِنَّ إِبْرَاهِيمَ لَحَلِيمٌ أَوَّاهٌ مُّنِيبٌ }هود75

5- Hati yang gementar apabila disebut nama ALLAH SUBHANAHU WA TAALA di hadapannya

القلب الوجل: وهو الذي يخاف الله عز وجل {الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ …}الحج35

Ayat : 35.  "(iaitu) orang-orang yang apabila disebut nama ALLAH gemetarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan solat dan orang-orang yang menafkahkan sebahagian dari apa yang Telah kami rezekikan kepada mereka."

{إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ … }الأنفال2 {…وَّقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ … }المؤمنون60

6- Hati yang takut kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

القلوب المقشعـره اللينه {… تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ … }الزمر

7- Hati yang sentiasa bertakwa kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dalam semua perkara.

القلب التقـي: وهو الذي يعظم شعائر الله {ذَلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى الْقُلُوبِ }الحج32
{..الَّذِينَ امْتَحَنَ اللَّهُ قُلُوبَهُمْ لِلتَّقْوَى لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ عَظِيمٌ }الحجرات3

8- Hati yang sentiasa terikat dengan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

القلوب المربوطه : {وَرَبَطْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ … }الكهف14

9- Hati yang sujud dan lurus kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

القلـوب المخبتـه:{… فَتُخْبِتَ لَهُ قُلُوبُهُمْ وَإِنَّ اللَّهَ لَهَادِ الَّذِينَ آمَنُوا إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ }الحج54

Ayat : 54.  Dan agar orang-orang yang Telah diberi ilmu, meyakini bahawasanya Al Quran Itulah yang hak dari Tuhan-mu lalu mereka beriman dan tunduk hati mereka kepadanya dan Sesungguhnya ALLAH adalah pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus.

9- Hati yang ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah selamatkan.

{قُلُوبٌ يَوْمَئِذٍ وَاجِفَةٌ }النازعات8

Ayat : 8.  Sesungguhnya kamu benar-benar dalam keadaan berbeda pendapat[1416],
[1416]  maksudnya berbeza pendapat antara kaum musyrikin tentang Muhammad saw dan Al-Quran.

10- Hati yang telah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA jinakkan

القلـوب المؤلفـه:{وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الأَرْضِ جَمِيعاً مَّا أَلَّفَتْ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ
وَلَـكِنَّ اللّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ }الأنفال63

Ayat : 63.  Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman)[622]. walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi ALLAH Telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya dia Maha gagah lagi Maha Bijaksana.
[622]  penduduk Madinah yang terdiri dari suku Aus dan Khazraj selalu bermusuhan sebelum nabi Muhammad saw hijrah ke Madinah dan mereka masuk islam, permusuhan itu hilang.

11 -Hati yang Hitam yang telah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA cabut daripadanya Rahmat dan Belas kasihan.

القلـوب الســوداء
11- القلب الغليظ: وهو الذي نزعت منه الرأفة والرحمة {…وَلَوْ كُنتَ فَظّاً غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ …}آل عمران

12- Hati yang menyokong kesesatan dan fitnah.

- القلوب الزائغه : {… فَأَمَّا الَّذِينَ في قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاء الْفِتْنَةِ …}آل عمران7

Ayat : 7.  "Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (al Quran) kepada kamu. di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat[183], Itulah pokok-pokok isi al Quran dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat[184]. adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, Maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari takwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan ALLAH. dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: “Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami.” dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal."

13- Hati yang ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah lalaikan daripada mengejar pahala di Akhirat.

13- القلب الغافـل: وهو الذي يغفـل عن أداء دوره ووظيفته في الحياة {…وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا …}

14- Hati yang keras dan sakit apabila melihat kebenaran Islam.

14- القلب القاسي: وهو الذي لا يعرف الله ولا يذكره {… فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ وَالْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُمْ … }الحج53

15- Hati yang telah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tutup daripada melihat kebenaran Islam.

15- القلوب المغلفة : {وَقَالُواْ قُلُوبُنَا غُلْفٌ …}البقرة88 {…وَقَوْلِهِمْ قُلُوبُنَا غُلْفٌ بَلْ طَبَعَ اللّهُ عَلَيْهَا … }النساء155

16- Hati yang ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sertakan padanya penyakit yang tidak boleh melihat kebenaran dan membenci kebenaran.

16- القلب المريض: وهو الذي أصابه مرض مثل الشك أو النفاق {فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللّهُ مَرَضاً … }البقرة10 {… فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَتْهُمْ رِجْساً إِلَى رِجْسِهِمْ … }التوبة125

17- Hati yang ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah kunci dan tidak akan dapat melihat kebenaran.

القلوب المختومه {خَتَمَ اللّهُ عَلَى قُلُوبِهمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عظِيمٌ }البقرة7

18- Hati yang ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah bentuk supaya hanya dapat melihat perkara yang berkaitan dengan  hawa nafsu sahaja.

القلوب المطبوعه {… أُوْلَئِكَ الَّذِينَ طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَاتَّبَعُوا أَهْوَاءهُمْ }محمد16
{ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ آمَنُوا ثُمَّ كَفَرُوا فَطُبِعَ عَلَى قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لَا يَفْقَهُونَ }المنافقون3

19- Hati yang telah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dinding atau dihijabkan daripada kebenaran.

- القلوب المكنونه {وَقَالُوا قُلُوبُنَا فِي أَكِنَّةٍ مِّمَّا تَدْعُونَا إِلَيْهِ وَفِي آذَانِنَا وَقْرٌ وَمِن بَيْنِنَا وَبَيْنِكَ حِجَابٌ }فصلت5

20- Hati yang telah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA butakan daripada melihat kebenaran tetapi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA bukakan hatinya untuk mampu melihat perkara yang batil dan jahat sahaja.

القلب الأعمى: وهو الذي لا يبصر الحق { فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ }الحج46

21- Hati yang telah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tutup daripada melihat kebenaran.

- القلوب المقفله {أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا }محمد24

22- Hati yang lalai.

- القلوب اللاهية {لَاهِيَةً قُلُوبُهُمْ … }الأنبياء3

23- Hati yang melakukan dosa.

13-القلب الآثـم: وهو الذي يكتم شهادة الحق {… يَقُولُونَ بِأَفْوَاهِهِم مَّا لَيْسَ فِي قُلُوبِهِمْ وَاللّهُ أَعْلَمُ بِمَا يَكْتُمُونَ }آل عمران167 !!! { … وَلَمْ تُؤْمِن قُلُوبُهُمْ …}المائدة41 !!! {كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا يَكْسِبُونَ }المطففين14

24- Hati Orang Takbur yang sentiasa merancang untuk melenyapkan kebenaran dengan perbuatan, percakapan dan niat.

-القلب المتكبر: وهو الذي يتكبر على الناس ويجادل في الحق ويحاربه { قُلُوبُهُم مُّنكِرَةٌ وَهُم مُّسْتَكْبِرُونَ }النحل22 { … يُرْضُونَكُم بِأَفْوَاهِهِمْ وَتَأْبَى قُلُوبُهُمْ … }التوبة8

25- Hati munafik yang sentiasa melakukan perbuatan yang tidak sama dengan apa yang dipertuturkan.

-القلـوب المنـافقـه:{ … يَقُولُونَ بِأَلْسِنَتِهِم مَّا لَيْسَ فِي قُلُوبِهِمْ …}الفتح11
{…تَحْسَبُهُمْ جَمِيعاً وَقُلُوبُهُمْ شَتَّى … }الحشر14

26- Hati Zina

Zina mata dan  zina hati adalah hati yang dimiliki oleh insan yang memandang perkara berkaitan dengan zina seperti memandang video lucah dan sebagainya serta hatinya pula sentiasa terlintas perkara-perkara  zina malah perancangan ke arah perbuatan zina sentiasa terselit di dalam hatinya.

- القلوب الـزانية ( العين تزني و القلب يزني ، فـزنا العين النظـر
و زنا القلب التمنـي والفـرج يصدق ما هنالك او يكـذبه )

Nota :
Kepada saudara dan saudari seagama, sila bantu melengkapkan terjemahan saya ini agar ianya lebih lengkap dan kemas.
Marilah bersama-sama mencari pahala di sisi Allah SWT, sesungguhnya apa baik itu datang daripada Allah SWT dan yang silap serta jahil itu adalah kelemahan yang ada pada diri saya. Mohon Jutaan Maaf.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan